FIKIRAN
TERSUSUN BAHASA BERALUN
(Fikrah
Bangi: 808).
BBB: 06 Jamadil-Awwal 1442H. = 21 Disember 2020M.
(Isnin).
Berbahasa
adalah aktiviti menyusun fikiran atau apa-apa perkara yang hendak dikeluarkan
dari minda-hati yang disalurkan kepada aktiviti spontan dalam memilih kata dan
kalimat yang bersesuaian yang dicurah di dalam kata-kata atau ayat tersusun
sehingga penyampai dan penerima menjangka dapat difahami mesej yang
disampaikan.
Dalam
keadaan biasa percakapan keluar dan diterima dan berlaku komunikasi secara
biasa sebagai bahasa basahan atau bahasa urusan seharian.
Pada
tahap tinggi dan formal berlaku ketelitian dari segi penyusunan fikiran dan
penyampaian melalui bahasa. Sebagai contoh seorang ketua kampung yang mau
menyampaikan arahan kepada anak buah, memikir panjang di dalam memilih fikiran
dengan bahasa yang dikira beradab. Maka keluarlah dari pimpinan fikiran-fikiran
yang bernas dengan bahasa yang beradab dan penuh seni dan indah. Ketua kampung
yang merupakan ketua adat berpesan kepada anak buahnya aturan dan adat yang
perlu dipatuhi. Misalnya tercetus idea dan pemilihan kata secara kreatif yang
kadang-kadang juga bersifat spontan. Misalnya mengingatkan anak buah di dalam kehidupan
masyarakat sekampung:
Duduk
berpeleseran
Dekat
rumah dekat kampung
Seperigi
setepian,
Segayung
sepegiliran
Ibarat
labu menjalar ke hulu
Ibarat
kundur menjalar ke hilir
Pangkalnya
sama dipupuk
Pucuknya
sama dirintis
Ke bukit
sama didaki
Ke lurah
sama dituruni
Berat
sama dipikul
Ringan
sama dijinjing
Hati
gajah sama dilapah
Hati
kuman sama dicecah.
Ungkapan
di atas adalah secara bebas, tetapi adalah menganduni fikiran yang disusun rapi
mengenai kehidupan masyarakat yang dipesan oleh ketua kampung atau ketua adat
supaya mengikut nilai dan norma masyarakat yang telah terbina selama ini.
Walaupun
ungkapan adalah bebas, tetapi pemilihan kata dibuat begitu teliti, begitu juga
dengan bandingan-bandingan begitu tepat. Apa yang dapat dirasai ungkapan di
atas, yang merupakan bahasa beradat atau dengan istilah khususnya teromba
adalah bukan saja sebagai kata-kata adat, tetapi kata-kata hikmat yang mendalam
dari segi fikiran dan perbandingan dan begitu indah dari segi pemilihan bahasa.
Melihat
dari segi ungkapan, ianya dianggap bahasa adat yang tidak lagi mencerminkan
kehidupan kekinian, tetapi dari semangat menyusun fikiran dan bahasa secara
indah, ianya dapat dipraktikkan ke dalam suasana berbahasa kini. Ianya boleh
digunakan oleh pemimpin-pemimpin di dalam menyampaikan amanat. speaker,ahli
parlimen dan ahli dewan undangan negeri bila berucap.
Contoh
ketika berada dalam keadaan kekinian. Masalahnya pimpinan yang mungkin
diharapkan dapat mengungkapkan sesuatu persoalan dengan fikiran teratur dan
bahasa yang tersusun. Misalnya dalam suasana negara dalam musim banjir dapat
digambarkan.
Musim
bah Pantai Timur tiba
Angin
kencang laut gelombang
Berhari-hari
turun
hujan
Laju
air di ulu, tepu air di kuala
Melempah
ke sawah ke jalan
Kampung-kampung tenggelam banjir
Mereka
terancam dibawa ke pusat pemindahan
Hanyut
dielak dipintas dihalang
Yang
tenggelam diselam diselamatkan
Prihatin
pemerintah dengan persediaan
Sebelum
musim tengkujuh lengkap peralatan
Elak
ancaman keselamatan rakyat diutamakan.
Sebenarnya
berbagai gambaran dapat dilakukan
menurut susana, peristiwa dan tempat bersesuaian yang mencerminkan bahasa
dimartabatkan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment