December 16, 2020

 

SYUKUR  BELANJAWAN 2021 DILULUSKAN

(Fikrah Bangi:  803).

BBB:  01 Rabi`ul-Awal 1442H. = 16 Disember 2020 M. (Rabu).

 

Syukur, setelah Dewan Rakyat berminggu-minggu membahaskan cadangan Belanjawan Terbesar (RM322.5 bilion) belum pernah sebelum ini,  bagi tahun 2021 akhirnya setelah melalui gugatan yang dramatik dari pihak pembangkan,maka pada petang semalam (Selasa 15 Disember 2020) diluluskan dengan majoriti tipis(111b lawan 108 dengan seorang tidak hadir) bagi pembacaan ketiga sebelum di bawa ke Dewan Negara bagi kelulusan terakhir.

Kelegaan terhadap kelulusan Belanjawan yang mungkin sama dibimbangi rakyat jika tidak lulus dengan adanya telahan dari Tun Dr. Mahathir sehari  sebelumnya, bahawa  Belanjawan tidak akan diluluskan dan beliau menjangka, Kerajaan Pakatan Nasional akan tumbang. Dalam masa yang sama  Tengku Razaleigh Hamzah Ahli Parlimen Gua Musang  dari Umno yang sepatutnya menyokong Pakatan Nasional, mengumumkan tidak akan menyokong Belanjawan. Ini seolah-olah memberi tamparan kepada Pakatan Nasional dan kekuatan kepada pihak pembangkang yang diketuai YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pastinya tidak akan menyokong pihak pemerintah.

Kebimbangan jika tidak lulus Belanjawan, maka kemungkinan berlaku perubahan pemerintahan negara bagi kali ketiga selepas Pilihanraya 2014, kali ke 14. Sesuatu yang tidak wajar berlaku, kerana ianya akan menyusahkan rakyat.  Pertukaran kerajaan baru akan mengambil  masa sekurang-kurangnya enam bulan bagi melicinkan pentadbiran. Tidak lulusnya Belanjawan bererti tiada peruntukan untuk digunakan bagi perbelanjaan pemerintahan. Dengan ketiadaan kelulusan Belanjawan, negara dan rakyat yang mengalami wabak Covid-19, makin menderita lantaran kegiatan ekonomi tidak berjalan, ramai yang kehilangan pekerjaan dan berbagai-bagai gangguan yang memeritkan kehidupan rakyat.

Kebimbagan juga, jika tumbangnya kerajaan membawa kepada pilihanraya Umum ke 15, maka malapetaka yang lebih besar berbanding dengan Pilihanraya Negeri Sabah sebelum ini yang membawa kepada bertambah merebaknya wabak Covid-19 yang hingga kini seramai 1.084 pulih, 1,772 kes baru, 422 kematian dengan  86,618 positif dan 14,515 masih dirawat. Kiranya pilihanraya ke 15 terpaksa diadakan, maka wabak Covid-19  makin meluas, sebelum kita mendapat veksin bagi  melawan Covid-19.

Dengan kelulusan Belanjawan 2021, bermakna pihak Kerajaan Pakatan Nasional mendapat kepercayaan dari ahli Dewan Rakyat, kita berharap tidak lagi timbul dakwaan yang menggugat pemerintahan. Misalnya sudah beberapa kali timbul dakwaan dari pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa beliau mendapat sokongan majoriti dari Ahli Dewan Rakyat dan berhasrat mengadap Yang DiPertuan Agung bagi mempersembahkan sokongan ahli Dewan, seterusnya menjatuhkan kerajaan. Dakwaan beliau diikuti penafian-penafian dari pihak yang dikaitkan sebagai menyokongnya. Cadangan pihak tertentu supaya mengambil tindakan undang-undang oleh pihak yang dikaitkan sebagai menyokongnya adalah wajar bagi mengingatkannya supaya tidak membuat dakwaan sembarangan. Sebenarnya jika beliau mendapat sokongan, sudah tentu beliau dapat menghalang Belanjawan dari diluluskan.

Apa yang kita dapati bahawa pihak pembangkang tidak bersatu dan ada pimpinan di dalam pembangkang yang tidak mau pimpinan dalam pembangkang itu  berpeluang bagi memimpin kerajaan. Ini terbukti dari pengakuan Tun Dr. Mahathir dan Tengku Ghazali, bahawa mereka bukan di bawah Anwar di dalam membuat keputusan terhadap Belanjawan Dewan.

Kita juga merasa pelik bagaimana Umno tidak mengambil tindakan disiplin parti terhadap ahli yang  mengingkari arahan parti dalam perkara  yang begitu penting dan secara terang-terang tidak mengikuti polisi parti seperti tindakan yang diambil oleh Tengku Ghazali. Tindakan tidak mematuhi arahan parti, jika dibiarkan akan merosakkan pendirian parti. Kita juga hairan dalam masa  mau menghadapi undi menyokong Belanjawan ada pimpinan yang dikaitkan dengan menyokong pihak pembangkang. Kebenaran atau sebaliknya perlu disiasat, tanpa mengira kedudukan ahli berkenaan dalam parti.

Apa yang perlu dilakukan selepas Belanjawan diluluskan, bahawa apa yang dicadangkan di dalam Belanjawan dan pembaikan yang dicadangkan dalam perbahasan perlu dilaksanakan. Rakyat menunggu dengan penuh harap bahawa Belanjawan yang diluluskan akan ditadbir dengan sebaik mungkin dan semua cadangan yang dipersetujui akan sampai kepada sasaran.

Sekian.

No comments:

Post a Comment