BBB, 18 Rajab 1438H. = 15 April 2017M.
(Sabtu):
Bagi mencapai keperluan kefahaman di dalam
komunikasi memerlukan bahasa. Bahasa berkenaan adalah merangkumi segala
kategori bahasa. Antara kedua pihak atau lebih yang berkomunikasi perlulah
memahami bahasa berkenaan. Bahasa tersebut ada yang bersifat biasa, seperti
komunikasi biasa misalnya yang diperlukan di dalam kehidupan bermasyarakat.
Namun ada taraf bahasa yang bersifat tinggi, iaitu bahasa yang bersifat ilmu,
maka bagi memahami bahasa yang bersifat ilmu ini perlu kepada pembelajaran yang
meningkatkan maklumat dan keilmuan yang belajar sehingga dapat memahami sesuatu
bidang keilmuan berkenaan. Kata-kata khusus di dalam bidang berkenaan ini
dikenali dengan istilah. Istilah pula berkait dengan bidang khusus. Misalnya
bagi memahami bidang fiqh perlu memahami istilah-istilah yang berhubung dengan
keilmuan berkenaan. Misalnya berhubung dengan taharah perlu memahami istilah, wudh`, niat, air
mtlak, air musta`mal, sah, batal dan sebagainga demikian juga dengan bidang
akidah perlu memahami istilah misalnya,wahdaniyyah, wajib, mustahil,
dalil, syirik dan sebagainya.
Istilah-istilah yang berhubung dengan perundangan dan akidah ini adalah istilah-istilah
yang ketat dan tidak boleh berlebih kurang.
Bagi memahami bidang tasawuf juga
lebih-lebih lagi memerlukan kefahaman yang berhubung dengan istilah-istilah
berkenaan. Ianya lebih sukar, lantaran istilah-istilah berkenaan tidak saja
yang bersifat lahir seperti, faqr, taubah, istighfar, tetapi antara istilah-istilah
berkenaan bersifat dalaman, rohani, pengalaman batin dan sukar menanggapi maknanya secara tepat
seperti, shauq, mahabbah, fana,, ikhlas, dan taqwa. Ianya bersifat dalaman dan
sukar mendapat penerangan dan ukuran yang tepat sepereti dalam keilmuan fiqh
dan akidah. Bahkan dalam istilah tasawuf yang dipengaruhi oleh elemen rohani,
wajdan dan intuisi, maka istilah-istilahnya boleh bercabang dan bervariasi
makna di dalam tanggapan, khususnya apabila ianya diungkapan secara intuitif
dan wajdan, Contohnya sebagai diungkapkan oleh tokoh-toloh sufi di dalam bentuk
puisi. Lebih dari itu bahasa sebenarnya pada peringkat tertentu tidak mampu
mendukung makna, bahkan tidak ada istilah bahasa yang tetap dan tepat bagi
suatu situasi dan hal yang dialami oleh kalangan sufi.
Di dalam hal ini kata Abu al-Qasim `Abdil
Karim bin Hawazin bagi pembukaan bicara
bagi lafaz-lafaz bahasa yang diungkapkan oleh kalangan sufi , katanya:
``Ketahuilah, sebagaimana maklum, bahawa
setiap t*a`ifah daripada `ulama` sufi, mereka itu mempunyai ungkapan-ungkapan
lafaz kata yang digunakan oleh mereka. Oleh kerana ciri tasawuf bersifat
intuitif, wajdan dan kreatif, kadangkala tercetus dari mereka istilah-istilah
persendirian yang istilah-istilah ini berbeza dari istilah-istilah yang
digunakan oleh kalangan sufi yang lain – Antaranya sebelum ianya dikenali yang
lain yang kemudian menjadi umum bagi kalangan sufi di dalam menggunakannya.
Namun sebelumnya adalah menjadi sukar bagi kelompok sufi bagi memahaminya atau
bagi mendekati kefahaman bagi istilah-istilah yang merupakan pengasingan pada
peringkat permulaan.
Contoh yang baik bagi memahami tentang
istilah-istilah yang berhubung dengan tasawaf, ialah istilah tasawuf itu
sendiri. Bagi menampilkan istilah ini, sebelumnya sudah tentulah pengenalan
bagi ilmu ini, ciri dan identiti bagi keilmuan ini terlebih dahulu dikenalpasti
yang membawa kepada kelahiran istilah tasawuf itu sendiri.
Sebagaimana dimaklum, pada peringkat ini tidak dikenali dengan
jelas dan bagi melahirkan istilah
memakan masa dan berlaku evolusi ke arah pengenalan yang melahirkan ilmu
ini. Sebenarnya sifat dan ciri kerohanian di dalam Islam tersebut banyak tempat
di dalam Al-Qur`an dan Hadith Nabi yang mendorong kepada penglahiran istilah
keilmuan yang berhubung dengan rohani
Seawal yang dapat dikesan al-Imam Ahmad bin
Hanbal (m. 241H./855M.) mula menggunakan istilah yang bermaksud tasawuf ialah
dengan menggunakan istilah `Al-Zuhd` yang dengan istilah ini digunakan sebagai
salah sebuah buku beliau yang berjudul `Al-Zuhd`. Istlah al;-zuhd adalah
merujuk kepada sifat jiwa dan pembawa diri seorang yang zuhud. Namun selain
dari ianya bermaksud sebagai tasawuf, istilah ini juga mempunyai konotasai yang
berbagai. Antaranya dari segi kebiasaan ada yang memahami sebagai orang fakir,
miskin dan merujuk kepada masyarakat yang rendah kedudukan tarafnya. Tetapi,
ianya bukan bermaksud sedemikian dari segi tasawuf, bahkan maknanya sebalik daripada itu, Zuhud dan
Zahid ialah orang yang kaya jiwanya dan tidak semestinya orang yang tidak
berharta. Orang ini mulia jiwanya, mendekati diri kepada Allah, kuat beribadat,
mempunyai hubungan baik dengan masyarakat dan
mampu memperbaiki masyakatnya. Al-Imam Ahmad bin Hanbal juga menggunakan
sebuah lagi istilah yang berdekatan maknanya dengan zuhud, iaitu `Al-Wara` yang
istilah ini juga menjadi judul bagi satu daripada bukunya.
Evolusi ke arah kelahiran dan dikenali
istilah tasawuf secara jelas memakan
masa. Ianya dimantapkan penggunaannya oleh Abu Nasr al-Sarraj (m. 378H.) sebagaimana
yang dibicarakan dan penggunaannya secara mantap di dalam bukunya yang berjudul
al-Luma`. Mulai dari zamannya istilah ini menjadi popular dan dikenalpasti
sebagai sebuah keilmuanb khusus di dalam Islam.
Evolusi ke arah mengenal pasti maksud tasawuf
dan ciri utamanya, iaitu akhlak juga memakan masa yang lama. Elemen tasawuf
sebagai maksud sebagai akhlak. Dan ada yang memaksudkan akhlak itu adalah
tasawuf dan tasawuf itu adalah akhlak juga memakan masa yang lama. Persoalan
akhlak ini banyak dibicarakan di dalam
Al-Qur`an dan dibicarakan oleh Nabi melalui Hadith-Hadith Baginda, bahkan diri
Baginda sebagai contoh keakhlakan Islam.
Tetapi mengolah sebagai pendekatan keilmuan
yang dikenali sebagai ciri dan identiti tasawuf juga memakan masa yang lama.
Pendekatan awal yang melihat akhlak sebagai keilmuan tasawuf didekati oleh
Al-Muhasibi (243H.). Beliau bertolak pembicaraan tasawuf keakhlakannya
berdasarkan Hadith Nabi s.a.w. bermaksud:
``Seberat-berat apa yang diletak di dalam
neraca timbangan ialah baik akhlak``.
Konsep tasawuf keakhlakan ini dibicarakan
di dalam bukunya yang berjudul
Al-Ri`ayat Li Huquq Allah`
Di samping beliau juga mengaitkan akhlak
yang baik juga berhubung dengan persoalan hati dan amalan anggota-anggota diri.
Ini dibicarakan di dalam bukunya yang berjudul, A`mal al-Qulub wa al-Jawarih``
- Amalan hati dan anggota.
Evolusi pemantapan tasawuf yang antaranya
melandaskan kepada akhlak yang berkait dengan
hati dan anggota memakan masa yang agak lama. Apa yang dicetus oleh Ahmad bin Hanbal diperkukuh oleh Abu Nasr
al-Sarraj dan juga dicetuskan oleh Al-Muhasibi menjadi jalan pembukaan bagi
memantapkan tasawuf dilakukan oleh Al-Ghazali (m. 505H./1111M.) yang terkenal
mengambil akhlak sebagai pendekatan akhlak terutama di dalam kitabnya yang
berjudul Ihya` `Ulum al-Din dan beberapa karangannya yang lain.
Kepentingan istilah-istilah disedari oleh
Al-Qushairy, lantaran itu, selepas membicarakan tentang tokoh-tokoh beliau mula
membicatakan tentang istilah-istilah yang
dicetus dan digunakan oleh
kalangan sufi.
Sekian.
No comments:
Post a Comment