BBB,
12 Rajab 1438H. = 09 April 201`7M. (Ahad):
Senarai seterusnya ialah Abu `Abdillah bin
Salim al-Basri. Nama lengkapnya ialah Abu `Abdillah Muhammad bin Ahmad bin
Salim. Beliau adalah sahabat bagi Suhail bin `Abdullah al-Tustari dan menjadi perawi
bagi kalamnya. Dia tidak cenderung kepada shaykh yang lain.
`Abdullah bin Salim adalah dari kalangan
mujtahid. Tarikatnya ialah tarikat ustadznya – Sahl. Dia mempunyai sahabat-sahabat
di Basrah yang cenderung kepadanya. Juga sahabat-sahabat bagi anaknya Abi
al-Hasan.
Riwayat-riwayat yang berkait dengannya:
Aku mendengar Muhammad bin `Abdullah
al-Razi berkata, menanya seorang lelaki terhadap Aba `Abdillah bin Salim dan
aku mendengarnya,
``Adakah kita dituntut menyembah (di dalam
ibadat) dengan usaha (kasab) atau dengan tawakkal ?``
Maka katanya, ``Tawakkal adalah hal
Rasulillah s.a.w. dan kasb adalah Sunnah Rasulillah s.a.w.`` Adapun disunnahkan
al-kasb bagi siapa yang lemah dari hal tawakkal dan gugur dari darajah `al-kamal`
yang menjadi hal Rasulillah s.a.w. Siapa yang berkemampuan (at*aqa)
bertawakkal, maka kasab tidak harus baginya, melainkan kasab secara mu`awanah,
bukan kasab pergantungan (i`timad`) di atasnya. Siapa yang lemah dari hal
tawakkal yang dia adalah hal Rasulillah s.a.w. diharuskan bagi mencari
kehidupan dan kasb, supaya dia tidak jatuh dari darajah Sunnahnya yang
menyebabkan gugur dari darajah halnya.``
Katanya, dan aku mendengar Aba `Abdillah
bin Salim berkata,
``Siapa yang beramal kepada Allah Ta`ala, sebagaimana ru`yah yang lalu kemungkinan
zahir ke atasnya kemuliaan-kemuliaan (karamat).``
Katanya, dan aku mendengar Aba `Abdillah
bin Salim berkata, ``
``Hilang dari hati kegelapan riya` ialah
dengan cahaya ikhlas dan kegelapan dusta dengan cahaya benar.``
Katanya,
aku mendengar Aba `Abdillah bin Salim berkata, ``
``Siapa yang sabar menyalahi nafsu diri,
nescaya Allah menyampaikannya kepada maqam `uns` kepadaNya.
Katanya, dan aku mendengar Ibn Salim
disoal, ``Bagaimana mengenal auliya` di
dalam makhluk ?``
Maka katanya, ``Dengan lembut tuturkata
mereka itu, elok akhlak mereka, manis muka mereka itu, bersifat pemurah mereka
itu, kurang penentangan, menerima `uzur mereka yang memohon keuzuran kepada
mereka, sempurna sifat kasihan belas di atas semua khalayak dari segi kebajikan
mereka dan kesalahan mereka.``
Katanya, aku mendengar Ibn Salim berkata,
``Siapa yang bertawakkal kepada Allah nescya Allah menenangkan hatinya dengan
nur hikmah dan menghilangkan darinya segala duka. Dia menyampaikannya kepada setiap
yang dikasihi, kerana Allah `Azza wa Jalla berfirman bermaksud:
``Siapa yang bertawakkal kepada Allah, maka
Dialah yang mencukupkannya.`` (Al-T*alaq: 3).
Ya`ni Dialah yang mengadakan baginya segala
keperluan.
Katanya, dan aku mendengar Ibn Salim berkata,
``Tawakkal kepada Allah sebagai satu kefadhuan, kerana Allah Ta`ala berfirman,
bermaksud:
``Dan kepada Allah jualah, hendaklah kamu
semua berserah.`` (Al-Ma`idah: 23).
Dan gerak daya pada mencari rezeki adalah
harus bagi yang lemah daripada tawakkal, kerana Allah Ta`ala berfirman
bermaksud:
``Makanlah kamu dari makanan-makanan yang baik
yang telah kami kurniakan kepada kamu.`` (Al--Baqarah: 57).
Dan apa yang dibuka kepada kamu dari
pencarian dan usaha yang menghasilkan kebaikan dan keburukan. Dan apa yang
dibuka bagi tawakkal ialah perkara-perkara yang baik, kerana ianya adalah dari
perkara yang baik.``
Katanya, aku mendengar Ibn Salim berkata, ``Ru`yah
yang murni menghasilkan hubungan yang baik.``
Katanya, aku mendengar Ibn Salim berkata,
``Menutup aurat seseorang, ialah kehormatan, kelembutan dan kemurahannya, dan
menegakkannya pada tiap-tiap hal dengan kebenaran.``
Katanya, aku mendengar Ibn Salim berkata,
``Bersungguhlah pada menjaga diri supaya jagaan pemeliharaan. Maka seorang yang
di dalam ri`ayah kebenaran adalah di dalam kawalan keselamatan yang kukuh.``
Katanya, aku mendengar Ibn Salim berkata,
``Siapa yang terdidik secara tauhid, mengukuhkan himmah, membawanya kepada
taman membukakan dirinya ke jalan Allah, menghilangkan kerisauannya. Siapa yang
mengadu, maka dia taraddud dari segi aduan hingga dia dihukum Allah dengan
sikapnya.
Dan katanya, aku mendengar Ibn Salim
berkata, ``Angkatlah kadar engkau dari kebiasaan tabiat yang hina yang
menyimpang dari tabiat yang mulia. Hiduplah di dalam kenikmatan dikurniai
Allah. Kalau engkau berpaling memutuskan engkau denganNya. Kalau engkau memilih
jalan hina, maka tidak kemana, tiada kebaikan, tiada kebajikan dan tiada
peningkatan. Jika terhasil dan terhasil
yang engkau menganggap berharga sebenarnya tiada apa. Itulah semata.
Demikian pendapat `Abdullah bin Salim
al-Bas*ri untuk dinilai dan diteliti.
Sekian.
No comments:
Post a Comment