MENGHARGAI
SASTERA TRADISI ASAS
PERADABAN KITA
(Fikrah Bangi: 795),
BBB: 22 Rabi`ul Akhir 1442H. = 08 Disember 2020M.
(Selasa).
Kita
telah membicarakan tentang bahasa yang terdapat di dalamnya berbagai-bagai
bentuk puisi tradisional yang telah berkembang di dalam bahasa kita, iaitu
seperti bahasa bersukat, bahasa berirama,
ungkapan beradat, teromba, pepatah petitih, seloka, rejang, perumpamaan
dan pantun.
Semua
jenis puisi di atas membuktikan wujudnya genius di kalangan rakyat tradisi
mengungkapkan sentuhan hati mereka dengan sesuatu peristiwa dan diungkapkan dengan bentuk-bentuk puisi rakyat yang bersesuaian
dengan tema dan bentuk. Semua bentuk dan ungkapan di atas adalah milik rakyat
yang tidak dapat dikenali pengungkap dan asalnya,kecuali teromba dapat dipastikan asal usulnya dari
pancaran adat minangkabau dan Negeri Sembilan.
Walau
apapun bahasa yang bersifat puisi tradisional yang asalnya diwarisi secara
lisan, bahawa terdapat ciri dan nilai indah serta peradaban masyarakat tradisional
Melayu kita. Masyarakat kita sejak dari awal lagi mengenali ciri indah dan estetika di dalam berbahasa.
Misalnya dengan melihat bahasa yang berentak secara tersusun adalah indah
sebagaimana dilihat fenomena alam misalnya banyak perkara yang tersusun seperti
pokok yang sama tinggi dan tersusun
adaah indah, maka ciri sedemikian disusun dalam bahasa sebagai indah seperti:
Supaya
tidak papa, hidup kena kerja. Betapa tinggi
gunung Tahan, tinggi lagi harapan.
Dari
kesedaran tentang indahnya bahasa berentak, menimbulkan kreativiti bahasa
bersajak dan berirama.Keindahan misalnya bukan saja dilihat pada persamaan,
tetapi juga berlawan. Misalnya dari fenomena alam dilihat kepelbagaian misalnya
tinggi rendah, jauh dekat, cerah gelap dan sebagainya, lantas timbul daya
kreativiti mengungkapkan elemen bertentangan. Misalnya Susah senang, ujian kehidupan. Dari jauh
datang, dekat tunduk penghormatan.
Ungkapan yang lebih jelas adalah seperti dalam ungkapan bahasa berirama. Contoh
lambang kekayaan zaman tradisi:
Kerbau
kambing sesak di padang,
Itik
angsa tenang kuala.
Merpati
lindungan langit,
Rengkiang
tujuh sejajar,
Teman
dengan sekerat kota.
Contoh
gambaran Raja perintah membina kota:
Baginda
menitahkan orang besar empat,
Membuat
istana pun berkota,
Lalu
dipanggil Pawang Raja,
Pawang
mengerah orang bekerja,
Empat
puluh empat tukang dan utas.
Siang
malam tiada berhenti.
Dalam
bahasa berirama di atas menggambarkan nilai kemasyarakatan pada zaman tradisi.
Ungkapan-ungkapan
tradisi di atas dan contoh-contoh yang
lain adalah warisan yang diterima secara ingatan dan hafalan. Tentu banyak lagi ungkapan yang mencerminkan kreativiti dan nilai
estetika pada zaman tradisional.Kita percaya banyak genius tradisi yang luput
dari ingatan dan kita tidak warisi.
Genius
melalui bahasa ini bukan saja sempat diwarisi, tetapi sebahagian telah
hilang,tetapi dari cebisan ingatan dapat kita selami sejarah dan tradisi kita.
Sebagai contoh dapat dihayati dari cerita lisan. Misalnya tentang Cerita Perang
Siti Zubaidah yang mencerminkan pada suatu masa dahulu orang Melayu sebahagian
mereka mendiami kawasan Kemboja,bahkan memerintah di sana, tetapi melalui
sejarah mereka terpaksa berperang mempertahan kedudukan dengan puak-puak dari
utarayang berasal dari Cina dan berkembang
dan bergerak ke bawah dan dalam perang
dengan yang difatkan Cina, ini Melayu Kemboja sebagaimana digambarkan dalam Hikayat
Siti Zubaidah dan Perang Cina itu kalah dans akibakinya dapat dikesan dari
masayarakat Melayu Kemboja, antaranya Champa yang masih bersisa.
Orang
Melayu dahulu bertapak dan berkuasa hingga ke Semenanjung Kra, tetapi
sebagaimana di Kemboja Melayu yang bertapak di Semenanjung Kra ke selatan juga
mengalami petaka,sebagaimana dalam cerita rakyat Marahkarna berperang di
Pengkalan Cahaya, tetapi kalah perang dan terpaksa berundur ke selatan,tetapi
Caya yang asalnya Pengkalan Cahaya masih wujud hingga sekarang.
Demikian
sastera rakyat, walaupun bersifat lisan, antaranya menggambarkan realiti
sejarah yang pernah dialami. Kita percaya banyak lagi sastera rakyat yang telah
hilang dari ingatan dan tidak diwarisi. Kita mempunyai sejarah panjang dari
Funan, Langkasuka, Sriwijaya dan lain-lain lagi yang tradisinya sebahagian
besar telah luput. Apa yang kita
warisi,ialah cebisan dari sejarah. Jadi
sastera lisan baik puisi dan cerita rakyat yang diwarisi tidak seharusnya
dilihat dari ciri sastera dan estetika sahaja, tetapi sebahagian mencerminkan
nilai sejarah dan budaya kita. Apa yang kita warisi dari sastera tradisi itupun
setelah antaranya dirakmkan dalam penulisan sebagai sastera rakyat puisi dan
prosa.
Sekian.
No comments:
Post a Comment