December 1, 2020

 

SYUKUR  MATA KEMBALI  BERCAHAYA

 

Ketika  di penghujung  usia

Minat terhadap kajian tidak pernah padam

Namun gangguan terhadap pembacaan ketara

Walaupun dengan bantuan cermin mata dan kanta

Kemampuan pembacaan amat kurang

Amat mengganggu sungguh  mengecewakan.

 

Ke arah pembedahan mata selama ini digeruni

Bermula dengan kejayaan pembedahan dua mata

Mertua anakanda dan cadangan aku sama usaha

Bermula dari  5  Ogos 2020 daftar di Universiti  Malaya

Diikuti pembedahan pertama 19 Ogos 

Keduanya  p ada 28 Oktober 2020

Al-hamdulillah setelah berulangalik

Sepuluh kali pergi  berurusan

Cahaya  kedua mata kembali  terang

Paling utama memudahkan bacaan.

 

Syukur kepada Allah terima kasih dengan kepakaran

Bahagian Mata Universiti Malaya amat teliti pemeriksaan

Kejayaan pembedahan sama  mematuhi pantang larang

Aku mulai kembali mengatur urusann dan kerja harian

Kini bukan lagi masalah mata tapi bimbang keuzuran fizikal

Bimbang dengan kerja yang masih banyak dan umur bersisa

Kiranya tidak berkesempatan menghabiskan kerja disusunkan

Adalah menjadi ikrar tersembunyi  melihat apa yang dikaji

Perlu diketengahkan sebagai amanah  warisan.

 

 Setakat ini dengan kesihatan dikurnia

Kerja-kerja masih dapat diteruskan

Bersama do`a  agar kewarasan minda

Tidak terjejas oleh kelarutan usia

Bahkan mohon tindakan  lebih matang

Menilai permata kebijaksanaan.

 

Dengan cahaya yang kembali menerangi

Moga makin menerokai  menyuluh rahsia Rabbani.

 

Fikrah Bangi:  788,

Bandar Baru Bangi.

15 Rabi`ul-Akhir 1442

01  Disember 2020.

No comments:

Post a Comment