GABUNGAN TIGA
KOMPONAN PARTI MEWAKILI POLITIK MALAYSIA ?
(Fikrah
Bangi: 799).
BBB: 26 Rabi`ul-Akhir 1442H. = 12 Disember 2020M.
(Sabtu).
Semalam
tercetus cadangan dari Setiausaha Parti Bumiputra Bersatu ( kependekan `Bersatu` ) Datuk Seri Hamzah
Zainudin agar diwujudkan sebuah gabungan
parti yang terdiri dari Pakatan Nasional, Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi menghadapi Pilihanraya ke 15.
Cadangan ini adalah realistik, tetapi tidak dapat menyelesaikan masalah yang
ada di dalam gabungan tiga parti terbesar itu.
Sejak timbulnya kerjasama antara tiga atau empat ? parti terbesar itu, khususnya selepas mengambilalih
pemerintahan negara dari Pakatan Harapan pada Mac 2020 lepas ada kekeliruan di
kalangan rakyat tentang penjenamaan komponan parti yang memerintah sekarang.
Ada sekurang-kurangnya dua jenama komponan yang mengelirukan, iaitu Pakatan Nasional dan
Muafakat Nasional. Dalam Pakatan Nasional dikait di dalamnya Umno dan BN
?, manakala di dalam Muwafakat Nasional dikaitkan dengan Pas yang dipersetujui di
dalamnya Bersatu. Bagi JPS, jelaslah ianya Gabungan parti-parti yang memerintah
Sarawak. Mengapa selama ini tidak digunakan satu saja identiti – Pakatan atau
muafakat ? Walau bagaimana selama ini, jika ada pilihanraya kecil, maka nama
asal parti dan lambang parti berkenaan digunakan di dalam pilihanraya, misalnya
Umno atau Pas dan sebagainya.
Baik
Pakatan atau Muafakat, dua nama yang mencerminkan kerjasama, tapi tidak menjelaskan
apakah wadah dan komitmen yang
diperjuangkan oleh komponan parti. Misalnya
Islam, Keadilan, Demokrat dan sebagainya. Dalam kata lain dua jenama,
Pakatan dan Muafakat tergantung dan tidak jelas wadah perjuangan. Apa yang
tercermin dari kedua jenama di atas, baik Pakatan atau Muafakat,mementingkan
komponan parti dan tidak komitmen dari segi
perjuangan.
Kelemahan
yang ketara dari komponan parti-parti yang memerintah, iaitu Pakatan Nasional,
Barisan Nasional dan GPS, bahawa parti-parti berkenaan adalah menumpukan kepada
golongan Bumiputera (kecuali dalam BN ada MCA dan MIC). Sebagai parti yang mau
memerintah negara Malaysia, parti yang mau digabungkan seharusnya mencakupi
seluruh rakyat Malaysia. Pilihanraya yang mau dihadapi adalah melibatkan
seluruh rakyat Malaysia, bukan saja Bumiputra. Seharusnya gabungan yang mau
dibentuk mencerminkan parti yang dituju dan merangkumi seluruh rakyat Malaysia.
Satu
lagi aspek yang jangan dilupa, bahawa sebahagian dari pengundi dalam
pilihanraya ke 15 adalah terdiri dari kalangan muda. Aspirasi dan kehendak mereka
jangan dilupa, termasuk arah perjungan.
Sebaik
gabungan parti yang dicadangkan tidak perlu lagi terikat dengan `Nasional`
(identiti Umno), tidak perlu dikaitkan dengan Melayu, Cina, India dan Bumiputra
dan tidak perlu dikaitkan dengan istilah Pakatan, Muafakat,kerana dengan
kerjasama sudah mencerminkan maksud Pakatan dan Muafakat.
Nama
Gabungan biarlah terus mencerminkan wadah dan komitmen perjuangan. Misalnya
digunakan:
PARTI SEJAHTERA
MALAYSIA (PSM)
Yang
perjuangan berwadah dan komitmen bagi mensejahterakan Malaysia – tentulah termasuk rakyatnya.
Wadah perjuangan ini akan menentang wadah perjuangan
`Keadilan` yang diperjuangkan oleh Parti Keadilan Rakyat, menentang wadah
perjuangan Demokratik yang diperjuangkan oleh DAP dan wadah Amanah yang
diperjuangkan oleh Parti Amanah.
Walau
bagaimana di dalam pilihanraya ke 15
yang masanya tidak begitu lama, maka jenama yang hendak ditampilkan adalah
baharu, maka dalam pilihanraya berkenaan, nama parti
asal yang bertanding perlu dibawa, misalnya Umno, Mca, Pas, Dap dan Pkr
dan sebagainya. Tentang lambang boleh direkacipta sebagai lambang yang kreatif
dan menarik, kalau tidak perlu digunakan lambang parti asal yang bertanding atau
kompromi parti dari segi menggunakan lambang Barisan Nasional misalnya.
Satu
aspek yang penting, tokoh-tokoh yang mewakili parti, bahkan yang memimpin
hendaklah berpendidikan baik, bersih,
dinamik, mempunyai visi dan misi yang jelas dan benar-benar berwatak
`Pemimpin`.
Sekian.
No comments:
Post a Comment