BBB, 09 Jamadil Akhir 1437 = 18 Mac 2016
(Jumaat):
Masih pada peringkat khutbah al-Kitab, Pematan
mengungkapkan:
Tetapi untuk memanjang melemahkan
kemahuan * Jadilah ianya rumusan menepati ketentuan
Bermaksud Matan jauharat al-Tauhid sengaja digubah
secara ringkas padat, tetapi ianya
merangkumi perkara-perkara yang perlu dari segi kewajipan kifayah. Pensharah
dalam ulasannya menyatakan ada tiga jenis pengajian yang dituntut dari segi
kifayah, iaitu:
1) Ilmu Tauhid yang juga dikenali dengan ilmu al-Sifat, Ilmu Usul al-Din
atau Ilmu al-Kalam.
2) Ilmu Fiqh bagi membolehkan kita
menunaikan ibadat kepada Allah Ta`ala
3) Ilmu Tasawuf sebagai pelengkap dalaman diri.
Di dalam mengulas bayt di atas Shaykh Ibrahim
al-Baijuri di dalam Tuhfat al-Murid mengatakan, bahawa di dalam menyusun bayt nazam
Jauharat al-Tauhid, bahkan di dalam apa jua karangan, pengarang tidak
sewajarnya bersifat mubalaghah di dalam menyusun ungkapan sehinggap bersifat
itnab dan pembaziran, sebaik-baiknya sebagai matan hendaklah bersifat `ijaz
(ringkas dan padat` atau sekurang-kurang bersifat `musawat` - setara) sebagai
sebuah karangan matan yang bersifat puisi. Shaykh Ibrahim al-Baijuri membawa di
sini aspek ilmu balaghah di dalam menyusun kalam.
Bahkan menurut Shaykh Ibrahim al Baijuri:
``Mubalaghah di dalam memanjangkan ibarat
membawa kepada kejemuan dan kejelekan`, apa lagi jika karangan dan bahasa yang
disusun bersifat `mabuk` kata, sedangkan isinya tidak seberapa ! Biarlah
ungkapan ringkas dari segi ibarat, tapi fasih diucap.`
Kata
Al-Baijuri, ``Melemahkan kemahuan adalah `majaz `aqli`, bukan bermaksud
pematan tidak berkemampuan untuk mengolah persoalan yang dibicarakan, tetapi
pertimbangan di dalam menyusun matan bersifat nazam itu perlu menjadi
perkiraan, selain dari menjaga dari aspek balaghah sebagaimana disebut di atas,
perlu juga difikirkan kesesuaian dari segi pembelajaran oleh pihak pelajar.
Menulis matan dalam bentuk puisi mempunyai objektif. Antaranya:
1) Meringkaskan persoalan (majaz)
2) Memudahkan pengingatan
3) Elemen estetika menceriakan pembelajaran
Seterusnya kata Pematan:
Inilah `Intipati` kandungan kunamakan *
Permata Tauhid sesungguhnya kudidikkan
Sesungguhnya `intipati puisi yang bertemakan
tauhid` ini dibaratkan sebagai permata yang berharga yang di dalam pemupukan
Pematan, lantaran itu dinamakan oleh Pematan Jauharat al-Tauhid – Permata
Tauhid.
Permata yang berharga ini memaksudkan kepada
makna bercabang sekurang-kurangnya;
1) Gubahan matan secara kreatif bagi mana-mana pengarang akan
mengusahakannya menjadi sebagai hasil karya seni yang bermutu. Sebarang
kelemahan dari aspek perpuisian merosakkan gubahan dan melemahkan mutu
perpuisian. Ini sudah pasti mau dielakkan oleh Pematan.
2) Permata Tauhid – Jauharat al-Tauhid yang menjadi objektif utama bagi
Pematan ialah bahawa akidah tauhid yang dipersembahkan adalah intipati
pengajaran tauhid yang insya Allah menyelamatkan akidah ummah sebagaimana kata
pensharah bagi bayt ini menyebut bahawa akidah yang dibawa di dalam Matan
dibicarakan adalah menurut pegangan i`tiqad
dua Imam Utama ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah iaitu Al-Imam Abu al-Hasan
al-Ash`ari dan al-Imam Abu Mansur al-Maturidi.
Seterusnya kata Pematan:
Dan Allah aku harap menerima dan
bermanfaat * Kepada pelajar serta ganjaran sebagai ibadat
Bayt ini sebagai jumlah do`aiyyah dari
musannif (Pematan) agar kerja yang dilakukan, iaitu menyediakan wadah keilmuan
akidah dalam gubahan puisi yang padat diterima oleh Allah sebagai kerja ibadat
yang dilakukan semata-mata kerana Allah yang sudah tentulah pada masa itu tidak
ada perkiraan material yang didapati. Pematan juga mengharapkan agar rumusan
keilmuan akidah di dalam bentuk matan secara puisi itu memberi faedah kepada
pelajar-pelajar. Harapan Pematan
ini sesungguhnya tercapai, hasil
kerja dan jerih perihnya dihargai dengan matannya ini diberi ulasan secara
sharah dan hashiah oleh ulama-ulama` di dalam berbagai bahasa, termasuklah
bahasa `Arab dan bahasa Melayu. Hasil karya baik pada peringkat matan, sharah
dan hashiah telah dipelajari dari generasi ke generasi dan insya Allah
berterusan. Pematan juga mengharapkan semua pihak mendapat ganjaran pahala
hasil dari usaha mengarang, mensharah, menghashiah, mengajar dan belajar
keilmuan akidah melalui karangan-karangan yang dihasilkan.
Kata Pensharah terhadap Matan bahawa ada tiga
kategori ibadat yang diharap memberi manfaat dan menolak mudarat:
1) Martabat ahl al-fiqh, iaitu sah dari segi zahir dan batin
2) Martabat al-khawass ibadat yang dilakukan diqasadkan kerana mematuhi
perintah Allah, kerana mahabbah dan ijlal kepada Allah. Ini dikira sebagai
martabat pertengahan
3) Martabat Akmal, iaitu tiada tujuan mengerjakan ibadat itu
melainkan kerana taqarrub kepada Allah
Subhanahu wa Ta`ala.
Adapun mengerjakan ibadat kerana mengharap
kemuliaan dan sanjungan di dunia, maka tiada pahala dan sia-sia.
Pematan dan Pensharah menyedari karangan
mendepani guru, pelajar dan orang awam yang mengikuti pengajian, sebab kata Sharih mengingatkan:
Bermula menuntut ilmu itu ialah untuk
kefahaman dan mengamalkan, hendaklah belajar dari guru yang mursyid dan
bersungguh-sungguh dalam pengajian hingga memahami apa yang diajarkan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment