PANTUN: PENDAPAT ZA`BA
(Fikrah
Bangi: 806),
BBB: 04 Jamadil-Awwal 1442H. = 19 Disember 2020M.
(Sabtu).
Berbagai
tokoh dan pengkaji sastera Melayu membicarakan tentang pantun. Antara yang
terkenal ialah Za`ba. Di dalam buku
terkenalnya, iaiu Ilmu Mengarang Melayu (1965).
Za`ba mengkategorikan pantun termasuk di bawah
karangan berangkap dan mempunyai kerat-kerat. Antara kerat dan kerat yang lain
berjodoh atau berentak bunyinya.
Menurut
Za`ba karangan yang berangkap, khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah yang
mencerminkan kemanisan dan kecantikan
berbahasa. Termasuk di bawah kategori di atas ialah `Pantun`. Za`ba mengakui
bahawa pantun adalah warisan puisi asli bahasa Melayu.Menurutnya,
Orang
Melayu dari segi tabi`atnya sangat gemar
akan cakap-cakap yang memakai pertentangan bunyi sebagaimana di dalam pantun.
Menurutnya,
``Pantun
itulah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan Melayu betul.
Dari sejak orang Melayu belum tahu surat
menyurat. Bahkan pantun itu terus digunakan orang Melayu bagi
menggambarkan fikiran dan perasaan yang
indah-indah aeperti sayu, hiba, kasih sayang, pujuk rayu dan sebagainya.
Menurut
Za`ba, pantun pada zaman dahulu dipakai orang Melayu bagi maksud seoerti atau
seumpama. Contoh:
Sepantun
ayam tidak berinduk
Menampi
orang maka makan.
Bagi
makna perumpamaan terdapat ungkapan di
dalam Hikayat Hang Tuah dalam
menceritakan pertikaman antara Hang Tuah dan Hang Jebat diungkapkan ibarat
pantun ``Rosak bawang ditimpa jambak. Terdapat ungkapan pantun dengan maksud
perumpamaan dalam Sejarah Melayu dan Hikayat
Amir Hamzah.
Menurut
Za`ba pantun bermaksud sebagai karangan berangkap yang terbahagi dua. Pertama
sebagai pembayang dan kedua sebagai maksud. Bermula dengan dua kerat seperti:
Sudah
gaharu cendana pula,
Sudah
tahu bertanya pula.
Dari
dua kerat pantun berkembang kepada empat kerat
berbentuk (a, b & a, b). Iaitu bentuk yang paling popular. Lengkap dengan pembayang dan maksud. Sebagai
contoh:
Pisang
emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang
emas dapat dibayar.
Hutang budi dibawa mati.
Di atas
ada pembayang dan maksud, rima akhir ialah ab dan ab dengan jumlah suku kata
terkawal bagi setiap baris.
Menurut
Za`ba antara pembayang dan maksud, ada hubungan. Contoh:
Dari
mana punai melayang,
Dari paya turun ke padi;
Dari
mana datangnya sayang
Dari mata turun ke hati.
Walau
bagaimana ada pembayang yang tidak mempunyai hubungan dengan maksud. Ianya
sekadar ungkapan kata bagi menyediakan
rangkap sebutan yang dapat direntakkan dengan kandungan maksud.
Za`ba
mencirikan pantun yang cantik antaranya:
·
Pembayang dari gambaran alamiah
dikeliling kita.
·
Maksud juga adalah cantik dan
ringkas.
·
Adanya kias ibarat menambahkan
kecantikan pantun
·
Ada sekurang-kurangnya dua perkataan
yang bertentangan bunyi antara pembayang dan maksud.
·
Suku kata dalam setiap rangkap antara
9 hingga 12 suku kata..
Menurut
Za`ba pantun berkembanmg kepada enam kerat dan lapan kerat atau seterusnya dan
pantun juga berkembang kepada berkait.
Sekian.
No comments:
Post a Comment