March 4, 2016

Kitab Matla` Al-Badrayn Popular Dipelajari Di Pengajian Tradisi


BBB, 23  Jamadil Akhir 1437 = 03 Mac 2016 (Khamis):


Sebuah lagi kitab popular dipelajari di pengajian-pengajian seperti masjid, surau dan sekolah-sekolah agama, khususnya di Malaysia, ialah Kitab Matla`a Al-Badrayn Wa Majma` al-Bahrayn (Tempat Naik Dua Bulan Purnama Dan Himpunan Dua Laut). Kitab ini dilengkapkan dengan keilmuan, iaitu akidah pada bahagian awal 13 daripada 231 halaman dan pada bahagian kedua adalah bidang fiqh (Terbitan Nahdi Trading, tt.) atau 13 daripada 235 hlm. (Terbitan Al-Matba`at Dar al-Tiba`at al-Misriyyat al-Kubra, Singapura, tt.). Nama kitab secara bandingan iaitu tempat naik bagi dua bulan purnama dan tempat himpunan bagi dua laut adalah bermaksud dua bidang keilmuan yang terkandung di dalam kitab tersebut.
Pengarang bagi kitab Matla` al-Badrayn ialah Muhammad bin Ismail Daud al-Fatani. Dia adalah dari keturunan keluarga Shaykh Daud al-Fatani. Beliau dilahirkan di Pulau Duyung, Kuala Terengganu pada akhir abad ke 19. Mengapa dilahirkan di Pulau Duyung ? Pulau tersebut adalah pusat persinggahan perahu-perahu besar  di muara Sungai Terengganu yang belayar berdagang antara Terengganu dengan Patani, Campa, Sambas dan kepulauan Melayu yang lain. Bila negeri-negeri Melayu, khususnya Patani di selatan Siam diancam, bahkan dikuasai Siam pada pertengahan abad ke 19, ramai dari penduduknya berhijrah termasuklah keluarga Shaykh Daud al-Fatani. Muhammad bin Ismail dilahirkan di Pulau Duyung dalam rangka penghijrahan sebahagian dari keluarga tersebut ke Makkah termasuk Shaykh Daud dan keluarga Muhammad bin Ismail Daud Al-Fatani. Sebahagian dari keluarga berkenaan membuat keputusan menetap di Pulau Duyung. Keluarga berkenaan memainkan peranan penting di dalam pentadbiran dan keilmuan di Terengganu. Haji Wan Abdullah bin Muhammad Amin dikenali sebagai Tuk Shaykh Duyung adalah ulama` terkenal di Terengganu dan menjadi guru kepada Sultan Zainal Abidin III  di Terengganu.
Pengarang Matla` al-Badrayn memulakan pembicaraan dengan Fadhilat Ilmu dengan diikuti dengan kewajipan bagi setiap mukallaf mengetahui akan rukun Islam dan rukun Iman. Rukun Islam ialah lima perkara, iaitu naik saksi engkau bahawa tiada Tuhan  yang disembahkan dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad Pesuruh Allah, dan engkau mendirikan sembahyang, dan engkau memberi zakat, dan engkau puasa Ranadhan, dan engkau haji ke Baitillah al-Haram, jika engkau kuasa berjalan kepadanya.
Dan rukun iman itu enam perkara, iaitu engkau percaya akan Allah, dan segala malaikatnya, dan segala kitabnya, dan segala Rasulnya, dan Hari Yang Kemudian dan dengan kadar kebajikannya dan kejahatannya.
Berhubung dengan akidah tauhid, kata Shaykh Muhammad bin Ismail,
``Dan wajib atas mukallaf pula bahawa ia mengetahui akan `aqa`id al-Iman, iaitu:
Segala sifat yang wajib  bagi Allah Ta`ala dan yang mustahil atasnya dan yang harus pada haknya.
Shaykh Muhammad bin Ismail juga bertolak pembicaraan bagi mukallaf dengan merujuk kepada Shaykh Muhammad bin Yusuf al-Sanusi dengan karangannya berjudul Umm al-Barahin:
``Ketahui olehmu bahawasa hukum akal itu tersimpan ia pada tiga bahagi
Pertama: Wujub, Kedua: Istihalah, dan Ketiga: jawaz.
Maka makna wajib itu iaitu barang yang tiada terupa atau barang yang tiada diterima pada akal akan ketiadaannya.
Dan makna mustahil itu, iaitu barang yang tiada diterima pada akal akan adanya.
Dan makna jaiz itu, iaitu barang yang sah pada akal adanya dan tiadanya.
Keperluan rukun akal ini ialah bagi memahami barang yang wajib, mustahil dan harus pada Allah Ta`ala. Begitu juga pada rasul-rasul..
Shaykh Muhammad bin Ismail juga membicarakan  - Satu sifat Nafsiyyah, lima sifat Salbiyyah, tujuh sifat Ma`ani yang ta`luq;
Qudrat dan iradat ta`alluq dengan mumkinat
Ilmu ta`alluq dengan yang wajib, mustahil dan ja`izat
Hayat tidak ta`alluq dengan sesuatu
