December 30, 2020

 

BERSATU - JALAN  BERLIKU

(Fikrah Bangi:  816),

BBB:  15 Jamadil-Awwal 1442H. = 30 Disember 2020M. (Rabu).

Bersatu atau nama penuh bagi parti politik ini ialah Parti Bumiputra Bersatu ditubuhkan oleh Tan Sri Muhyiddin berikut dari pemecatan beliau dari Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia pada masa itu. Tapak pergerakan Tan Sri Mahyuddin pada permulaan adalah di tanah kelahirannya – di Johor, jatuh bangun Bersatu pada peringkat awal adalah banyak bergantung kepada beliau. Tetapi apabila wujudnya kerjasama dengan parti-parti lain dalam PH (dikenali kemudian daripada itu), Tun Mahathir yang tidak ada parti  dan mamenyertai Bersatu, terutama bertujuan bagi menjatuhkan Dauk Seri Najib. Dalam pemilihan, lantaran Tun Mahathir adalah senior dalam politik, maka Tun dilantik sebagai Pengerusi Bersatu mengetuai PH bersama dengan pimpinan DAP dan Amanah. Tan Seri Muhyiddin sebagai Timbalan.

Pengaruh Tun Mahathir, Anwar dari PKR dan Lim Kit Siang dari DAP membawa kemenangan bagi PH pada pilihanraya ke 14 pada 18 Mac 2015. Tun Dr. Mahathir yang memimpin Bersatu  dianggap sebagai pemimpin PH, lantaran itu beliau dilantik sebagai Perdana Menteri bagi kali kedua. Kelemahan PH setelah memerintah lebih dari setengah tahun mulai ketara. Desas desus  mengenai kemungkinan kejatuhan kerajaan PH mulai diperkatakan (BH. 24 Februari 2020: 1) akibat dari lahirnya pakatan baru yang dikenali dengan Pakatan Nasional.. Sebagaimana disebut Langkah Sheraton 23 Februari 2020 membawa kepada perletakan jawatan Tun Mahathir dari jawatan Perdana Menteri dan parti. Kekosongan jawatan membawa kepada perlumbaan bagi menjawat jawatan Perdana Menteri yang dikosongkan. DYMM Seri Paduka Yang DI Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah telah melakukan penyelidikan secara terperinci dengan menerima mengadap pagi 24 Februari kumpulan Umno, dan dari PKR, diikuti dari ahli-ahli parlimen. Umno,  dan  Pas  sokong Tan Sri Mahyuddin dan pada  01 Mac 2020 YDP Agong membuat keputusan pemilihan terhadap Tan Sri Mahyuddin berdasarkan perkara 40 Perlembagaan sebagai Perdana Menteri ke 8 yang didapati mendapat majoriti sokongan. Sebenarnya sebagai tokoh yang disingkir Datuk Seri Najib dan bertungkus lumus membentuk parti Bersatu Bumiputra, beliaulah selayaknya mengambil alih pimpinan dari Tun Mahathir Mohammad.

Walau bagaimana terjadi sebagai  `U turn`  kepada Tun Mahathir, walaupun beliau sudah meletak jawatan, beliau mendakwa beliau masih sebagai Pengerusi Bersatu, tetapi dakwaan beliau itu disangkal oleh ROS dan menegaskan bahawa Tun Mahathir bukan lagi sebagai Pengerusi Bersatu.

Secara muktamad pada 29Mei 2020 Dr. Mahathir dan penyokongnya telah dipecat daripada Bersatu. Bagi mendapat platform bagi perjuangan politiknya, maka pada 10 Ogos 2020  Tun Mahathir telah menubuhkan parti Pejuang bersama-sama pengikut-pengikutnya dengan anaknya -  Mukhlis dipilih sebagai Presiden parti berkenaan yang hingga kini belum diluluskan pendaftarannya.

Walaupun Tan Sri Muhyiddin berjaya mengambilalih pucuk impinan Bersatu sebagai Presiden dan jawatan Pengerusi dihapuskan, tetapi banyak cabaran yang dihadapi oleh Tan Sri Muhyiddin. Kedudukan Bersatu yang mempunyai kerusi dalam parlimen sebanyak  16 kerusi (asal) memerlukan sokongan dari  pengikut-pengikut setianya yang berpindah dari berada di bawah pimpinan Tun Mahathir kepada pimpinannya. Ada sebahagian dari mereka adalah pendukung Umno  yang menyeberang ke Bersatu yang kadang-kadang mengelirukan. Antara mereka adalah berjawatan dalam kerajaan dahulu, tapi kini dilihat muka yang sama di dalam  pemerintahan yang baru.

Tan Sri Muhyiddin tidak boleh merasa selesa daripada gugatan lawan politiknya, misalnya Datuk Sri Anwar Ibrahim berkali-kali mendakwa mempunyai majoriti yang cukup menyokongnya bagi mengambilalih jawatan Perdana Menteri, walaupun setakat ini tidak menjadi realiti.

Tan Sri Muhyiddin terpaksa berdepan dengan undi tidak percaya,kerana mempunyai majori tiipis dalam parlimen, sebagai  contoh Pemerintah menghadapi kesukaran untuk mendapat kelulusan Balanjawan  2021. Walaupun setelah menghadap[i gugatan akhirnya belanjawan diluluskan pada 27 November 2020.  Perlu dingat dengan jumlah kerusi di parlimen dan di dewan-dewan undangan negeri, kerajaan-kerajaan negeri yang diberi peluang dipimpin oleh ketuanya dari Bersatu  dengan sokongan Pakatan Nasional tidak selamat, walaupun sama dalam Pakatan Nasional sebagaimana berlaku di Perak pada 10 Disember 2020. Jika tidak kerana mementingkan kesetabalin politik ianya boleh berlaku di Johor dan Melaka. Sebagaimana berlaku juga di Kedah, bertukar dari bekas pimpinan Bersatu kepada Pas.

Cabaran yang lebih besar akan dihadapi oleh Tan Sri Muhyiddin sebagai pemimpin bagi Bersatu di dalam Pakatan Nasional, bahawa untuk menghadapi pilihanraya ke 15, tidak mestinya majoriti akan didapati oleh Beratu dalam PN, semua parti yang telah mempunyai jumlah kerusi yang banyak mesti mau mempertahankan kedudukan parti berkenaan. Bersatu  terpaksa berunding dengan Umno dan Pas yang tidak mudah menyerahkan kerusi-kerusi yang dikuasai mereka.  Untuk jaminan Bersatu perlu mengambilalih kerusi  dari PKR, Amanah dan juga dari DAP bagi mendapat jaminan kerusi yang lebih banyak. Kiranya Bersatu mendapat kerusi yang lebih rendah sebagaimana sekarang, tiada jaminan bahawa pimpinan Pakatan Nasional diberi kepada pimpinan Bersatu dan bererti  kemungkinan jawatan Perdana Menteri  tidak semestinya dipegang oleh Bersatu selepas pilihanraya ke 15 akan datang.

Jalan berliku itulah cabaran yang dihadapi oleh Bersatu.

Sekian.

No comments:

Post a Comment