April 11, 2017

MUHAMMAD BIN `ALIYYAN AL-NASAWIYY:: JELAS PENYAMPAIAN


BBB, 13 Rajab 1438H. = 10 April 2017M.) Isnin):
Nama bagi Muhammad bin `Aliyyan al-Nasawiyy, ialah Muhammad bin `Ali, dia adalah salah seorang dari pembesar shaykh-shaykh di Nasa, yang nama tempat ini dinisbahkan kepada  Muhammad iaitu `Al-Nasawiyy`, iaitu daripada kariah di Bismah. Dia adalah berkedudukan tinggi sebagai sahabat Abi `Uthman
Dan adalah Mahfuz* berkata,
``Muhammad bin `Aliyyan  ialah imam bagi ahli-ahli ma`rifah.``
Adalah dia keluar dari Nasa, menuju bagi menemui Abi `Uthman. Dia mempunyai permasalahan semasa, dan dalam penujuan dia tidak makan dan tidak minum di perjalanan, hingga dia sampai ke Naisabur. Sebaik sampai dan menemui Aba `Uthman, lantas ia bertanya kepadanya permasalahan-permasalahan yang dibawa.
Muhammad bin `Aliyyan disifatkan dari shaykh yang tinggi himmah. Dia dianggap mempunyai karamah lahir.
Riwayat-riwayat yang berhubung dengannya:
Aku mendengar Muhammad bin Ahmad al-Farra`, berkata, aku mendengar Muhammad bin `Aliyyan berkata, ``Siapa yang tidak tahqiq dalam hubungan baik dengan Allah dan mencintaiNya –menjadikannya tempat menunaikan janji, sebaliknya  merosakkan hubungan, maka tempat yang sepatutnya menjadi medan ulfah menjadi keliaran.``
Katanya, aku mendengar Ibn `Aliyyan berkata,  ``Bagaimana engkau tidak mengasihi yang tiada putus dari memberi kebaikan kepada engkau sehingga setiap kejipan mata berterusan. Dan bagaimana engkau mendakwa mencintai sedang engkau tidak memuwafakat dengannya  setiap kejip mata ?``
Katanya, dan aku mendengar  Ibn `Aliyyan, bahawa dia disoal,
``Apakah alamat redha Allah dengan seorang hamba ?``
Maka katanya, ``Cergasnya  di dalam ketaatan dan penjauhannya dari sebarang ma`siat.``
Katanya, dan aku mendengar  Ibn  `Aliyyan berkata,
``Siapa yang menzahirkan karamatnya, maka dia adalah pendakwa (tidak wajar), dan siapa yang lahirnya dari karamat (bukan dakwaan), maka dia adalah wali.``
Katanya, dan aku mendengar Muhammad bin `Aliyyan berkata,
`` Al-Faqr ialah pakaian orang bebas jiwanya (merdeka). Dan yang kaya adalah pakaian kalangan yang membuat kebajikan.``
Katanya, dan aku mendengar Muhammad bin`Aliyyan berkata,
``Siapa bersahabat dengan para faqir, maka dia bersahabat dengan yang  selamat dari segi kerahsiaan,  pemurah hati, luas dada dan menerima susah dengan senang.``
Katanya, dan aku mendengar Muhammad bin `Aliyyan berkata,
``Sefaqir-faqir fuqara` ialah orang yang tidak mengambil   kesah  kepada yang boleh mentaqdirkannya, bahawa dia berkemungkinan kaya.``
Katanya, aku mendengar Muhammad bin `Ali berkata, ``Tanda-tanda kewalian dan karamat mereka itu  ialah redha dengan apa yang dicemuh oleh orang awam dari larian taqdir.``
Katanya, dan aku mendengar Muhammad bin `Ali berkata,
``Tidak bersih bagi pemurah (mengeluarkan sadaqah) pemurahanya, melainkan mengecilkannya dan melihat kelebihan pada orang yang menerima darinya.``
Katanya, dan aku mendengar Muhammad bin `Ali berkata,
``Kebajikan dan muru`ah menjaga agama dan memelihara diri, dan memelihara kehormatan orang mu`minin, dan kemurahan bagi yang wujud, dan kurang menengok dengannya dan daripada perbuatan engkau (tidak menunjuk-nunjuk.)``
Katanya, dan aku mendengar Muhammad bin `Aliyyan berkata, ``
``Takut kepadaNya memberi kesan kepada hati dan memberi kesan kepada sahabatnya dari segi zahir dari segi do`a, tadharra` dan ujian.``
Katanya, dan aku mendengar Muhammad bin `Aliyyan berkata, ``Alamat kewaliyan takut berputus daripadanya, kerana kuat kesan pada hati mereka dan shauq kepadanya.``
Katanya, dan aku mendengar Ibna `Aliyyan berkata,
``Siapa yang berkhidmat kepada Allah kerana menun tut pahala, atau takutkan balasan kesalahan, dia melahirkan kepentingan dan ketamakannya, maka huduhlah bagi hamba yang berkhidmat kepada tuannya kerana mengharapkan gantian.``
Katanya, dan aku mendengar dari Muhammad bin `Aliyyan berkata,
``Siapa yang memberi perhatian kepada yang lain daripada Allah Ta`ala, maka mencuaikannya oleh Allah Ta`ala dan meninggalkannya ! Maka barang siapa yang memberi tumpuan kepada Allah Ta`ala, maka Allah menyekat jalan tumpuan kepada yang lain daripadaNya.
Demikian keterangan dan huraian yang  disampaikan oleh Muhammad bin `Aliyyan al-Nasawiyy yang jelas maksud untuk dinilai dan fahami.

Sekian.

No comments:

Post a Comment