BBB, 07 Rajab 1438H. = 04 April
20017 Selasa):
Abu al-Husain al-Warraq ialah panggilan
bagi tokoh sufi yang bernama Muhammad bin Sa`ad berasal dari kawasan yang
banyak melahirkan tokoh sufi, iaitu Al-Naisaburi. Dia adalah salah seorang
shaykh terkenal dari Naisaburi dari pemuka sahabat Abu `Uthman. Baginya ada
ungkapan berasaskan matan dari kalam Abi `Uthman. Dia alim di dalam ilmu-ilmu
zahir, dan bercakap pada kehalusan ilmu mu`amalat dan keaiban-keaiban perbuatan.
Dia meninggal tahun sebelum (m. 320H.).
Riwayat-riwayat tentangnya:
Aku mendengar Aba Bakr Muhammad bin Ahmad
bin Ibrahim berkata, Aku mendengar Aba al-Husain al-Warraq berkata, ``Kumuliaan
pada kemaafan, bahawa engkau tidak menyebut kesalahan sahabat engkau., selepas
engkau memaafkannya.``
Katanya, dan aku mendengarnya berkata,
``Yang celaka ialah yang tidak muafakat dari segi kemaafan (tidak memaaf) dari
kerana sempit dadanya.``
Katanya, dan berkata Abu al-Husain, ``Hidup
hati dengan mendzikiri yang hidup dan yang tidak mati. Dan hidupnya mengingati
Tuhan dan tidak lain daripadaNya.``
Katanya, dan berkata Abu al-Husain, secara intuitif dan wajdan``Tidak sampai hamba
kepada Allah, melainkan dengan Allah dan dengan muwafakat dengan Kekasihnya
s.a.w. pada shara`nya. Siapa yang mencari jalan pada menyampaikan tanpa
mengikuti Baginda, maka dia sesat, dengan jangkaan bahawa dia mendapat hidayah. Siapa
yang sampai dia sampai (berhubung). Siapa kembali dari perkembalian pada jalan
dia sampai. Ada mereka yang mendapat
shafaqah ke atas diri., dan menuntut kerehatan. Sesungguhnya jalan kepada Allah
adalah payah bagi siapa yang tidak dapat masuk kepadanya, oleh wajdan biasa, shauq yang menggugah yang
memudahkannya. Inilah bawaan yang berat, tunggangan yang menyusahkan,
apabila berpeluang diri yang demikian,
maka memudahkan baginya di dalam apa yang boleh menemui yang dikasihi, maka
memudahan Allah Ta`ala kepada jalan penyampaian.``
Katanya, aku mendengar Aba al-Husain
berkata, ``Setinggi-tinggi perkara yang membuka Allah Ta`ala dengannya, kepada
hambanya adalah taqwa. Kerana daripadanya memecah cabang-cabang semua kebaikan
dan sebab-sebab mendekat (al-qurb) dan kedekatan (taqarrub) , dan asal bagi
taqwa dan ikhlas, dan hakikatnya ia mengosongkan daripada segala perkara, melainkan
daripada perkara yang menjadikan taqwa engkau kepadaNya.``
Katanya, aku mendengar Aba ali-Husain
berkata, ``Al-S*idqu ialah istiqamah di atas jalan keagamaan dan mengikut
Sunnah dari segi shari`ah.``
Katanya, dan aku mendengar Aba al-Husain,
berkata, ``Syahwat mengalahkan kekuasaan ke atas nafsu, dan tidak
menghilangkannya melainkan dengan takut yang menggerunkan.``
Katanya, aku mendengar Aba al-Husain
berkata, ``Yaqin ialah buah bagi tauhid,
siapa yang murni dari segi tauhid, maka murnilah baginya keyakinan.``
Katanya, aku mendengarnya berkata, ``Siapa
yang tidak fana dengan dirinya dan sirrnya dalam melihat makhluk, maka tidak
hidup rahsianya di dalam bagi mushahadah kebaikan dan citranya.``
Dan katanya, aku mendengar dia berkata,
``Ketakutan dari takut terputus, melayukan diri pencinta-pencinta, dan
membakar dalaman (hati) para `arifin,
dan meluas maklumat malam bagi `abidin, dan terpadam siang bagi para zahidin,
dan membanyak tangisan para ta`ibin (taubat) dan tenggelam kehidupan orang yang takut.``
Katanya, dan mendengarnya berkata, ``Tawakkal
ialah mengimbangi hal, ketika tiada dan ada, dan tenang diri dengan larian
takdir ke atasnya.``
Katanya, aku mendengarnya berkata, ``Alamat
cintakan Allah Ta`ala, ialah mengikut Kekasihnya s.a.w. ``
Katanya, dan aku mendengarnya berkata,
``Asal kebijaksanaan lima perkara,
Pertamanya, menjaga (berawas), Kedua
menunaikan janji, ketiga, bersyukur, keempat sabar dan kelima redha.``
Katanya, aku mendengarnya berkata,
``Tentang melihat diri, lupa adalah ujian terputusnya engkau dari tumpuan
engkau kepadaNya.``
Katanya, ``Aku mendengarnya berkata,
``Semanfaat ilmu ialah ilmu tentang suruhan Allah dan laranganNya, janji baik
dan janji jahat, pahala dan dosa. Dan setinggi tinggi ilmu, ilmu tentang Allah
dan sifat-sifat dan nama-namaNya.
Katanya, aku mendengarnya berkata,
``Perhubungan dengan makhluk kadang-kadang meliarkan, tama`ninah dengannya
merimaskan, berhenti dengan mereka melemahkan, pergantungan pada mereka
siua-sia,, percaya kepada mereka hilang. Dan apabila Allah menghendaki seorang
hamba kebaikan, Dia menjadikan jiwanya mesra, berdzikir, bertawakkal,
terpelihara sirrnya daripada penglihatan dan zahirnya daripada bergantung pada
mereka itu.``
Katanya, dan aku mendengarnya berkata,
``Siapa yang mengawal pandangannya daripada perkara-perkara haram, Allah Ta`ala
mewariskannya hikmah melalui lisannya, maka mengambil manfaat daripadanya pendengar-pendengar, dan
barang siapa merendahkan pandangannya daripada perkara syubhah, Allah
mencahayakan hatinya dengan cahaya pertunjukkan yang membawa hidayah dan
keredhaan Allah terhadapnya.``
Katanya, dan berkata Abu al-Husain, ``Siapa
yang cenderung kepada cintakan dunia, sesungguhnya dia dipotong oleh pedang
ketamakan, siapa tamak pada sesuatu dihinakan, dan kehinaan merosakkan.
Kata-kata (puisi) klasik:
Adakah engkau tamak pada Laila sedang dia penyangak
Dia adalah pemotong tengkok-tengkok lelaki yang
tamak !
Dan katanya, berkata Abu al-Husain, ``
Tidak sampai hamba kepada sesuatu dari taqwa, yang hanya tersisa daripada zuhud
dan wara`, Taqwa adalah disertai dengan
kerehatan. Sebagaimana firman Allah bermaksud, `` Siapa yang takut
kepada Allah Dia menjadikan baginya jalan keluar.`` (Al-T*alaq: 3).
Demikian pendapat Abu al-Husain al-Warraq
yang antaranya bersifat intuitif dan wajdan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment