HINGGA KE 2020
UMNO DILIHAT SAKIT
(Fikrah
Bangi: 813),
BBB: 12 Jamadil-Awwal 1442H. = 27 Disember 2020M.
(Ahad).
Tidak
dapat dinafikan bahawa Umno adalah parti paling berjasa, bukan saja dari segi
memperjuangkan kemerdekaan tanahair, tetapi dari segi pemerintahan negara
bermula dari sebelum dan zaman kemerdekaan dari 1957 hingga kepada jatuhnya pemerintahan
BN pada pertengahan Mei 2018. Walau bagaimana tidak bererti sepanjang masa
tersebut tidak bererti Umno dengan gabungannya dalam BN terus menunjukkan kecemerlangan.
Umno
hingga kini dilihat sebagai sakit. Sakitnya disebabkan panjang usianya
memerintah, iaitu lebih dari 60 tahun, walaupun tidaklah begitu sangat tua. Namun
di dalam masa memerintah yang bagai tidak tercabar dan tidak mendapat ingatan
dan tiada muhasabah, terjadi semacam kelalaian dan rakyat semacam tidak
terfikir alternatif lain, kerana mereka terus dibelai dengan perancangan
pembangunan, meskipun lagu pembangunan yang terus diulang berdekad-dekad itu
benarkah mencapai matlamat. Yang nyata rakyat bumiputra diulang-ulang
ketinggalan di dalam bidang ekonomi, pendidikan dan sebagainya dan mereka
menerima dengan senang, bahawa mereka terus didendangkan dengan pembelaan.
Sepanjang
tempoh lebih dari setengah abad Umno dan BN telah membina satu budaya politik
yang sukar ditembusi luar. Mereka bukan saja sukar dikalahkan, tetapi sukar
bagi kemasukan luar. Elit-elit dan orang-orang parti mengawal melalui sistem parti,
bahawa tidak mudah bagi mereka yang dari luar masuk bersama. Lantaran itu
mereka yang menguasai parti sejak kemerdekaan hanya satu dua generasi kekal hingga kini. Tiada golongan
`intelektual` dari luar berpeluang masuk ke dalam. Selain dari terus dikawal orang lama, tiada
pembaharuan dari segi minda dan pendekatan di dalam parti.
Adalah
sesuatu yang diketahui umum selama ini bahawa sesuatu projek pembangunan yang
turun, tidak semua jumlah asal sampai kepada rakyat. Ada habuan sepanjang
penurunan hingga kepada JKK dan sebagainya. Ini dianggap budaya politik biasa.
Ini adalah merupakan benih-benih rasuah yang dapat digalur kepada peringkat atas.
Kekalahan
BN pada pertengahan Mei 2018 membungkar tentang berbagai penyelewengan dan
gejala rasuah yang dihadapi oleh pimpinan dan budaya dalam parti berkenaan. Ini
merupakan penyakit yang parah di dalam parti berkenaan.
Dengan
permasalahan yang dihadapi parti berkenaan, sukar untuk mendapat pimpinan yang
dilihat berwibawa dan bersih bagi menegakkan wibawa parti berkenaan. Walau
bagaimana teruk permasalahan yang dihadapi parti berkenaan, bagi orang Melayu
dan bumiputra, menyedari bahawa, walau apa yang berlaku dalam pimpinan parti berkenaan
adalah disedari, harapan kepada
pengganti tidak mampu memikul hasrat yang diingini. Sebab itu di dalam
permasalahan yang dihadapi mereka kembali kepada parti itu dengan kerjasama
parti yang sehasrat dengannya. Namun adalah amat sukar bagi mengembalikan imej
bersih yang seharusnya diperlihatkan.
Bagi
mengembalikan imej Umno dalam melakukan kerjasama dengan yang lain, laluan
hendaklah diberi kepada generasi muda yang intelektual bagi memimpin
pemerintahan. Tindak tanduk beberapa generasi tua dalam masa kegawatan politik
yang dilalui baru-baru ini banyak menimbulkan persoalan. Kita telah lama di
bawah pimpinan orang lama yang tidak lagi mampu bergerak ke arah kecemerlangan.
Sebaliknya
kita lihat beberapa tokoh muda yang diberi peluang masuk bukan atas saluran
parti dapat menunjukkan kecemerlangan.
Mereka seperti Menteri Kewangan Tengku Zafrul, Menteri Di Jabatan Perdana
Menteri – Hal Ehwal Agama Datuk Seri Dr. Zulkifli al-Bakri. Manakala tenaga
muda di dalam kerajaan sendiri yang menunjukkan kecemerlangan ialah seperti
Datuk Seri Azmin Ali, Datuk Takiyuddin Hassan,
Datuk Saifuddin Abdullah, Muhammad Sanusi (MB Kedah), Khairy Jamaluddin,
Syed Saddiq, Zuraida Kamaruddin dan beberapa yang lain. Mereka adalah
tenaga-tenaga muda yang dinamik yang membawa perubahan di dalam parlimen dan penmerintahan.
Mengharapkan
perubahan dan dinamika masa depan, kita setuju dengan seruan yang pernah dibuat
oleh Dr. Chandra Muzaffar yang menyeru pihak yang telah lama memimpin dan tiada
mampu membawa perubahan wajar mengundurkan diri.
Seruan
sedemikian juga dibuat oleh Datuk Teng Chang Khim exco kerajaan negeri Selangor
yang menujukan mesejnya kepada Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng agar
memberi ruang kepada pihak yang lain memimpin di dalam DAP dan tawaran Tengku Ghazaleigh Hamzah untuk
tidak bertanding di dalam pilihanraya ke 15 patut disambut baik.
Ramai
pemimpin berwibawa wajar diberi peluang agar negara mendapat pemimpin yang
dinamik dan membawa perubahan yang positif.
Sekian.
No comments:
Post a Comment