Sama` dan Basar ta`alluq dengan segala yang maujudat. Tiada kepada mustahil dan ta`alluq dengan yang wajib dan harus dengan syarat jika ada yang harus itu maujud.
Dan Kalam tanpa huruf dan tanpa suara dan ta`alluq sebagaimana ta`alluq ilmu.
Dan tujuh sifat ma`nawiyyah iaitu melazimkan bagi tujuh sifat ma`ani.
Demikianlah jumlah sifat yang wajib  20
Lawan bagi sifat yang wajib - mustahil  20
Satu sifat harus, iaitu mengada atau meniadakan yang mumkin.
Kemudian setiap sifat diberi dalil-dalil akli dan secara burhan-burhan seperti pernah dibicarakan dan tak perlu diulang.
Adapun yang wajib bagi Rasul juga disebut tiga, iaitu  Sidq, amanah dan tabligh. Dan mustahil tiga, iaitu dusta, khianat dan menyembunyikan. Dan Harus adalah satu, iaitu bersifat sebagaimana manusia biasa yang tidak merendahkan martabat. Bagi setiap sifat ini juga dibuktikan dengan dalil dan burhan. Terhimpun semua sifat-sifat ini di bawah dua kalimah shahadah – La ilaha illa Allah, Muhammad Rasul Allah dengan makna ketuhanan:
``Kaya Tuhan daripada tiap-tiap barang yang lain daripadaNya dan berkehendak tiap-tiap barang yang lainnya kepadaNya dan juga makna La ilaha illa Allah:, iaitu, Tiada yang kaya daripada  tiap-tiap barang yang lain daripadanya dan tiada berkehendak kepadanya oleh tiap-tiap barang yang lainnya melainkan Allah Ta`ala.. Juga dibicarakan tentang istighna` dan iftiqar sebagaimana telah dibicarakan.
Kata Shaykh Muhammad bin Ismail:
``Dan adapun kata kita Muhammad Rasulullah s.a.w. maka masuk di dalamnya iman kita dengan segala anbiya` dan malaikat `alayhim al-salam  dan sekalian kitab yang turun di langit dan Hari Yang Kemudian, kerana bahawasanya Nabi kita s.a.w. datang ia dengan membenarkan dengan segala yang tersebut itu sekalian.,
Pengarang juga menyebut nama-nama Rasul dan anbiya` yang tersebut di dalam Al-Qur`am yang perlu diimani ialah sejumlah 28 orang (tambah tiga dari 25 iaitu Aziz, Loqman da Zul Qarnain). Dicatat bahawa bilangan anbiya` ialah dua laksa  empat ribu, Bilangan Rasul ialah 313 atau 314 orang..
Dicatat bilangan kitab yang diturunkan ialah 104  buah, iaitu diturunkan ke atas:
Nabi Shith   50 buah
Idris             30  buah
Ibrahim       10  buah
Musa           10 buah (mushaf) + 1   Taurat
Isa                  1 Injil
Daud             1 Zabur
Muhammad 1  Al-Qur`an.
Juga wajib beriman dengan malaikat-malaikat juga kebangkitan, shafaat pada hari Kiamat, Hisab, sirat, haud setereusnya tentang syurga dan neraka.
Kandungan akidah dalam kitab Matla` al-Badrayn, walaupun ringkas, tetapi padat.

Sekian.


1 comment:

  1. kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
    dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
    berikan 4 angka alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
    sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no (((0823 1366 9888))) Atau insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
    juta, wassalam.


    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....




    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


    1"Dikejar-kejar hutang

    2"Selaluh kalah dalam bermain togel

    3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


    4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


    5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
    tapi tidak ada satupun yang berhasil..



    KLIK DISINI 4d 5d 6d





    ايهما اولى بالشرك يا رسول الله؟ المرمى او الرامى؟ فقال الرامى


    Solusi yang tepat jangan anda putus asah.... AKI ALIH akan membantu
    anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
    butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
    100% jebol
    Apabila ada waktu
    silahkan Hub: AKI ALIH: (((0823 1366 9888)))


    angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/


    angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/


    angka GHOIB; malaysia


    angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/


    angka GHOIB; laos







    ReplyDelete