AMANAH:
BELAHAN DARI PAS: ARAH ?
(Fikrah
Bangi: 815),
BBB: 14 Jamadil-Awwal 1442H. = 29 Disember 2020M.
(Selasa).
Arah
perjuangan sesebuah parti selalui diwarnai oleh kepimpinan semasa yang
mengendalikannya. Semasa Pas di bawah kepimpinan Datuk Fadzil Noor berlaku kerjasama
antara Pas dengan PKR dan DAP. Tetapi selepas kematian Datuk Fadzil Noor dan
Tuan Guru Datuk Nik Aziz kerjasama yang berlaku antara 1999-2015 mulai longgar.
Semasa Pas di bawah kepimpinan Tuan Guru Dato` Seri Abdul Hadi Awang akibat
dari isu-isu kontroversi yang timbul dari DAP berhubung dengan Islam dan
isu-isu yang berhubung dengan orang Melayu – lanjutan dari krisis perlembagaan 1993
menjadikan Pas renggang dari Pakatan. Dalam Pas sendiri berlaku perpecahan
sehingga sekumpulan dari pimpinan keluar menubuhkan Amanah pada 16 September
2015. Bagi PKR dan DAP, Amanah diharap dapat menggantikan kerjasama dengan Pas
yang keluar dari Pakatan.
Amanah
dipimpin oleh Mat Sabu Bekas Timbalan Presiden Pas dan Timbalan Amanah ialah
Salahuddin Ayob. Amanah menegaskan ianya akan memperjuangkan `Islam Progresif`.
Antara pendekatan Amanah adalah
menekankan kepada konsep Rahmatan lil-Alamin` sebagaimana selalu ditekan dan
dihuraikan oleh Dato` Dr. Mujahid Yusof Naib Presiden II Amanah.
Perpecahan
antara Pas dan Amanah dilihat sebagai perpecahan perjuangan umat Islam dan merugikan mereka. Ia juga merupakan
perpecahan dari segi suara orang Melayu.
Islam adalah satu, apakah ada Islam yang
lain ? Orang mempersoalkan imej Islam yang bagaimana yang hendak dibawa
oleh Mat Sabu.
Sememangnya
dalam pilihanraya ke 14 dalam mana sentimen masyarakat membuak marah terhadap
kerajaan BN, Amanah kelihatan berjaya mendapat kerusi yang dapat mengukuhkan PH. Pas bertanding
secara bersendirian. Dalam pilihanraya ke 14 dari 222 kerusi parlimen:
PKR 50 kerusi
DAP 42
kerusi
Umno 38
kerusi
Pas 1
8 kerusi
Amanah 11 kerusi bersama dengan 33 kerusi DUN.
Dan
dengan gabungan parti lain dalam PH, mereka memerintah negara antara Mei 2018
hingga Mac 2020. Sebahagian besar dari calon Amanah berkesempatan
menjawat jawatan Menteri, Timbalan dan berkedudukan dalam jawatan yang
lain. Tetapi selepas keruntuhan PH, kita tidak nampak apa-apa pembaharuan yang
dapat ditampilkan, khususnya berhubng dengan Islam Progresif itu.
Berdasarkan
merudumnya keyakinan rakyat, khususnya orang Melayu dan bumiputra akibat dari
pendekatan yang diambil terhadap mereka dan kegagalan menunaikan janji dalam masa
kurang dari dua tahun memerintah, maka
sindrom kehilangan kepercayaan turut berlaku terhadap Amanah. Cuma setakat ini belum berlaku pilihanraya
kecil dikawasan-kawasan Amanah – untuk melihat pengaruh sebenarnya.
Jika
tiada apa perubahan positif yang dapat dibawa oleh Amanah terhadap orang Melayu
dan umat Islam, maka keterhakisan juga berlaku pada Amanah. Kekuatan Amanah
bergantung pada kekuatan, imej dan watak yang ada pada pimpinan Amanah. Kita
menunggu apakah perubahan besar yang ditawarkan kepada orang Melayu dan Islam. Setakat
ini apa yang dilihat, bahawa Amanah menjadi `bayang` bagi Pas dalam pakatan yang
wujud sebelumnya.
Perlu
diingat bahawa dalam sejarah politik di Malaysia, parti-parti serpihan yang
ditubuhkan tidak berkekalan hayatnya.
Contoh Dato` Onn bin Ja`afar yang keluar dari Umno dan menubuhkan Parti Negara,
berjaya bernafas sekejap diTerengganu sebelum mati tanpa sokongan.
Parti
Semangat 46 yang ditubuhkan olehTengku Ghazaleigh sebagai serpihan dari Umno, berjaya
kekal sementara sebelum kehilangan pengaruh dan mati.
Parti
Berjasa yang ditaja oleh Umno di bawah pimpinan Mohd. Nasir berjaya menjatuhkan
Pas di Kelantan yang kemudian dikuasai Umno di bawah pimpinan Muhammad Ya`kob.
Dalam
sejarah politik di Malaysia juga jika seorang pemimpin bertukar parti dan
menubuhkan parti dan tinggal dan tubuh parti yang lain, maka dia dianggap orang
yang tidak ada pendirian dan tidak mendapat sokongan,. Sekurang-kurangnya
generasi yang lain tidak akan meneruskannya.
Kita
berharap sindrom ini tidak berlaku kepada Amanah dan kita menunggu apakah
kelainan Islam yang mau dibawa. Kalau dikatakan Islam Progresif, maka progresif
macam mana yang mau dibawa.
Rakyat
menunggu untuk menilainya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment