BBB,
15 Rajab 1438H. = 12 April 2017M.
(Rabu):
Tokoh sufi seterusnya ialah Abu al-Hasan
al-S*airafi, dia ialah `Ali bin Bundar bin al-Husain al-S*airafi. `Ali bin Bundar daripada kalangan tertinggi shaykh di Naisabur dan
direzekikan daripada ru`yah
shaykh-shaykh dan sahabat mereka itu yang tidak diberi rezeki lain daripadanya.
Dia bersahabat di Naisabur dengan Abi
`Uthman dan Mah*fuz*, di Samarqand dengan Muhamnmad bin al-Fadhl dan di Balakh
dengan Muhammad bin H*amid, dan di Jurjan dengan Abi `Ali, dan di Al-Rayy
dengan Yusof bin al-Husain, dan di Baghdad dengan Al-Junayd bin Muhamnmad,
Ruym, Samnun, Abu al-`Abbas bin `At*a` , Abu Muhammad al-Hariri, dan di Sham
dengan T*ahir al-Maqdisi, Abu `Abdullah al-Jala` dan Abu `Amrin al-Dimashqi dan
di Mesir dengan Abi Bakr al-Misri, al-Zaqqaq dan Abi `Ali al-Rudzbari.
Dia banyak menyalin Al-Hadith dan
meriwayatkannya. `Ali bin Bundar meninggal pada
(m. 359H.).
Adapun riwayat yang mana `Ali bin Bundar
menjadi salah seorang perawinya ialah:
Mengkhabarkan kami `Ali bin Bundar,
berkata, bercakap kepada kami Da`wud bin Sulaiman bin Khuzaimah berkata,
bercakap kepada kami `Abdullah bin `Abdul Rahman al-Samarqandi, berkata,
bercakap kepada kami Yahya bin Hassan berkata, bercakap kepada kami Sulaiman
bin Bilal daripada Hisham bin `Urwah daripada `A`ishah bahawa Nabi s.`a.w.
bersabda:
``Ni`ma al-Idam al-khall``, bermaksud,
``Seni`mat hidangan ialah al-khall (cuka).``
Maka riwayat-riwayat daripadanya:
``Aku mendengar `Ali bin Bundar berkata,
``Aku masuk ke Damshiq bagi menemui `Ali
bin `Abdullah al-Jala`, maka dia berkata,
``Bila engkau sampai ke Damshiq ?
Kataku, ``Sejak tiga hari yang lepas.``
Katanya, ``Mengapa tak datang menemuiku ?``
Kataku, ``Aku pergi menemui Ibn Jaus*a` dan
aku menulis daripada al-Hadith.``
Maka katanya kepada ku, ``Engkau lebih
memberi perhatian kepada al-Sunnah dari yang fardhu (al-faridhah) .``
Aku mendengar Aba Nas*r al-T*usi berkata,
katanya, aku bertanya kepada `Ali bin Bundar,
Apakah itu tasawuf ? Katanya,
``Menggugurkan pandangan kepada makhluk,
zahir dan batin.``
Katanya, dan berkata `Ali bin Bundar,
``Rosak hati di atas kiraan rosaknya
generasi dan ahli-ahlinya.``
Aku mendengar anaknya, Aba al-Qasim,
berkata, `Banyak sekali apa yang telah aku dengar dari bapaku, r.h.a. berkata,
``Tidak mungkin sesuatu tempat yang di atas
cara yang tidak betul (balwa) menghasilkan yang betul.``
Katanya, aku mendengarnya berkata, ``
``Wahai anakku, Ingatlah dari melakukan
kesalahan terhadap makhluk. Siapa yang diredhai Allah sebagai hambaNya, maka
diredhai oleh saudara-saudara.``
Katanya, adalah dia berkata, ``Berhati-hati
dari kesebokan engkau dengan makhluk, kadang tidak memberi kebaikan kepada engkau.``
Katanya, dia melihat pada tanganku sebuah
kitab, maka katanya, ``Apakah ini ?``
Maka kataku, ``Kitab tentang Ma`rifah.``
``Tidakkah ma`rifah di dalam hati ?``
Maka kataku, ``Dalam usaha mendalaminya !``
Aku mendengar Aba Nas*r al-T*usi berkata,,
aku mendengar `Ali bin Bundar berkata,
``Bukanlah faqir orang yang melahirkan
kefaqirannya, adapun faqir ialah orang yang menyembuyikan kefaqirannya, sedang
kelihatan dia baik dan gembira !``
Aku mendengar `Ali bin Bundar berkata,
``Zaman yang disebut padanya tentang s*olah (islah) dan zaman yang diharap padanya
solah.``
Aku mendengar `Ali bin Bundar berkata,
``Pada satu hari aku membawa berjalan dengan Abi `Abdillah Mad bin Khafif. Maka
katanya, kepadaku oleh Abu `Abdullah, `Segera wahai Aba al-Hasan. !, Kataku,
``Dengan keadaan uzur ?
Dia berkata, bahawa engkau berjumpa denga Al-Junayd, aku belum menemuinya !.``
Dan aku mendengar anaknya Aba al-Qasim
berkata, adalah bapaku berkata,
``Baju yang aku gunakan bagi bersolat, aku
tidak suka menggunakannya bagi menemui manusia dengannya.``
Katanya, dan dia bertanya bagi setengah (seorang) sahabatnya,
``Hendak ke mana ?``
Jawabnya,
``Untuk bersiar (nazhah).``
Maka katanya, Siapa yang tidak mesra dengan
halnya, tidak berjaya bernazhah, melainkan kegusaran.``
Katanya, dan aku mendengarnya berkata, ``
``Kebenaran ialah perkara yang besar yang
dituntut oleh makhluk. Sesungguhnya kebenaran adalah perkara dunia dan
akhirat.``
Demikian pendapat Abu al-Hasan `Ali bin
Bundar al-S*airafi.
Sekian.
No comments:
Post a Comment