BBB,
08 Rajab 1438H. = 05 April 2017M. (Rabu):
Al-Hallaj ialah gelaran bagi Al-Husain bin Mansur, kunyahnya
ialah Abu Mughith. Dia adalah dari Ahli Baidha` di Parsi. Dia mendapat
pendidikan di Wasit* dan `Iraq. Dia
bersahabat dengan AL-Junayd, Abi al-Husain al-Nuri, `Umar al-Makki, al-Fut*i
dan yang lain. Al-Hallaj adalah tokoh kontroversi. Shaykh-shaykh bersalahan
pendapat mengenainya. Kebanyakan `ulama atau shaykh-shaykh menolaknya. Mereka menafi, mengabai dirinya
sebagai sufi. Daripada mereka itu ada
yang menerimanya seperti Abu al-`Abbas bin ``At*a*, Abu `Abdullah , Muhammad Khafif dan Abu al-Qasim, Ibrahim bin
Muhammad al-Nas*r Abadzi. Mereka memuji kepadanya, dan mengesahkan hal baginya,
mereka menghikayatkan daripadanya kalamnya, mereka menjadikannya sebagai salah
seorang daripada muhaqqiqin, sehingga
berkata Muhammad bin Khafif:
``Al-Husain bin Mansur adalah Alim
Rabbani``
Dia dibunuh di Baghdad di pintu Al-T*aq
pada hari Selasa 6 Dzul Qaedah tahun (m. 309H.).
Antara riwayat tentang Husain bin Mansur
al-Hallaj:
Aku mendengar `Abdul Wahid bin Bakar
berkata, aku mendengar Ahmad bin Faris berkata, aku mendengar Husain bin Mansur
berkata, ``Terhijab mereka itu dengan nama, maka mereka itu hidup, kalaulah
lahir bagi mereka itu ilmu qudrat, maka mereka itu hancur, dan kalau terbuka
bagi mereka itu hijab nescaya mereka mati.``
Katanya, berkata Al-Hallaj, ``Wahai Tuhanku
Engkau mengetahui kelemahanku dari berbagai tempat, kesyukuran kepada Engkau.
Aku bersyukur kepada Engkau daripadaku, kerana shukur tidak lain kepada
Engkau.``
Katanya, aku mendengar Al-Hallaj berkata,
``Siapa yang tidak prihatin terhadap amalan, disekat dari melaksanakan amal
kepadaNya. Siapa yang tidak prihatin terhadap perkara yang diamalkan, dilindung
dari melihat natijah dari amalan-amalan.``
Dan aku mendengar `Abdul Wahid berkata, aku
mendengar Ahmad bi Faris berkata, aku mendengar Husain bin Mansur berkata,
``Nama-nama Allah Ta`ala, dari sekira didapati nama dan dari segi hak
hakikat.``
Katanya, dan aku mendengar Husain berkata,
``Lintasan kepada haq, ialah yang tidak menghalangnya oleh sesuatu.``
Katanya, dan aku mendengar Al-Husain
berkata, ``Apabila melepas hamba kepada maqam ma`rifat, diilham Allah kepada lintasannya, maka dijaga
sirrnya daripada mencetus kepada lintasan yang tidak haq.``
Katanya disoal Al-Husain, ``Mengapa tamak Musa a.s. untuk melihat dan
menanya Allah ?, Maka katanya, kerana berseorang dengan yang Haqq, bersendiri
al-Haqq dengannya, pada semua ma`nanya. Dan jadilah Al-Haqq terdepan pada
setiap penglihatan kepadaNya.. Dia
berdepan tanpa kepungan kepadanya, yang membawa kashaf zahir kepadanya, tidak
secara ghaib. Yang demikian membawanya kepada menyoal tentang ru`yah dan tiada
yang lain.``
Aku mendengar Aba al-Husain al-Farisi.
Katanya menasyidkan daku oleh Ibn Fatik, untuk Al-Husain bin Mansur:
Engkau dengan mesra hati berterusan
Seperti dari kelopak air mata berlarian
Hati kecil dirongga dada dalam bimbang
Seperti berlalu roh dari sekujur badan
Tanpa hening bimbang berterusan
Melainkan pergerakan mengosongkan.
Aku mendengar `Abdul Wahid al-Sayyari berkata, aku
mendengar Faris al-Baghdadi, aku bertanya Husain bin Mansur tentang murid,
``Dia ialah yang menumpukan jiwanya kepada Allah, maka seharusnya tiada kerosakan hingga kesampaian.``
Aku mendengar Husain bin Mansur berkata, ``Al-Haqq
adalah kepadaNya menjadi maksud, dengan ibadat dan kepadaNya disembah, dengan
ketaatan dan tiada dishahadah dengan yang lain daripadaNya.
Dinasyidkan kepada Al-Husain bin Mansur:
Intuisi wajdan menggapai haqq keseluruhan
Meski lemah menanggapi oleh kefahaman
Tidaklah wajdan melainkan lintasan tanggap
Bagai
pucuk api gelodak dalam menghangat.
Dan dengannya katanya, aku mendengar
Al-Husain bin Mansur berkata, ``Siapa
yang mendapat cahaya tauhid, maka terlindung baginya ibarat secara tajrid,
kesegalaan bercakap dengan bahasanya membuka yang terlindung.
Dan dengannya, katanya, aku mendengar
Al-Husain bin Mansur berkata, ``Siapa memohon pertolongan kepada Haqq dengan
cahaya iman seperti orang menuntut matahari dengan pancaran cahaya kepada planet-planet.
Dan dengan katanya, aku mendengar Al-Husain
bin Mansur, berkata kepada seorang lelaki daripada kalangan sahaba `Al-Juba`i`
. Tatkala Allah Ta`ala menjadikan jisim-jisim
dengan tiada `illah, begitu juga dia menjadikan padanya sifat-sifat tiada
`illah, sebagaimana tiada memiliki hamba akan asal perbuatannya. Sebagaimana dia tidak memiliki perbuatannya.`
(Di atas adalah faham ` Al-Juba`i` tentang perbuatan sebagaimana terdapat juga fahaman
Mu`tazilah dan Ahl al-Sunnah mengenai perbuatan).
Dan dengannya katanya, aku mendengar Al-Husain bin Mansur
berkata, ``Tidak berspisah manusia (bashariyyah) daripadanya dan tidak pula
bersambung dengannya.`` (Pendapat
Al-Hallaj).
Demikianlah sengaja dibawa pandangan yang
bersifat kontroversi dari Al-Hallaj, sebagai variasi dan perbandingan yang
dapat diteliti dan tidak perlu dijadikan ikutan dan pegangan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment