BBB, 01 Jamadil Akhir 1437 = 10 Mac 2016 (Khamis):
Hukum Islam adalah tiga bahagi, iaitu Hukum:
Pertama: Hukum Akal, Kedua: Hukum Adat Ketiga: Hukum Shara`.
Definisi Hukum: Menthabikan sesuatu perkara dengan satu perkara atau menafikannya.
1) Hukum Akal
Menthabitkan satu perkara bagi satu perkara yang lain atau menafikan daripadanya tanpa terhenti di atas perulangan dan tiada terhenti atas orang yang meletakkannya.
Hukum akal terbahagia kepada a) Wajib b) Mustahil 3) Harus
(Definisi setiap satu telah dibicarakan sebelum ini).
2) Hukum Adat
Menthabitkan ikatan antara dua perkara, ada keduanya atau tiada keduanya atau salah satu daripada keduanya dengan menepati secara berulang, tetapi sah bersalahan dan tiada memberi bekas.
a) Kaitan ada dengan ada sepertia ada kenyang dengan sebab ada makan
b) Kaitan tiada dengan tiada seperti tiada kenyang dengan sebab tiada makan
c) Kaitan ada dengan tiada seperti ada lapar dengan ketiadaan makan
d) Kaitan dengan ada seperti tiada lapar dengan sebab ada makan.
3) Hukum Shara`
Iaitu perintah Allah yang berhubung dengan segala perbuatan mukallaf dengan tuntutan melakukannya atau meninggalkan dia atau mengharuskan yang berada di antara keduanya.
Tuntut lakukan : Wajib dan Sunnat
Tuntut Tinggalkan: Haram dan Makruh
Satu ialah perkara: Harus
Kelima-lima termasuk di bawah Hukum Taklif
Hukum Wadh`I
Sebab, syarat, mani` (tegah), sah dan batal.
Contoh mani` kerana haid tertegah dari solat.
Jumlah semua di atas 25 adalah merupakan hukum shara` secara ijmal (ringkas).
Tuan Hussein Kedah memberi huraiuan dan contoh bagi setiap pecahan di atas.
Hukum Shara`, Hukum Adat dan Hukum Akal
Tiap satu daripada tiga terbahagi kepada tasawwur dan tasdiq
Tiap Tasawwur dan Tasdiq terbahagi kepada dharuri dan nazar. Tiap-tiap satu daripada keduanya terbahagi kepada wajib dhati dan wajib `aradhi.
Dan tiap-tiap satu daripada keduanyya terbahagi kepada ithbati dan nafi
Maka jumlah semuanya ialah berjumlah (3 x 8 = 24).
Tuan Hussein Kedah juga membicarakan setiap satunya sebagai contoh bagi `Tasawwur pada ma`na sembahyang ialah:
``Solat adalah terdiri dari kata-kata dan perbuatan yang pembukaannya dengan takbir dan pengakhiran dengan salam dengan beberapa syarat yang tertentu.
Dan tasdiq pada shara`, ialah solat adalah wajib pada shara`.
Contoh wajib dharuri pada shara`, iaitu wajib kita mengerjakan dengan segala rukun Islam yang lima dan wajib kita i`tiqad dengan segala rukun iman yang enam
Contoh wajib nazari pada shara` seperti wajib qadha` puasa bagi perempuan yang haid kemudian daripada sucinya.
Contoh bagi wajib dhati pada shara` seperti membenar kita akan Rasul dan akan barang yang disampaikan olehnya daripada Allah Ta`ala
Contoh bagi wajib `aradhi pada shara` seperti wajib kita solat duha dengan sebab nazar.
Seterusnya pengarang membahagikan wajib pada akal terbahagi kepada enam
1) Wajib Dhati 2) Wajib `Aradhi 3) Wajib Dharuri 4) Wajib Nazari 5) Wajib Ithbati 6) Wajib Nafi
Keenam-enam di atas juga diterapkan kepada mustahil yang berjumlah enam.
Manakala harus pada akal terbahagi kepada sebelas.
1) Harus Dhati 2) Harus `Aradhi 3) Harus Dharuri 4) Harus Nazari 5) Harus Ithbati 6) Harus Nafiyyi
7) Harus diputus dengan adanya 8) Harus diputus dengan tiadanya 9) Harus yang diihtimal akan salah satu daripada dua 10) Harus yang diihtimal akan dia lagi yang syak padanya 11) Harus yang telah mengharus akan dia oleh shara`.
Jumlah di atas adalah 23..
Manakala sebab terbahagi atas tiga bahagi
!) Sebab akli 2) Sebabn shar`i 3) Sebab `Adiyy
Syarat pula terbahagi kepada tiga:
1) Syarat `Akli 2) Syarat Shar`i 3) Syarat `Adiyy
Manakala Mani` juga terbahagi kepada tiga:
1) Mani` `Aqli 2) Mani` Shar`i 3) Mani` `Adiyy
Jumlah di atas adalah sembilan.
Adapun himpunan bagi semua dari pembahagian dari awal adalah berjumlah 85 pecahan daripada jumlah perhimpunan makna hukum lughawiyy iaitu: Mengithbatkan satu perkara dengan perkara yang lain atau menafikannya daripadanya.
Pembahagian ini menurut Tuan Hussein Kedah adalah diambil dari kitab:
Al-Mawahib al-Rabbaniyyah fi Sharh al-Muqaddimat al-Sanusiyyah.
Semoga dari rumusan ringkas di atas kita sama dapat manfaat dari usaha Tuan Hussein Kedah ini.
Sekian.
No comments:
Post a Comment