December 31, 2020

 

DRAMA  POLITIK  DAN COVID-19  Di SABAH

(Fikrah Bangi:  817),

BBB:  16 Jamadil-Awwal 1442H. = 31 Disember 2020M. (Khamis):

 Sebaik keputusan pilihanraya ke 14 (18 Mei 2020), kerajaan negeri negeri yang menang  turut menubuhkan pemerintahan negeri. Sabah turut menubuhkan exco dan portfolio pemerintahan kerajaan negeri. Pada peringkat Persekutuan PH menubuhkan kerajaan yang Perdana Menterinya  ialah Tun Mahathir, walau bagaimana negeri Sabah dimenangi oleh BN, maka Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri. Sabah mempunyai tradisi melompat ADUN. Melihat kerajaan negeri tidak selari dengan pemerintah Pusat, Shafie Afdal yang sebagai wira negeri Sabah dan mengetuai Parti Warisan dengan kerusi yang menghampiri majoriti, berjaya menarik sokongan sebahagian ADUN yang melompat dan menyokong beliau sebagai Ketua Menteri. Berlaku angkat sumpah kedua  Ketua Menteri, kali ini  dari Warisan diketuai Shafie Afdal. Berlaku tindakan mahkamah dari Musa Aman, walaupun keputusan tidak memihak kepadanya.

Drama politik Sabah tidak terhenti setakat itu, Musa Aman yang berjaya membersihkan dirinya dari tuduhan rasuah melalui mahkamah, sesuai dengan kerajaan Persekutuan diperintah oleh Pakatan Nasional, berusaha mendapat majoriti sokongan ADUN negeri Sabah dan memohon untuk mempersembahkan jumlah majoriti kepada Tuan Yang Terutama Negeri Sabah Tun Johar, walau bagaimana Shafie mendahului Musa Aman mengadap Tuan Yang Terutama bagi mendapat persetujuan membubar DUN Sabah, sedangkan rombongan Musa Aman tersekat di tengah jalan dan tidak diberi perkenan mengadap.

Berikut dari perisytiharan pembubaran Dewan, maka ditetapkan oleh SPR hari mengundi bagi memilih ADUN-ADUN Negeri Sabah, iaitu pada 26 September 2020.  Perlu diingat pada masa ini Covid-19 sedang melanda negara termasuk seluruh dunia. Wabak ini yang dikesan di negara ini sejak (rakyat pertama dijangkiti  ialah pada 5 Februari 2020 (Sinar, 5 Februari 2020: 1)  dan pertama meninggal dunia ialah seorang Paderi dari Sarawak (Sinar 18.3.2020: 1). Mesyuarat khas mengenai Covid-19 dilakukan pada 17.3.2020 dan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di  negera ini mula diisytiharkan pada 18.3.2020).

Berikut dari kempen pilihanraya di negeri Sabah dalam mana ramai dari mereka yang berkempen dan berkunjung ke Sabah bagi  berkempen dan menyaksikan pilihanraya di negeri itu dan Pakatan Nasional merampas kembali Sabah, walaupun wabak dapat dikawal dan turun kepada paras yang paling rendah pada pertengahan Julai 2020, maka akibat dari jangkitan yang berlaku pada pilihanraya berkenaan wabak itu merebak dengan pantas di Sabah dan dibawa balik di negeri-negeri yang lain di Semenanjung. Wabak ini sukar di kawal dan Sabah kekal mengatasai negeri-negeri  hingga ke akhir November 2020 dan Sabah dikenali sebagai ``Little Wuhan`.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia diketuai Tan Sri Hisham bertungkus lumus membendung dan mengawal  Covid-19 daripada merebak. Pihak kerajaan membayar kos yang mahal bagi menawan kembali Sabah dari terus di bawah pengaruh PH. Pihak negara mendapat pengajaran dari pilihanraya Sabah, bahawa ianya tidak dapat dijalankan dalam musim Covid-19 sedang melanda, jika tidak, maka wabak berkenaan akan terus merebak.  Berdasarkan pengajaran ini, Kekosongan kerusi yang berlaku terpaksa ditangguh dengan perisytiharan darurat oleh DYMM Seri Paduka Baginda  Yang Di Pertuan Agung, sebagaimana dilakukan di Batu Sapi, Sabah yang diisytiharkan darurat pada 19 November 2020 diikuti perisytiharan demikian di beberapa kerusi yang lain.

Format pilihanraya di Sabah adalah mengikut format parti-parti di Sarawak yang bergabung di bawah nama Gabungan Parti Rakyat Sarawak (GPRS), maka dalam pilihanraya di Sabah format sedemikian digunakan di Sabah dengan parti-parti yang termasuk di bawah gabungan  GRS seperti Umno, Usno, PBS dan beberapa yang lain.

Walau bagaimana kesilapan yang membawa merebaknya Covid-19 di Sabah dapat dibendung, tenaga-tenaga tambahan terutama dari KKM ditambah di Sabah, al-hamdulillah, kini situasi Covid 19 di bawah kawalan sebagai contoh:

Tarikh       Kes. Seluruh     Sabah           Selangor     Kuala Lumpur    Kematian

09.12.20    75,306          271                 417                98                       108

22.12.20    95,327           247              1,204             127                      438

30.12.20   108,615          230                 747              360                      457

31.12.20    110,485         280                 472              219                      463

(Sumber, The Star).

 

Dari data di atas menunjukkan Sabah di bawah Ketua Menterinya Haji Ajiji berjaya bukan saja mengambil Sabah dan mentadbir dengan baik dan berjaya mengurangkan wabak Covid-19 yang pada masa selepas pilihanraya di negeri itu merebak dengan pantas dan kini terkawal.

Dengan itu drama politik dan Covid-19 dapat dikendali dengan baik.

Sekian.

No comments:

Post a Comment