KENANGAN
PERTAMA MENDEPANI PROFESOR UNGKU AZIZ
(Fikrah Bangi:
804),
BBB: 02 Jamadil-Awal 1442H. = 17 Disember 2020M.
(Khamis).
Kembalinya
Profesor DiRaja Ungku Aziz ke rahmatullah pada Selasa 15 Disember 2020
bersamaan 29 Rabi`ul-Akhir 1442H. kita
iringi doa semoga al-Marhum di tempatkan Allah bersama-sama orang salih. Amin –
Al-Fatihah.
Sebagai
seorang biasa, penulis mengenangi permulaan berdepan dan bersama Profesor Ungku
Aziz ialah pada Sabtu 16 Mei 1970
bertempat di Perpustakaan Universiti Malaya.
Sebelum
daripada itu nama Profesor Ungku Aziz sering ditatap melalui akhbar-akhbar
beliau sebagai Naib Canselor Universiti Malaya (1968-1988) yang mencetuskan penubuhan Tabung
Haji (1963) dan juga Pengasas Angkasa
dan menjadi YDP pertamanya sejak
dari 12 Mei 1971 hingga 7 Januari 2009. Semasa menjadi Naib Canselor Profesor
Ungku Aziz menyampaikan kuliah ekonomi
melalui radio Mal;aysia dan Penulis
sering mengikutinya dan memulai memahami istilah ekonomi seperti permintaan dan
tawaran dan sebagainya. Minat mengikuti
kursus sedemikian dan lain-lain kerana Penulis bercita-cita untuk sama menyambung pengajian ke
universiti.
Al-Hamdulillah
pada pemulaan penubuhan Universiti
Kebangsaan Malaysia pada 18 Mei1970 Penulis bernasib baik menerima tawaran
sebagai salah seorang pelajar sulung UKM. Walaupun UKM rasminya dibuka pada Isnin 18 Mei 1970, sebenarnya pelajar baru (sulung)
dikehendaki datang beberapa hari sebelumnya untuk menyelesaikan keperluan-keperluan
pendaftaran.
Penulis
bertolak dari Kuala Terengganu untuk pendaftaran ialah pada pagi Khamis 14 Mei 1970
dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur dan sampai ke Kampus UKM, Jalan Pantai,
tidak jauh dari Kampus Universiti Malaya pada tengahari dan mendaftar di Kolej Kediaman UKM.
Keesokannya
pada 15 Mei 1970 mendaftar diri di Fakulti Sastera UKM.
Pada
masa itu UKM banyak bergantung dengan
Universiti Malaya. Misalnya dari segi tenaga pengajar yang sebahagiannya adalah
dari Universiti Malaya, UKM masih belum mempunyai perpustakaan dan pelajar
sulung UKM ini dibenar mendaftar keahlian perpustakaan UM dan banyak lagi.
Lantaran itu selepas mendaftar kursus di UKM pada 15 Mei, maka pada 16 Mei
Sabtu selepas mendapat taklimat dari Naib Canselor UKM Tan Sri Ruslan Baba
mengenai konsep pengajian liberal di UKM dan
dan dasar Bahasa Kebangsaan dan mendapat taklimat dari Pustakawan UKM
Tuan Haji Abdul Aziz, maka pelajar-pelajar sulung UKM yang pada masa itu berjumlah 197 orang
beratur dan berarak dari ODT UKM menuju ke UM. Iaitu berjalan kaki ke
Perpustakaan Universiti Malaya.
Pada
pagi hari ini Penulis dan pelajar-pelajar yang lain disambut oleh Profesor
Ungku Aziz di Perpustakaan Universiti Malaya. Bagi Penulis inilah kali pertama
Penulis berdepan dan bersama Profesor Ungku Aziz. Pertama kali mendepaninya
Penulis merasa aura Profesor begitu hebat. Wajahnya begitu tampan dengan
rambutnya yang panjang ke belakang dan mukanya yang berjamban yang wajahnya
menyerupai seorang Inggeris dengan wajahnya yang ceria dan intelektual.
Profesor
Ungku Aziz dan pegawai-pegawai perpustakaan membawa kami masuk ke dalam Perpustakaan Universiti Malaya dan beliau
sambil mengambil beberapa buku di Perpustakaan membuka dan menerangkan kepada
kami tentang kandungan dengan bahasa yang mudah difaham. Kami mengikutinya,
melihat dan mendengar penerangan yang diberi. Terasa kehaibatanya dan
mencetuskan keghairahan kami untuk menela`ah berbagai buku di dalam
perpustakaan berkenaan.
Berikut
dari penerangan yang diberi secara langsung oleh Naib Canselor UM itu, kami
diiringi mendaftar diri menjadi ahli Perpustakaan UM yang mempunyai persamaan
hak dengan pelajar Universiti Malaya. Sebenarnya berikut dari pendaftaran itu,
dapat dikatakan kami pelajar dan Penulis sendiri sering berulang ke
Perpustakaan UM sama ada pada siang hari atau pada malam hari mutalaah
buku-buku yang berada di Perpustakaan itu. Kami banyak bergantung dengan Perpustakaan
ini untuk mencari bahan dan menyiapkan
esei-esei yang memerlukan rujukan. Pendek kata Kampus UM, khusus
Perpustakaannya menjadi sebahagian keperluan pembelajaran kami sebelum pihak
UKM menyediakan perpustakaan sementara yang tidak begitu banyak bahannya.
Pelajar UKM dan UM amat rapat hubungan dan sebahagian dari pelajar UM mendiami
Kolej UKM yang masih kosong.
Pertemuan
dan pendepanan Penulis seterusnya dengan
Profesor Ungku Aziz, dalam masa terdekat ialah pada petang Isnin 18 Mei, 1970, waktu perasmian penubuhan UKM
yang berlangsung di ODT UKM, yang dihadiri Menteri Pelajaran, Khir Johari, Dr.
Rushdan Baba Naib Canselor UKM, Profesor
Ungku Aziz Naib Canselor UM,, beberapa profesor lain, tokoh-tokoh akademik,
Pegawai-Pegawai Universiti dan Pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Suasana
amat hebat, kerana semua berkenaan memakai jubah akademik dari institusi
masing-masing berwarna warni. Ucapan disampaikan oleh Menteri Pelajaran
Malaysia, dan Naib Canselor UKM.
Itu
adalah saat sejarah Penulis berkesempatan bersua dengan Profesor Ungku Aziz, iaitu
di Perpustakaan Universiti Malaya dan di ODT, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ia
adalah sejarah yang amat bermakna, khususnya bagi Penulis.
Sekian.
No comments:
Post a Comment