BBB,
11 Rajab 1438H. = 08 April 2017M. (Sabtu):
Tokoh seterusnya yang dipetikl daripada
kitab T*abaqat al-Sufiyyah yang disusun
oleh `Abdul Rahman al-Sulami ialah Ibrahim bin al-Muwallad. Nama
lengkapnya ialah Abu Ishaq Ibrahim bin Ahmad bin al-Muwallad. Dia adalah dari
kalangan pembesar shaykh-shaykh di Al-Rappah dan kalangan pemuda daripada
mereka. Dia bersahabt dengan Abdullah
bin al-Jalla` al Dimashqi dan Ibrahim bin Da`wud al-Qassar al-Ruqiyy. Dia juga
kalangan yang mengeluarkan fatwa dan terkenal dari segi latar perjalanan.
Ibrahim al-Muwallad al-Sufi mempunyai sanad
Hadith kepada Rasulullah s.a.w.
Mengkhabarkan kepada kami oleh Nas*r bin
Muhammad bin Ahmad bin Ya`qub al-`At*t*ar di T*us, berkata, bercakap kepada
kami oleh Ibrahim bin al-Muwallad al-Sufi di Rappah berkata, bercakap kepada
kami, Muhammad bin Yusuf al- Damshqi
berkata, bercakap kepada kami Salman bin al-`Abbas bin al-Walid al-H*ims*iyy,
berkata, bercakap kepada kami, `Abdul
Rahman bin Ayyub bi Sa`id al-Sakuni, berkata, bercakap kepada kami al`At*t*af
bin Khalid daripada Nafi` daripada Ibn `Umar r.a. berkata, bersabda Rasulullahg
s.a.w. bermaksud:
``Kalau diizinkan bagi ahli syurga
berniaga, nescaya mereka berniaga dengan al-bazz dan al- `at*t*ar.``
Aku mendengar `Ali bin Sa`id berkata, aku
mendengar Ahmad bin `At*a` berkata,, aku mendengar Ibrahim bin al-Muwallad
berkata, ``Siapa yang permulaannya pengakhirannya dan pengakhirannya
permulaannya pada ijtihad, melazimkannya permulaan dan pengakhiran.``
Katanya, dan aku mendengan Ibrahim
berkata,, ``Siapa yang ditauliah meraikan yang
haqq, maka dia lebih tinggi dari melakukan siasah keilmuan.``
Katanya, dan aku mendengar Ibrahim berkata,
``Melaksanakan adab-adab ilmu dan syara` menyampaikan pelakunya kepada maqam
kelebihan dan penerimaan.``
Katanya, dan aku mendengar Ibrahim berkata,
``Bahawa seorang hamba apabila berpagi-pagi dia mut*ala`ah dengan mentaati
Allah, namun dia masih dipengaruhi syahwah,
juga syaitan dengan ma`siat. Allah
memberi dengan niat baiknya berpagi-pagi, dia sedar dengan perintah Allah. Dia berusaha
meningkatkan adab dan membesarkan Allah dengan takbir Allahu Akbar berulang
memberi kesan pada dirinya, nescaya dengan kesedaran dia lebih kukuh dari segi
ketaatan, menyanggahi nafsu syaitan dan mengalahkan pengaruh syahwat. Dia
ditolong mengalahi seterunya, dihilangkan waswas dari hatinya, masuk melalui
pintu yang betul dan ke arah yang benar. Di dalam pertarungan dia mengalahkan
seterunya dan tidak dikalahkan.``
Katanya, aku mendengar Ibrahim, berkata,
``Kemanisan taat ialah dengan ikhlas, dan menghilangkan dari diri sifat `ujub.``
Katanya, aku mendengar Ibrahim berkata,
``Aku hairan bagi sesiapa yang mengenal jalan kepada Tuhannya, bagaimana dia
hidup bersama lain daripada Allah Ta`ala.. Sedang Allah berfirman bermaksud:
``Dan balik kembalilah kepada Tuhan kamu dengan berserahlah kamu kepadaNya.`` (Al-Zumar: 54).
Katanya, aku mendengar Ibrahim berkata,
``Tertentu bagi roh dengan sifat
kegembiraan,, dia meninggi sentiasa kepada tempat gembira daripada mushahadah,
dan jasad dijadikan dari benda, maka dia
sentiasa terdorong kembali kepada benda fizikal, siapa yang menuntut perkara
yang fana ini dan memberi perhatian, maka dia lalai.``
Katanya, dan aku mendengar Ibrahim berkata,
``Siapa yang berkata tentang fana, maka dia fana, dan siapa yang membicarakan
tentang Yang Kekal Allah memberi kebaikan baginya.``
Menasyidkan daku Mansur bin `Abdullah,
katanya menasyidkan daku oleh Ibrahim bin al-Muwallad:
Tiada keguguran air mata kekasih ketika
Berdepan dengan air dan api menyala
Bagi yang terdedah pada nyalaan terbakar
Dan bagi air mata duka air berlari lancar.
Katanya, dan aku mendengar Ibrahim bin
al-Muwallad berkata, ``Setinggi nilai tasawuf, fana engkau padanya, apabila
engkau fana, engkau berdepan dengan Yang Kekal selama. Kerana siapa yang
tanggapan fana, dia menyaksikan yang dituntut. Dia Yang Baqa` berterusan.``
Katanya, aku mendengar Ibrahim bin
al-Muwallad berkata, ``Adab waktu makan, jangan memanjangkan huluran tangan, kecuali di dalam keadaan darurat.
Makan secara hati-hati dan tidak gelojoh.``
Katanya, dan aku mendengar Ibrahim berkata,
``Ada yang melakukan perintah Allah
antara bagai menerima dan enggan. Siapa yang dengan keikhlasan insya Allah dalam
penerimaan.``
Katanya, dan aku mendengar Ibrahim berkata,
``Bergaul diri perlu menjaga zahir dari segi ilmu, shara` dan akhlak, dan dari
segi diri dalaman – hati hendaklah menjaga adab dari segi batin dari hal,
wajdan dan kashaf.
Katanya, dan aku mendengar Ibrahim berkata,
``Ketika sementara, selepas mujahadah
boleh membinasakan permulaan dan hijab selepas kashaf adalah keadaan ke arah
ahwal.``
Katanya, dan aku mendengar Ibrahim berkata,
``Diri engkau yang berjalan seiringan
dengan engkau, dan hati engkau yang terbang bersama, pilihlah mana antara
keduanya yang lebih cepat menyampaikan.
Demikian pendapat Ibrahim bin al-Muwallad
tentang perkara nyata dan beribarat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment