HINGGA 2020:
CABARAN POLITIK MASIH BERTERUSAN
(Fikrah
Bangi: 811),
BBB:
10 Jamadil Awwal 1442H. = 25 Disember 2020M. (Juma`at).
Penulis
bersyukur diberi Allah umur yang agak panjang berpeluang menyaksi, bahkan
terlibat sedikit di dalam bidang politik. Walau bagaimana dilihat perkembangan
politik tanahair dari zaman kemerdekaan hingga 2020 dapat dikatakan streotype, Cuma
sedikit perubahan diharapkan pada Mei 2018.
Dari
zaman kemerdekaan hingga 2018, politik
adalah di bawah pengaruh Umno (BN) yang di bawah dua tokoh dominan, iaitu Tunku Abdul Rahman sebagai bapa Kemerdekaan. Pemerintahan negara
berterusan. Cuma ada sedikit perubahan selepas Mei 13, 1969 negara diletak di
bawah Mageran di bawah Tun Razak yang membawa kepada pemerintahan BN,
termasuklah Pas, sebelum Pas ditendang keluar dari BN pada Zaman Tun Hussein
Onn.
Perkecohan
politik timbul antara Dr. Mahathir dan Tengku Ghazaleigh Hamzah sekitar 1980an
yang membawa Tengku Ghazaleigh keluar dari UMNO dan Menubuhkan Parti Semangat 46,
tetapi tidak ke mana, akhirnya membawa Tengku Ghazaleigh pulang ke pangkuan
UMNO. Perubahaan yang lain Pas mendominasi pemerintahan di Kelantan, Terengganu
dan Kedah, selain dari Berjasa pernah memerintah Kelantan di bawah Muhammad
Nasir, manakala DAP mengawal Pulau Pinang. Tiada perubahan pada peringkat
Pusat.
Dua
tokoh dominan dalam sejarah kemerdekaan negara ialah Tunku Abdul Rahman adalah
sebagai bapa kemerdekaan tanah air dan Bapa Malaysia. Peranannya tidak
dipertikaikan. Manakala tokoh dominan kedua ialah Tun Dr. Mahathir yang menjadi
perdana Menteri sejak 1985 hingga 2003 bagi penggal pertama. Tun Dr. Mahathir
berjaya membawa perubahan dari segi minda dan fizikal dengan slogannya `Pandang
Ke Timur dan `Wawasan 2020`. Banyak kemajuan fizikal yang dapat dibawa pada
eranya seperti pengeluaran kereta nasional `Proton`, pembinaan Twin Tower di
Kuala Lumpur, pembinaan Putrajaya sebagai Pusat pemerintahan Negara dan
pembinaan Lapangan Terbang KLIA, Pembinaan lebuhraya utara Selatan dan
peningkatan hasil negara dari kegiatan Petronas.
Tun
Mahathir terserlah membawa negara Malaysia maju pada era pertama
pemerintahannya. Adalah cantik kiranya ia bersara pada tempoh penggal pertama
yang beliau dilihat sebagai bapa Kemajuan Negara, bahkan disifatkan sebagai
seorang Negarawan.
Era
selepas penggal pertama pemerintahan Tun Mahathir dapat disifatkan sebagai `era
ketidaktentuan`. Negara sebagai tidak mempunyai visi yang jelas. Tun Abdullah
Badawi membawa konsep Islam Hadari` yang tidak ke mana pergi dan kini tidak
lagi dibicarakan. Datuk Seri Najib Tun Razak cuba bina legasinya dengan
rancangan pembangunan infra-struktur jalan raya seperti Pan-Borneo dan jaringan
perhubungan LRT, MRT dan sebagainya, tetapi pada zaman beliau timbul
kontroversi yang diperbesarkan seperti GST, konsesi lebuhraya utara-selatan dan
cadangan membina keretapii laju ke Pantai Timur dan Kuala Lumpur Singapura,
harga minyak dan tol.
Isu
yang dibawa oleh pembangkang terdiri dari PKR, DAP dan Amanah, mempengaruhi
minda rakyat pada pilihanraya ke 14, manakala Pas tidak berpihak dan
bersendirian. Akibatnya dalam pilihanraya ke 15 kerajaan yang kemudian dikenali
dengan Pakatan Harapan yang terdiri dari PKR, DAP, Parti Bumiputra Bersatu dan
Amanah berjaya memerintah negara dengan majoriti tipis. Kekalahan BN dapat
dipersalahkan juga kepada Datuk Seri Najib sebelum pilihanraya dalam mana
beliau telah menyingkir Muhyiddin Yassin dari Jawatan Timbalan Perdana Menteri
yang membawa beliau menubuhkan Parti Bumiputra Bersatu yang diketuai Tun Dr.
Mahathir dan Timbalan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kesilapan Datuk Seri Najib juga dilihat kerana
beliau menyingkirkan Shafie Afdal dari Menteri Pembangunan Luar Bandar,
menyebabkan beliau pulang ke Sabah, negeri asalnya dan menubuhkan Warisan dan
berjaya memenangi pilihanraya bagi negeri itu pada pilihanraya ke 14. Tun
Mahathir dilihat sebagai Hero dan berjaya di dalam kempen untuk menyingkirkan
Datuk Seri Najib yang menghadapi berbagai-bagai isu yang kontroversi.
Tun
Mahathir diberi peluang menjadi Perdana Mentari bagi kali kedua dan rakyat mengharap
perubahan yang besar akan dapat dibawa
oleh Tun Mahathir melalui Pakatan Harapan, sekurang-kurang sama dengan
kebijaksanaan yang telah dilakukan pada era pertama dari segi pemerintahan.
Beliau telah melantik barisan kabinat yang amat berlainan dari kabinet sebelum
dari pilihanraya ke 14. Bagi setengah pihak melihatnya sebagai dapat dipercaya
atau tidak. Falsafah pemerintahan adalah berlainan dari pemerintahan
sebelumnya, ianya dapat disifatkan sebagai berdasarkan `Liberal` yang banyak
menggugat falsafah, budaya dan nilai yang dilaksanakan sebelum ini.
Walau
bagaimana, rakyat masih berharap dan sedar dalam masa yang pendek, sukar untuk
menunaikan janji manifesto untuk membawa perubahan yang drastik. Setengah tahun
pertama hingga akhir 2018 rakyat masih memberi kepercayaan dan beberapa
pilihanraya yang diadakan sehingga akhir 2018 adalah masih dimenangi oleh PH,
termasuk pilihanraya Port Dickson peringkat parlimen yang ditandingi Anwar
Ibrahim.
Namun
dalam pilihanraya dan perbicaraan semasa kerajaan PH mula dipersoalkan, lantaran
tidak dapat menunaikan janji. Tun Daim Zainuddin Penasihat PH dua kali memberi
amaran terhadap PH yang gagal menunaikan janji. Tun Mahathir tidak dapat membawa kebijaksanaan
pemerintahan sebagai pada era pertamanya. Akibatnya mulai dari awal 2019, arus
balik politik berlaku dalam mana dalam beberapa pilihanraya kecil seperti di
Cameron Highland, Semenyih dan Rantau pihak PH mulai mengalami kekalahan.
Kemasukan Anwar melalui parlimen Port Dickson dari satu segi dilihat kehadirannya
memberi peluang bagi mengukuhkan PH, tetapi sebenarnya lebih membawa bibit
perpecahan bagi PH. Dari satu segi menyebabkan Pas yang selama ini bersendirian
termasuk bertanding di Port Dickson mulai membina kekuatan dengan bekerjasama
dengan UMNO yang sebenarnya tidak lari dari permasalahan.
Dapat
dikatakan perubahan besar yang berlaku
pada pilihanraya ke 14 yang membawa kepada kekalahan BN yang diharap satu zaman baru akan muncul di Malaysia, walaupun
peluang ada dan diberi peluang kepimpinan kepada Tun Dr. Mahathir, tetapi
harapan tidak kesampaian.
Mengapa
?
Sekian.
No comments:
Post a Comment