BBB, 01 Sha`ban 1438H/ = 28 April 2017M.
(Juma`at):
Didalam menghuraikan istilah-istilah ,
terutama yang boleh menimbulkan kontroversi, walaupun apa yang dibicarakan,
termasuk tasawuf, dia mesti tunduk kepada prinsip tauhid. Tidak ada kompromi
mengenai prinsip ini. Contoh ``tidak mungkin melihat Tuhan dengan mata kepala
di dunia fana ini. Tidak ada nas soal melihat Tuhan di dunia ini termasuk
kepada Rasul. Contoh kepada Nabi Musa sebagaimana telah disebut.
Jika ada
istilah-istilah kontroversi yang
memberi tanggapan yang menyalahi akidah, maka ianya hendaklah dilihat dari segi
nature tasawuf itu yang menekankan ibadat dan sangat terkesan dengan elemen hati seperti dzauq- wajdan dan mesra,
juga mi`raj dan rohani serta cinta yang bersifat intuitif, di samping berlaku
juga dengan apresiasi akli.
Apa yang disusun dan dibicarakan oleh
Al-Qushairy, iaitu istilah Muhadharah, Mukashafah dan Mushadahah yang
ketiga-tiganya di atas wazan `mufa`alah` yang bererti perbuatan yang bertimbal
balik bagi kedua belah pihak. Kalau dapat diterjemahkan istilah di atas
bermaksud:
Muhadharah = Kedua belah pihak hadhir
menghadhiri dan juga bermaksud bertimbal cakap
Mukashafah = Buka membuka, tersingkap
lindungan
Mushahadah = Lihat melihat dan saksi
menyaksi.
Dalam maksud biasa boleh terbawa kepada
tanggapan yang kontroversi
Kita kembali kepada konsep asal, bahawa ianya
adalah dari intuisi mesra (hati) dan lebih tinggi peningkatan rohani yang
dialami yang ditanggap terhadap Yang Maha Tinggi dengan dzauq dan wajdan dan
rohani peningkatan yang tidak mungkin secara realiti. Dan juga peningkatan dari
tanggapan akli.
Apa yang dimaksudkan oleh Al-Qushairy
dengan ketiga-tiga istilah di atas, katanya:
Al-Muhadharah ialah permulaan, kemudian
dituruti mukashafah dan dituruti mushahadah.
``Maka muhadharah ialah hadhir hati dan
kadang-kadang dengan berturut-turut burhan dan dia adalah selepas di belakang
al-sitr, yang kadangkala hadhir di bawah kesungguhan dzikir``
Seterusnya katanya, ``Kemudian selepasnya mukashafah
dan adalah hadhirnya beserta pernyataan (bayan) dengan yang lain bagi
`hal` yang perlu kepada pengamatan dalil
dan menuntut jalan (al-sabil).``
Seterusnya berhubung dengan mushahadah,
katanya, (secara bahasa halus bandingan),iaitu hadhirnya Haqq (secara
sublimasi) dengan tidak kekal tohmah. Apabila sah ketinggian al-sirr daripada
awan sitr, maka matahari shuhud dari anjung buruj dan haq mushahadah.``
Lihat bagaimana gambaran sengaja
menggunakan istilah-istilah yang konotatif dan bercabang makna dan bukan
bermaksud direct dan langsung.
Semuanya merupakan tanggapan mesra hati dan
mi`raj rohani yang digambarkan secara intuitif mesra , kudus dan rohani. Dia
tidak lain dari gambaran perjalanan kualiti `Seni Rohani`. Ianya adalah
lanjutan dan peningkatan dari seni alami – akli, kalbu dan rohani.
Bermaksud:
Seni alami ialah seni biasa yang ditanggapi
oleh para seniawan (ahli seni) yang
menggambarkan tentang alam sama ada secara mesra terhadap keindahan, kegerunan
terhadap bencana dan malapetaka, kasihan belas, pembelaan terhadap sesuatu,
misalnya ketidakadilan, pencemaran dan pertahan dari kepupusan sesuatu yang
digambarkan secara alamiah serta insaniah dan tidak dikaitkan dengan agama
(walaupun boleh dikait).
Mesra hati adalah pengluahan terhadap
sesuatu secara halus dan seni, mungkin tidak bersifat agama dan mungkin
bersifat agama.
Manakala seni rohani adalah bersifat kudus
dan rohani sebagaimana ditanggapi kalangan sufi yang intim dengan Ilahi melalui
ibadat, dzikir, munajat dan berbagai.
Dalam mematuhi perintah Tuhan , misalnya
melalui ibadat maka semua elimen seperti akal (akidah), taabbudiyyah (ibadat),
mesra terhadap pencipta (hati-nurani) dan cinta Ilahi (rohanI) bagi pihak
tertentu mungkin berbaur dengan semua elimen di atas di dalam mendepani Ilahi.
Walau bagaimana dia adalah jalan-jalan dan pendekatan-pendekatan yang setiap
orang adalah berlebih kurang, lebih banyak atau kurang dari elimen-eleimen
berkenaan.
Kembali kepada pembicaraan tentang
muhadharah, mukashafah dan mushahadah, ialah pendekatan secara rohani dari
kalangan sufi. Walau bagaimana pada peringkat tinggi pengungkapnya menggunakan
bahasa yang bersifat balaghah
(beristi`arah, tashbih, sublimasi dan berkonotasi) tidak digambarkan
secara langsung dan pengalaman yang digambarkan adalah gambaran rohani yang
juga bukan secara langsung. Contoh gambaran tanggapan terhadap Yang Tertinggi
yang tidak digambarkan secara langsung – dan tidak mungkin digambarkan secara
langsung, maksud puisi yang dipetik oleh Al-Qushairy:
Malamku dengan wajahmu yang cemerlang
Kegelapannya bagi manusia biasa terhadang
Manusia biasa berada di dalam pekat gelita
Mereka di tengah siang benderang cahaya.
Seterusnya dalam ungkapan puisi yang yang
polanya bersamaan.
Tatkala subuh menyinsing dan cahaya
mengirai malam
menolak gemerlap bintang-bintang ke kesampingan
Dia meneguk gelas mengucup mesra tanpa kata
Lantas beredar tanpa pamitan sekejap cuma bersua.
Demikian lintasan tanggapan yang diibaratkan
sebagai `cahaya` bagi yang menanggapi, sedang bagi orang biasa adalah gelita terhadang, sedang apa yang ditanggapi
adalah sekadar lintasan. Persoalan yang disampaikan subjektif dan halus, elimen
estetika digunakan sebagai mekanisme
penyampaian – termasuklah berpuisi yang biasanya bersifat estetik dan
konotatif.
Sekian.
No comments:
Post a Comment