April 14, 2017

PANDANGAN ABU `ABDILLAH AL-DINAURI


BBB, 16 Rajab 1438H. =  13 April 2017M. (Khamis):
Tokoh yang dibicarakan ini ialah tokoh terakhir (ke 103) di dalam susunan kitab  T*abaqat al-Sufiyyah oleh `Abdul Rahman al-Sulami. (Tokoh ini tiada di dalam senarai kita  Al-Risalat al-Qushayyah  oleh Abu al-Qasim `Abdul Karim bin Hawazin al-Qushayri. Di dalam susunan buku ini adalah berkedudukan bilangan ke 100.
Tokoh dimaksudkan ialah Abu `Abdillah al-Dinauri, namanya dikenali dengan  Muhammad bin `Abdul Khaliq yang merupakan sufi dipandang tinggi dan kukuh dari segi hal, tinggi dari segi himmah. Dia adalah paling fasih dan lancar di dalam bidang-bidang keilmuan kumpulan mereka  (Tentang tasawuf). Dia menjadi rujukan bagi persahabatan kalangan fuqara`, melazimkan adab-adab, kecintaan sesama ahli.
Adalah `Abdullah al-Dinauri mendiami di Wadi  al-Qura` bertahun-tahun lamanya. Kemudian dia kembali menetap di Al-Dinauri dan meninggal di situ (tidak disebut tarikh kematian).
Berhubung dengan riwayat berkenaannya:
Aku mendengar Aba al-Fadhl Nas*r bin Abi Nas*r, dihikayat dari `Abdullah al-Dinauri bahawasanya dia berkata:
``Bersahabat yang kecil dengan yang besar adalah taufik  dan bijaksana, adapun yang tua bersahabat dengan budak-budak adalah hina dan bodoh.``
Dan aku mendengarnya berkata,  berkata `Abdullah al-Dsinauri kepada setengah sahabatnya, katanya,
`Jangan engkau terpesona dengan apa yang engkau lihat dengan pakaian yang lahir di atas diri mrtrka itu. Apa yang mereka hiaskan dari segi zahir ialah apa yang diruntuhkan dari batin.``
Aku mendengar Aba `Ali al-Dinauri berkata, aku mendengar Aba `Abdillah al-Dinauri berkata,
``Pilihan Allah Ta`ala kepada hambanya, yang dia mengetahui dengan hambanya, lebih baik dari pilihan hamba bagi dirinya dengan jahilnya terhadap Tuhannya.``
Dan katanya, menasyidkan kami oleh `Abdullah al-Dinauri untuk dirinya dan yang lainnya:
Wahai yang jernih hubungan minuman hati
Tiba-tiba dahaga kami pada minuman terperi
Tolomg daku tiada kuasa kesabaran menahan
Ku dapati sempit bagiku jalan kepada tujuan.
Katanya, dan berkata Abu `Abdillah ,
``Letih zuhud terhadap badan, dan letih ma`rifat  terhadap hati.``
Aku mendengar `Abdullah bin `Ali berkata,
``Masuk seorang lelaki menemui Abi `Abdillah al-Dinauri, maka katanya kepadanya,
``Bagaimana dengan keadaanmu petang kelmarin ? Maka dia bernasyid  seraya mengungkap kata,
Bila malam memakaikan daku bajunya
Bertukarlah pemuda sebelumnya duka.
Dan menasyidkan kami Husain bin Ahmad bin Sa`id al-Wasit*i dari Baghdad, berkata menasyidkan kami Abu `Abdillah al-Dinauri:
Demi hatiku siapa yang menafi daripadaku ngantukku
Dan aku dalam  keadaan tidur berterusan tidak diingatku
Siapa yang aku kasih padanya berkekalan  berterusan
Dan baju  dipakai berterusan menyelimuti badan
Kecelakaan, tiada siapa mengungatkan  akan dosa
Sehingga melazimkan diri dosa – seharusnya tiada.
Katanya, dan berkata Abu `Abdillah:
``Setinggi-tinggi ilmu dalam tasawuf, ialah ilmu yang berhubung dengan nama-nama dan sifat-sifat dan membezakan khilaf dari berbagai khilaf, dan ikhlas amalan zahir dan memperbetulkan  ahwal batin.
Katanya, dan berkata Abu `Abdillah,
``Aku lihat dalam setengah persafiranku (pelayaran/perjalanan) seorang lelaki yang kecak salah satu kakinya, maka katnya,
``Bagaimana engkau bermusafir dengan kekurangan  sempurna berjalan ?``
Maka dia berkata kepadaku, ``
``Adakah engkau seorang muslim ?``
Maka kataku, ``Ya``.
Katanya, bacalah firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Dan kami bawa mereka itu  di darat dan di laut.`` (Al-Isra` : 70).
Apabila Dia yang membawa, Dia membawa tanpa memerlukan alat !
Demikian pandangan Abu `Abdillah al-Dinauri yang dapat direnungi.

Sekian.

No comments:

Post a Comment