KEMELUT POLITIK PERAK: PENGAJARAN
(Fikrah
Bangi: 798),
BBB: 28 Rabi`ul-Akhir 1442H. = 11 Disember 2020M.
(Juma`at).
Terkesan
dengan titah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Perak ketika Majlis
Perlantikan Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad di Istana Iskandariah,
Kuala Kangsar pada 10 Disember, Khamis lalu, bahawa. Tiga kali tukar Menteri
Besar sejak Pilihanraya Umum ke 14 pada tahun 2018, ``Sejarah Gagal Pemimpin
Politik``, khususnya di Perak. Ianya bukan sejarah yang perlu dibanggakan,
sebaliknya merupakan cerminan kegagalan kepimpinan ahli-ahli politiuk untuk
mendapatkan sokongan padu secara konsisten.
Kemelut
politik Perak bermula pada Juma`at 4 Disember yang lepas apabila Speaker Dewan
Undangan Negeri yang bersidang bagi meluluskan belanjawan negeri, tiba-tiba
menerima `Usul Percaya Terhadap
Kepimpinan Negeri Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumi, sebagai agenda terawal
sebelum bersidang bagi meluluskan Belanjawan Negeri Perak bagi tahun hadapan.
Implikasi
dari usul itu Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kalah dari undi
sokongan yang hanya mendapat 10 undi, sedang yang menentang sebanyak 24 undi
yang terdiri dari Umno dan pembangkang. Sedangkan kerajaan Negeri Perak
didokong oleh Parti Bersatu, Umno dan Pas. Ini menunjukkan berlakunya `tikam
belakang` dari Adun dalam pemerintahan kerajaan Negeri Perak. Akibatnya keesokan
hari - Sabtu, Datuk Seri Ahmad Faizal
meletakkan jawatan dari Menteri Besar Perak.
Peristiwa
perletakan jawatan Menteri Besar Perak inimenimbulkan rasa keciwa, bukan saja
di kalangan orang politik, tetapi lebih-lebih lagi di kalangan rakyat yang
mengalami sengsara akibat dari covid-19
yang sepatutnya diberi perhatian oleh orang politik bagi membela nasib mereka.
Kemelut
politik Perak menjelaskan bahawa orang politik, lebih-lebih lagi dari Adun Umno
mementingkan diri sendiri, lantaran berpendapat mereka lebih berhak memimpin
negeri Perak, kerana mereka mempunyai jumlah kerusi mengatasi yang lain. Lantaran itu mereka sanggup menjatuhkan Datuk
Seri Ahmad Faizal dari Bersatu yang hanya mempunyai 3 kerusi Bersatu dalam Dewan
Undangan negeri.
Pembentukan
Kerajaan Negeri Perak adalah atas dasar kerjasama antara Bersatu, Umno dan Pas.
Namun pihak Umno nampaknya tidak dapat menahan kemahuannya dengan
mengemukakan `Undi Percaya` yang sebenarnya `Tidak Percaya`. Apa yang dapat difahami bahawa pihak Umno
tidak jujur terhadap persepakatan antara Bersatu, Umno dan Pas yang disifatkan
sebagai`tikam dari belakang` sebagai bukti, Zahid Hamidi, meminta ma`af
terhadap kekhilafan yang berlaku.
Tembelang
Umno, makin nyata, selepas perletakan jawatan
Datuk Seri Ahmad Faisal, apabila Setiausaha Agung Pas membuat kenyataan tidak mau terlibat di dalam pembentukan
kerajaan baru dan apabila Umno yang beria-ria mau menubuhkan kerajaan tidak mendapat
majoriti, sanggup pula bersekongkol dan mungkin bekerjasama dengan pihak PH,
termasuk DAP yang menjadi musuh kuat Umno selama ini. Walaupun dalam politik
semua boleh berlaku, tetapi orang bertanya, dimanakah maruah Umno ?
Tempoh
untuk pilihanraya ke 15, tidaklah jauh, kemelut di Perak menjejaskan keyakinan
beberapa pihak. Keyakinan sesama parti politik yang bekerjasama sebelum
perletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Faizal. Ertinya kerjasama antara Umno, Pas
dan Bersatu dianggap tidak kukuh dan boleh berpecah secara mudah bila berdepan
dengan isu yang mencabar amanah Umno.
Kemelut
di Perak menghilangkan keyakinan rakyat terhadap kejujuran Umno. Sebelum perletakan
jawatan Datuk Seri Ahmad Faizal ada semacam keyakinan terhadap gabungan
parti-parti berkenaan bagi menghadapi pilihanraya ke 15. Dengan kemelut politik
di Perak ini, keyakinan terhadap Umno menurun dan hilang kepercayaan sebahagian
rakyat.
Peristiwa
kemelut diPerak, menambahkan lagi titik-titik hitam yang dialami oleh pemimpin-pemimpin
Umno yang selama ini hilang keyakinan rakyat. Titik hitam yang bertambah
menyukarkan untuk kembali mendapat keyakinan rakyat, khususnya terhadap
pemimpin yang bermasalah.
Apa
yang dilihat kemelut politik Perak membayangkan
kelemahan pimpinan di dalam Umno dan bagi memulihkan Umno, pihak parti itu
perlu memikirkan bagi menggantikan pimpinan lama yang bermasalah dengan
pimpinan yang lebih baru, dinamik dan mempunyai visi dan misi masa depan yang
lebih jelas dan meyakinkan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment