BBB, 29 Rajab 1438H. = 28 April 201`7M. (Rabu):
Istilah yang disenaraikan selanjuutnya
oleh Al-Qushairy ialah `Al-Mahwu` dan `Al-Ithbat` yang kita terjemahan al-mahwu
ialah memadam atau menghilangkan dan al-ithbat ialah menetap, mengukuh dan mewajakan.
Dalam huraian Al-Qushairy dikatakan:
Al-mahwu, ialah mengangkatkan (menghilangkan)
sifat-sifat kebiasaan yang negatif dan
Al-Ithbat, ialah mendirikan hukum-hukum
ibadat.
Maka siapa yang menafikan daripada ahwalnya pelbagai sifat-sifat yang
hina dan mendatangkannya sebagai ganti
baginya dengan perlakuan-perlakuan dan ahwal-ahwal yang terpuji, maka dia
dinamakan `Orang yang memadam dan mendirikan`.
Apakah semudah itu untuk menghapuskan `adat` sebagai nilai yang sedia ada didukung oleh pendukungnya , yang dianggap negatif, jika positif mengapa perlu
diubah ? Dan tidak semudah itu pula mau mendirikan `nilai baru` bagi menggantikan nilai negatif yang mau dihapuskan dan mau
menggantikannya dengan yang baru.
Bagi menangani perubahan perlu ada
pendekatan yang dapat menjadi mekanisme bagi perubahan dan penggantian
yang mengukuhkan. Perubahan bagi
penghapusan aspek yang negatif kepada penetapan dan mendirikan hukum-hukum
ibadat, boleh diandaikan seseorang itu
adalah orang yang tidak mengamalkan kewajipan-kewajipan agama atau orang yang
tidak kukuh dengan nilai-nilai agama dalam mana dia melakukannya sekali sekala,
misalnya melakukan suruhan-suruhan agama sebagai amalan sekali sekala bila
dirasakan perlu kerana meraikan masyarakat seperti ada kematian atau malu
kepada masyarakat jika tidak menunaikan Juma`at dan sebagainya. Jadi amalan
bukan dari keyakinan dan keikhlasan.
Untuk menghilangkan sikap yang lepas dan
menetapkan amalan seharusnya melalui :
Contoh rangka tiga segi yang berkedudukan:
Puncak di atas ialah `Aqidah Tauhid.
Pada tapak bawah: Perlu kepada pembelajaran (Ilmu)
Perlu
kepada amalan
Perlu
kepada penghayatan
Pada garisan sendeng kiri – Mewakili
elimen menggerunkan
Pada garisan sendeng kanan -
Mewakili elimen memesrakan
Pada bahagian tengah tegak dari bahagian
tengah tapak ke puncak ialah mewakili –
Iqama al-`ibadah
Sebagaimana yang disebut oleh Al-Qushairy.
Menghuraikan gambaran di atas, bermula dari tapak, bahawa
penghapusan adat dan amalan negatif yang lepas, tidak lain dari keperluan tiga
perkara.
Bahawa perubahan tidak akan berjaya, jika
tidak berdasarkan ilmu – berbagai ilmu, khususnya ilmu-ilmu keagamaan. Seseorang
itu tidak patuh kepada kehendak agama dan tidak menurut nilainya, ialah kerana
tidak berilmu. Sebab itu setiap orang – untuk perubahan mesti belajar dan
berilmu, belajar semua keilmuan yang merupakn keilmuan fardhu dan bidang-bidang
yang lain yang lebih luas. Berbagai-bagai bidang di luar dari agama juga wajar
dipelajari bagi meluaskan horizon kefahaman.
Bersama dengan pengajian orang yang dituntut berubah ini, perlulah
mengamalkan apa yang dipelajari. Ia adalah perkara yang penting, tanpa
mengamalkannya, maka tidak memberi makna dan tidak berlaku perubahan.
Aspek yang merupakan tambahan bagi
pembelajaran dan praktik amalan, ialah penghayatran terhadap apa yang
dipelajari, misalnya dari segi falsafah, tujuan, nilai dan mendalaminya ke tahap penikmatan apa yang dipelajari, di amal dan dihayati
Apa yang dibicarakan pada bahagian `tapak`
ini, adalah apa yang dituntut – yang mewakili bahagian tengah yang dipuncaki
pada bahagian akidah, bahawa yang diharap berubah dan teguh dengan nilai yang
mengukuhkannya, bahawa dia semestinya mempelajari, memahami dan meyakini dengan
segala perkara yang berhubung dengan akidah- rukun iman yang enam, yang menjadi paksi pendirian seorang muslim
yang kukuh pendirian. Bagi garis tengah ialah mewakili segala aspek shari`ah yang seharusnya ditegakkan,
iaitu dengan melakukan tuntutan rukun
Islam yang lima dan berpegang dengan nilai-nilai akhlak yang murni.
Secara keseluruhan ialah mengamalkan apa
yang terkandung di dalam Al-Qur`an dan Hadith Junjungan.
Antara aspek –aspek yang mengukuhkan, ialah
menanamkan rasa gerun dan takut kepada berlakunya kiamat dan
adanya balasan terhadap segala amalan yang dilakukan melibatkan balasan
sama ada ke syurga atau neraka. Kegerunan terhadap ancaman dan balasan dari
Allah adalah dilambangkan dengan garis sendeng pada sebelah kiri
Manakala garis sendeng pada sebelah kanan
ialah mewakili pendekatan mesra, bahawa dilihat rahmat dan kasih sayang Allah terhadap
makhluk melempah-ruah. Apa yang dijadikan pada makhluk untuk manusia. Dari sudut pandangan ini menjadikan
manusia, kasih cinta terhadap Allah dan berusaha mendekatiNya, termasuk
meningkatkan diri dengan amalan kerohanian sebagaimana skema yang terdapat di dalam tasawuf itu
sendiri.
Dari segi praktiknya bahawa dari kesedaran,
khususnya melalui keilmuan, semua aspek yang dibicarakan dan menimbulkan
kesedaran, keinsafan dan melakukan amalan, berlaku secara serentak. Bermaksud
dengan pegangan akidah yang berasaskan keilmuan yang betul seorang itu
menghapuskan kesilapan silam dan bergerak serentak mengamalkan segala suruhan
dalam shari`at dan berkeperibadian dengan akhlak yang baik. Ancaman-ancaman
dari Allah mewaspadakannya di dalam kehidupan dengan beramal dengan
amalan-amalan ma`ruf dan salih dan menjauhi segala perkara yang mungkar dan
talih, manakala dalam masa yang sama semarak dalam jiwanya cintakan Allah,
lantaran Dialah memberi segala kenikmatan dan kebahagian dan mengharapkan
keabadian yang abadi di dalam syurga Allah yang tidak mampu dibayangkan dari
segi ni`mat dan berkat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment