BBB, 25 Jamadil Awwal 1437 – 05 Mac 2016 (Sabtu):
Sebagaimana telah disebutkan bahawa di dalam
kitab Miftah al-Murid fi `Ilm al-Tauhid terdapat Nazam Ilmu Tauhid yang
dikarang oleh Haji Ahmad bin Haji Abdul Rauf bin Abdul Rahman Melaka disamping
Nazam `Al-Ustaziah` yang tidak disebut pengarangnya dan Nazam `Fikir Itu Pelita
Hati` yang dikarang oleh `ulama` dari Terengganu, tetapi tidak diketahui siapa
penggubahnya.
Nazam dari segi susunannya hampir sama dengan
bentuk syair, tetapi temanya biasanya bersifat keagamaan. Nazam Tauhid Haji
Ahmad Melaka mengandungi 90 bayt, iaitu 50 bayt tentang Allah dan 40 tentang
Rasulullah. Kandungannya membicarakan persoalan:
1) Mengenal Allah dan Rasulullah
2) Sifat-sifat yang wajib bagi Allah, mustahil dan harus bagi Allah
3) Pembahagian sifat dia puluh kepada kelompok nafsiyyah, salbiyyah,
ma`ani dan ma`nawiyyah
4) Pecahan kepada istighna` dan iftiqar
5) Sifat wajib, mustahil dan harus bagi Rasul
6) Kepercayaan kepada malaikat, kitab, hari Kiamat,
7) Sirah Rasulullah dan keluarganya.
Tentang mengenal Allah sebagai kewajipan
permulaan kata Tuan Haji Ahmad Melaka menggubah nazam:
Hai saudara kami khabar akan kamu Mengenal Allah fadhu `ain atas kamu
Sabda Nabi awwal al-Din ia ma`rifat Bukan solat bukan siyam bukan zakat
Dan yang wajib bagi Allah dua puluh Jangan kurang jangan lalai bersungguh
Wujud
itu erti ada
Tuhan kita Yang mustahil sudah nyata pada kita
Qidam itu yang kedua sifatnya Sedia Tuhan tiada mula
maknanya
Baqa` pula yang ketiga sifatnya Yang mustahil
fana bagiNya.
Demikianlah disebut satu-satu sifat hingga
berjumlah 20 sifat, kemudian dinazamkankan pembahagian sifat-sifat. Tuan Haji
Ahmad menggubah:
Dapat jumlah sifat ini empat bagi Nafsiyyah, salbiyyah ma`ani
Lagi satu ma`nawiyyah namanya Telah tamma dua puluh di dalamnya
Bahagi lagi pula dua adanya Yang bernama sa
istighna namanya
Sebelas sifat ada masuk dengan dia Wujud , qidam, baqa` itu
kawan dia
Mukhalafah itu pula kamu bilang Qiyamuhu bi nafsih jangan kurang
Sama` sami` basir mutakallimun Basar kalam sifat Tuhan yang Da`im
Yang kedua seiftiqar dinama orang Faham kamu baik-baik jangan hilang
Sembilan sifat itu tentu padanya Hayat hayyun wahdaniyyat
ketiganya
Satu lagi
seallim samanya Yang kelima sifat ilmu madlulnya
Pula qudrat dan qadir itu lagi Baik-baik faham kamu
petang pagi
Seterusnya dimasukkan di bawah istighna harus
Allah, tiada hendakkan faedah pada hukum dan buatan. Dan masuk di bawah
iftiqar, tiada memberi bekas ka`inat, dan baharu alam. Semuanya 48 di bawah La
ilaha illa Allah..
Seterusnya ialah nazam berkenaan Rasulullah,
kata nazim Haji Ahmad:
Muhammad Rasulullah kalimah iman Yang dinamakan ulama orang aman
Yang terkandung pada itu enam belas Faham kamu baik-baik jangan malas
Sidq
itu makna benar bagi Nabi Yang mustahil dusta ia
tiada sekali
Amanah pula satu lagi bagi Nabi Yang mustahil khianat ia
jauh sekali
Tabligh pula yang ketiga sifat dia Erti menyampai akan hukum
Tuhan dia
Yang keempat sifat dia fatanah Erti cerdik lagi
bijak laksanah
Masuk lagi akan iman empat pula Iman kita akan
Rasul dan anbiya`
Yang kedua iman akan mala`ikat Wajib kita lawan inkar mala`ikat
Yang ketiga iman akan kitab Allah Baik-baik kamu jaga jangan
salah
Yang keempat iman akan hari Kiamat Lawan inkar dengan sungguh boleh selamat
Telah hasil kalimah itu kandungnya Enam belas dengan lazim
masuknya.
Kemudian diikuti dengan sirah keturunan dan
keluarga Nabi.
Manakala
Nazam Nasihat al-Ustadhiah ialah nasihat supaya kita berwaspada dengan
kehidupan dan hendaklah berpandukan agama dengan taat kepada perintah Allah dan
menjauhi larangan. Begitu juga dengan Nazam Pelita Hati supaya insaf dan
ingatkan mati. Kata Nazim yang tidak diketahui namanya:
Rumah besar kampung luas ada ia Itu akhir tinggal jua akan dia
Hai segala anakku sekalian Sungguh-sungguh jangan
tinggalkan sembahyang
Demikian lagi zakat dan puasa Itu buatlah olehmu sentiasa
Dengan susah yang sedikit kamu dapat Akan senang lama kamu di akhirat.
Nazam Ustaziyyah dan Nazam Pelita Hati tidak
membicarakan tentang akidah secara langsung, tetapi anjuran merupakan lanjutan
bagi kesempurnaan iman, tanpanya tidak mendapat kejayaan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment