April 15, 2017

RUMUSAN DAN KESIMPULAN TOKOH


BBB, 17 Rajab 1438H. =  1`4 vApril 2017M. (Jumaat):
Gaya Hadith mempunyai pengaruh yang kuat di dalam persuratan tasawuf pada peringkat permulaan. Penghimpunan Hadith selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.  berlaku bukan saja di dalam bidang umum, tetapi juga di dalam bidang-bidang keilmuan seperti  Fiqh. Contoh kita Al-Muwat*t*a` al-Imam Malik, demikian  juga di dalam bidang tasawuf. Contoh Kitab al-Zuhd oleh Al-Imam Ahmad bin Hanbal (m. 241H./855M.). Namun fokus yang dilakukan oleh Ahmad bin Hanbal, ialah terhadsap rasul-rasul dan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.
Pengaruh gaya Hadith di dalam persuratan tasawuf berlaku kepada persuratan tasawuf yang disusun oleh Abu al-Qasim `Abd al-Karim bin Hawazain (m. 465H.). Namun tokoh yang ditulis oleh Al-Qushairy, hanya sebahagian daripada kandungan kitab yang membicarakan berbagai aspek tasawuf yang lain. Sesungguhnya `Abdul Rahman al-Sulami adalah penulis yang lebih awal daripada Al-Qushairy yang langsung menulis dan membicarakan tentang tokoh-tokoh sufi dan pendapat-pendapat mereka yang berjumlah (103) orang.
Penulis di dalam proses menulis tentang `Turath Tasawuf` ini memfokuskan pembicaraan kitab Al-Risalat al-Qushayriyyah dan mendapati bahawa di dalam kitab al-Risalah ini sebahagian daripadanya membicarakan tentang tokoh sufi, bahkan tentang tokoh ini adalah merupakan bahagian awal dari kandunga Al-Risalat al-Qushayriyyah. Jumlah tokoh-tokoh yang dibicarakan ialah seramai (83) tokoh.
Adalah didapati ada versi-versi kitab  al-Risalat al-Qushayriyyat. Misalnya versi yang digunakan oleh Muhammad Luqman Hakiem  (Surabaya, 1997) dengan terjemahan yang dibuat meletakkan bahagian tokoh-tokoh adalah pada bahagian belakang kitab atau buku terjemahan. Meskipun jumlah tokohnya sama, tetapi tidak sama dari segi kedudukan seturut dan ada sejumlah tokoh di dalam Al-Risalat al-Qushayriyyah tidak terdapat di dalam versi Muhammad Luqman Hakiem dan begitulah sebaliknya.
Walaubagaimana apa yang disusun oleh penuliis adalah berdasarkan versi yang ada pada Penulis  – Cetakan Mesir ,  Husain  Bek Hasani (1287H.). Adapun Muhammad Luqman menterjemahkan tokoh-tokoh dan aspek-aspek lain adalah berdasarkan teks yang digunakan. Penulis dapati pentokohan yang disusun oleh Al-Qushairy adalah tidak sama dari segi panjang pendeknya. Setengahnya  agak panjang. Lebih dari satu halaman kitab bagi satu tokoh, tetapi kebiasaan dua tokoh bagi satu muka surat, namun, makin akhir semakin ringkas yang bagi setiap tokoh antaranya hanya dibicarakan di dalam beberapa baris. Untuk keseluruhan tokoh (83) orang adalah memakan sebanyak halaman (8-36), iaitu 28 halaman sahaja.
Oleh kerana tokoh-tokoh di dalam Al-Risalat al-Qushayriyyah adalah hampir sama, tetapi dengan jumlah yang lebih di dalam Tabaqat al-Sufiyyah dan setiap tokoh diberi ruang pembicaraan agak seimbang, iaitu antara tiga hingga lima halaman (517 dibahagi 103 tokoh), maka Penulis dapati apa yang disusun dan maklumat yang diberi bagi setiap tokoh oleh Al-Sulami adalah lengkap. Lantaran itu, meskipun susunan tokoh yang Penulis bicarakan adalah langsung menurut apa yang disusun oleh Al-Qushairy  dari pertama hingga ke 83, penulis utamakan bahan-bahan yang ada di dalam versi yang Penulis gunakan, selepas itu jika bahan dari Al-Rsalah kurang, maka ianya ditambah dari apa yang dihuraikan oleh al-Sulami di dalam al-Tabaqat, atau tidak jarang, jika ada maklumat dari al-Tabaqat adalah baik, maka dipetik dari aL-Tabaqat sebagai pelengkan bagi al-Qushairy. Dengan demikian setiap tokoh yang dibicarakan hampir seimbang, iaitu dari dua halaman hingga tiga halaman.
Sebagaimana telah disebutkan, bahawa jumlah tokoh yang dibicarakan oleh Al-Qushairy adalah 83 orang. Penulis sengaja menambahkan jumlah tokoh kepada 100 orang, iaitu dengan mengambil tujuh belas orang lagi dari Tabaqat al-Sufiyyat oleh `Abdul Rahman al-Sulami. Penulis berharap dengan  pengambilan 100 tokoh yang merangkumi dua kitab, tidak perlu lagi kelak untuk menmgulangi pembicaraan tentang tokoh.
Satu yang menarik bahawa zaman kelahiran tokoh-tokoh sufi yang dibicarakan ialah selepas abad ke 2 Hijrah kepada pertengahn abad ke 4 H, iaitu zaman selepas lahirnya istilah tasawuf dari pertengahan abad ke 2H. dan memuncak perkembangan ke pertengahan abad ke 4H. dan berlanjutan seterusnya. Dalam masa tersebut ramai lahirnya tokoh-tokoh sufi awal dan terkenal. Mereka seperti Al-Junayd al-Baghdadi, Sari al-Saqati, Ibrahim bin Adham, Shaqiq al-Balakhi, Sahl al-Tustari, Ibrahim al-Khawass, Ma`ruf al-Karkhi,  Al-Harith al-Muhasibi, dan ramai lagi. Mereka pada umumnya adalah kalangan sufi Sunni, walau bagaimana antara mereka  merupakan tokoh kontroversi seperti al-Hallaj, Al-Bistami dan  Dzu al-Nun al-Misri.
Satu yang menarik bahawa  pada peringkat prolifiknya perkembangan keilmuan Islam terutama dari pertengahan abad ke 4H. terdapat beberapa pola perkembangan keilmuan Islam. Misalnya di kawasan perkembangan keislaman awal dari Madinah ke Syria, Baghdad lebih didominasi perkembangan ilmu yang bersifat akli dan amali seperti akidah dan perundangan. Ingatkan tokoh-tokoh  pendukung Qadariyyah, Jabariyyah, Mu`tazilah, Ahlu al-Sunnah dari segi akidah dan  juga terkenal dengan perkembangan keilmuan perundangan seperti lahirnya madzhab-madzhab empat dan pecahan dan pengolahan terhadapnya. Di Barat seperti di Andalus lebih terkenal dengan  bidang falsafah, contoh falsafah tasawuf oleh Ibn `Arabi dan pengikut-pengikutnya.
Tasawuf yang bersifat rohani, lembut dan seni adalah lahir dari kawasan yang amat mendukung seni, iaitu di kawasan Asia Tengah seperti Khurasan, Naisaburi, Tusi, Balakh hinggalah ke Samarqand. Kita lihat sebahagian  tokoh-tokoh tasawuf adalah kelahiran dari seperti Khurasan, Naisaburi, Tusi, Al-Tirmidzi,   Balakh dan al-Jurjani, sebagai contoh seoerti Shaqiq al-Balakhi, Ibrahim al-Balakh, Abu Hamzah al-Khurasany, Abu Bakar bin Halim al-Tirmidzi,  Mahfuz bin Mahmud al-Naisaburi, Abu Hafs al-Naisaburi, Abu `Ali al-Jurjani, Abu al-Husain bin al-Warraq al-Naisaburi, Abu Hami al-Tirmidzi, Mahfuz bin Mahmud al-Naisaburi, Abu `Ali al-Jurjani (Termasuk Al-Ghazali kemudiannya dari T*usi). Ini tidak menafikan kelahiran kalangan sufi dari kawasan seperti Iraq, Basrah, Mesir, Maghribi dan beberpa tempat yang lain, tetapi tidak sehebat dengan kawasan-kawasan Asia Tengah, iaitu kawasan yang manusia lembut dan tinggi dengan daya seni, dan dengan keilmuan tasawuf mempertingkatkan daya seni dan imaginasi tersebut.  Dari kawasan-kawasan berkenaan dan sekitarnya juga lahir tokoh-tokoh penghimpun Hadith yang sebahagian daripada mereka dari kawasan Asia Tengah. Lantaran itu gaya Hadith menjadi pendekatan persuratan sufi, terutama pada peringkat permulaan.
Sebagai kesan dari seni, maka  ungkapan-ungkapan kalangan sufi yang merupakan ilham bagi mereka , walaupun aspek-aspek yang diperkatakan ialah persoalan tasawuf yang melibatkan berbagai-bagai persoalan dari soal ibadat,  akhlak, nilai dan sosial, tetapi terbawa sama aspek-aspek yang merupakan cita rasa seni, termasuk langsung menggunakan bentuk-bentuk puisi yang sering diungkapkan oleh para tokoh sufi berkenaan. Jangan lupa sebahagian besar penyair-penyair Islam, ialah mereka yang mendalamai tasawuf dan sebahagian daripada mereka dari kawasan Asia Tengah berkenaan.  Elemen seni yang bersifat rohani juga terpengaruh pada seni bina, alat-alat perhiasan, taman dan pakaian.
Bahan-bahan tasawuf yang diungkap oleh tokoh-tokoh sufi yang dibicarakan dapat dilihat tentang aspek tasawuf- rasa kerohanian, keinsanan dan keihsanan, keilmuan yang berbagai, anjuran dan pembawaan mereka yang dapat dinilai yang mungkin tidak semuanya perlu diikut.

Sekian.

No comments:

Post a Comment