BBB,
24 Rajab 1438H. = 21 April 2017M. (Juma`at):
Istilah seterusnya yang disusun oleh
Al-Qushairy ialah Al-Jam`u yang kita terjemahkan sebagai `Menghimpun` atau
melihat secara `Menyeluruh` dan `Mengasingkan` (Al- Farq) atau secara
tersendiri. Menurut Al-Qushairy, istilah ini memang popular diperkatakan di
kalangan sufi. Antara peringkat awal memperkatakan tentangnya ialah Abu Nasr
al-Sarraj di dalam Al-Luma`
dan Al-Kalabadzi di dalam Al-Ta`arruf.
Antara sufi yang dirujuk pendapatnya oleh
Al-Qushairy ialah Al-Ustadz Abu `Ali
al-Daqqaq.
Menurut Al-Daqqaq:
`Al-Farq ialah apa yang dinisbahkan kepada
engkau.``, sedangkan al-jam`u menurutnya:,
``Apa yang di luar dari engkau.``
Huraian lanjutnya tentang makna bagi dua istilah
di atas bahawa,
``Apa-apa usaha hamba seperti melaksanakan
kewajipan `ubudiyyah dan apa yang layak
daripada ahwal manusia, maka dia adalah dikategorikan sebagai al-farq.``
Dan apa yang dari kejadian luaran yang memanifestasikan seperti kelembutan dan ihsan, maka dia adalah jam`u.
Siapa yang diberi kurnia Allah dengan ketaatan dan melibatkan dengannya maka
dia adalah farq dan yang menyaksikan Allah Ta`ala tentang ciptaanNya, maka dia
di dalam al-jam`u.
Katanya, `Siapa yang tiada tafriqah, maka
tiada `ubudiyyah baginya dan siapa yang tidak jam`u, maka tiada baginya
ma`rifat. ``
Sebagai contohnya ``Iyyaka na`budu` ialah
gambaran bagi tafriqah, manakala,
``Wa iyyaka nata`in`` adalah gambaran bagi
al-jam`u.
Dapatlah diambil kesimpulan, tafriqah yang
juga bermakna berasingan, ialah melihat ke dalam dan di dalam diri secara
berasingan di dalam menanggapi ke keluaran.
Melihat dalaman diri melibatkan antaranya,
menyedari:
·
Kelemahan
diri dari segi keilmuan, khususnya dari segi kerohanian.
·
Diri
adalah berdosa perlu kepada taubat dan
pembersihan
·
Kelemahan
diri dari segi ta`abbudiyyah dan ibadat
·
Diri amat
memerlukan kepada panduan dan bimbingan
·
Pergantungan
adalah semata-mata kepada Allah.
Bahawa dengan melihat ke dalam secara
terpisah dari yang lain, maka dikenalpasti tentang diri, misalnya menyedari
tentang kekurangan ilmu yang sepatutnya menggerakkan diri untuk belajar bagi
memperbaiki diri, baik dari segi ilmu lahir dan juga rohani. Begitu juga dengan
menyedari diri yang berdosa seharusnya menggerak diri untuk bertaubat dan
berusaha menjauhi diri dari perkara-perkara yang berdosa. Lebih dari itu
menggerakkan diri untuk belajar dan berguru. Lebih daripada itu adalah memohon
pertolongan kepada Allah yang menjadi tempat mengadu dan menggantung harap.
Adapun konsep al-jam`u ialah melihat keluar
dengan elemen yang banyak, maka dengan al-jam`u mempunyai significantnya.
·
Dengan
jumlah yang banyak mengukuhkan kedudukan
·
Dari
jumlah yang banyak dapat dibuat rumusan bagi keseluruhan
·
Dia
merupakan ayat-ayat bagi pembuktian
·
Dari
banyak dapat diambil ketentuan majoriti dan minoriti
·
Islam
menggalakkan ber jamaah.
Dan banyak lagi significant yang dapat
ditambah.
Dengan memandang keluar dari diri, misalnya
melihat kejadian ciptaan Allah dari langit dan bumi dan kandungan membuktikan
kekuasaan Allah yang kita seharusnya tunduk dan patuh kepadaNya.
Kejadian ciptaan ialah merupakan ayat-ayat
(tanda-tanda) yang banyak ayat-ayat Al-Qur`an yang menyebut tentang ayat-ayat
ini). Contih firman Allah bermaksud:
``Sesungguhnya pada ciptaan langit dan bumi
dan bersilih ganti malam dan siang menjadi tanda bagi mereka yang mempunyai
fikiran.
Mereka itu yang menzikir (mengingati) Allah masa berdiri dan duduk dan semasa mengiring dan mereka itu berfikir tentang
ciptan langit dan bumi (mereka berkata), sesungguhnya wahai Tuhan kami, engkau tidak jadikan semua
ini secara sia-sia. Mahasuci Engkau, selamatkan kami dari api neraka.`` (Ali
`Imran: 190-191).
Dengan kesedaran melalui gagasan ayat-ayat
Al-Qur`an boleh mencetus dan menyedarkan fikiran dan jiwa bagi mereka yang
berfikir. Dengan penghayatan terhadap ayat-ayat Al-Qur`an dan langsung tentang
kejadian ciptaan Tuhan, boleh membawa
seorang penghayat mengungkapkan kekaguman yang menjadikannya seorang
sasterawan, pemikir, filosof, saintis, seorang `abid dan seorang sufi.
Walau bagaimana kedua konsep bagi istilah
pengasiungan (farq) dan penghimpunan (jam`u) adalah penting. Kedua-duanya kukuh
dan mengukuhkan. Dengan farq dapat diteliti ke dalam secara halus dan mendalam
dan mempunyai kesan langsung, dekat dan mendalam, manakala secara jam`u dapat
dilihat keluar dengan lebih jelas dan menyeluruh dan membuat kesimpulan secara
kukuh dan meyakinkan. Kedua-duanya sama sama berperanan di dalam memberi
kefahaman dan bagi penghayatan.
Hayati puisi indah dipetik Al-Qushairy pada
akhir pembicaraan tentang istilah farq dan jam`u:
Kebenaran dalam kerahsiaan
Terhambur ungkapan dari lisan
Kita berhimpun mencari makna
Kita berpisah juga kerana makna
Ghaibmu untuk mencari pandangan
Menjadikan jiwaku dalam dambaan !
Di
dalamnya ada lintasan makna yang merujuk kepada farq dan jam`u.
Sekian.
No comments:
Post a Comment