BBB, 21 Jamadil Akhir 1437 =
30 Mac 2016 (Rabu):
Pendekatan akidah yang disusun oleh Penggubah
Matan Jauharat al-Tauhid juga melibatkan pembicaraan tentang sahabat-sahabat
dan yang selepas daripada mereka. Kata Penggubah Nazam:
Para sahabat terbaik pertama kurun
dengarkanlah * Kemudian tabi`in dan atba`
al-Tabi`in terserlah
Para sahabat pada zaman Nabi (di dalam
kurunnya) adalah sebaik-baik generasi (Berdasarkan Hadith Nabi yang menyebut
kurunnya terbaik dan diikuti kurun-kurun berikutnya).
Menurut Sharih:
``Maka kurun sahabat daripada Rasulullah
s.a.w. sampai akhir orang mati daripada sahabat. Dan iaitu seratus dua puluh
tahun.``
Maka kata setengah `ulama`, ``Maka Nabi s.a.w.
itu daripada waktu bi`th (dibangkitkan) Rasulullah sampai akhir orang mati daripada sahabat.``
Kurun Tabi`in
``Maka kurun tabi`i daripada seratus tujuh
puluh tahun.``
Kurun Tabi` al-Tabi`in
``Iaitu dua ratus dua puluh tahun``
Maka bagi kurun pertama lebih baik dari
selepasnya. Diikuti oleh kurun demi kurun selepasnya.
Dari segi
martabat kedudukan mereka, kata Penggubah Matan:
Sebaik sahabat yang menjawat khalifah *
Kelebihan juga dengan tugas khilafah
Mengikuti mereka termulia golongan *
Enam ditambah sepuluh bilangan
Ahli Badar
besar mulia kedudukan
* Ahli Uhud dan mereka dalam
Bai`ah Ridhwan
Al-Sabiqun kelebihan mereka nas diketahui *
Untuk menentukan setiap mereka tak pasti.
Daripada matan di atas bahawa.
1) Khalifah-Khalifah selepas Rasul terbaik iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman
dan Ali
2) Diikuti sahabat digembirakan mereka dengan syurga. Empat khalifah dan
yang lain Talhah, Zubair, Abdul Rahman, Sa`ad dan Sa`id, Abu `Ubadah Ibn
al-Jarrah.
3) Berikutnya ialah shuhada` Perang Badar.
4) Berikutnya Shuhada` Perang Uhud
5) Kalangan Sabiqun al-Awwalun dari kalangan Muhajirin yang mereka pada
mula bersolat mengadap ke Baitul Maqdis dan bertukar kepada berkiblatkan
Baitullah di Masjid al-Haram.
Seterusnya kata Penggubah Matan:
Kiranya berlaku di antara mereka pertikaian *
Takwilkan kebaikan atau serah kepada Tuhan
Misalnya pertikaian Ali – Aishah berhubung
dengan peperangan Siffin atau antara, Ali dan Mu`awiyah dan Saydina Husin dan
Yazid, maka hendaklah dita`wil secara baik atau serhakan kepada Allah.
Imam Malik dan sekalian Imam * Demikian Abu al-Qasim dikira Imam
Maka wajib mengikut kebaikan mereka * Demikian
riwayat kaum lafaz kebaikan mereka
Pengggubah matan memberi kedudukan terhormat
terutama kepada imam-Imam empat, iaitu Imam Malik, Imam Shafie, Imam Abu
Hanifah dan Ahmad bin Hanbal. Turut tersenarai bertaraf Imam ialah Abu al-Qasim
Junayd al-Baghdadi sebagai tokoh sufi Sunni. Termasuk juga bersama mereka ialah
Abu Hasan al-Ash`ari dan Abu Mansur al-Maturidi sebagai imam dalam aqidah yang
menegakkan aliran Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah.
Seterusnya kalangan yang mempunyai kedudukan
di sisi Allah kata Penggubah Matan:
Thabit
berlaku bagi wali-wali karamah * Siapa menafinya jangan didengar mudah
Penggubah Matan dan Sharih berpendapat bahawa
ada golongan wali-wali hatta dalam zaman kini yang mereka tidak disedari dan
tidak menonjol dengan publisiti-publisiti yang memang pada mereka tidak
diperlukan. Mereka adalah lebih dari cukup keilmuan.
Kepada mereka di atas susunan martabat
kedudukan mereka bukan dicari, bahkan tidak diketahui lantaran tidak perlu
kepada mereka, tetapi mereka dinilai dari kerangka luar yang melihat kedudukan
dan peranan-mereka kepada agama dan umat.
Yang penting kata Sharih kita perlu sentiasa
berdoa semoga kita berada di dalam hidayah Allah dengan mematuhi perintah Allah
dan menjauhi segala larangan sebagaimana kata Penyusun Nazam Jauharat al-Tauhid
bahawa:
Pada kami berdo`a adalah bermanfaat *
Sebagaimana dari Al-Qur`an janji ditaat.
Pada Penggubah dan Sharih berdoa adalah amalan
yang bermanfaat, bahkan terdapat dalil naqli yang menggalakkan berdoa seperti antaranya
firman Allah yang bermaksud:
``Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah
diri dan suara perlahan-lahan (Al-A`raf: 55).
Orang Islam dituntut mempelajari Al-Qur`an dan
membacanya lantaran membacanya memberi kefahaman, penghayatan dan mendapat pahala.
Sharih juga membawa pendapat tentang membaca
Al-Qur`an di atas mayat yang telah dikuburkan. Mengenainya khilaf pada Mazhab
Shafie, tetapi pendapat yang dipegang umum, bahawa tiada dalil yang menunjukkan
yang sedemikian.
Tetapi menurut ulama yang rajih daripada
jumhur Shafie radiya Allah `anhum, maka iaitu barang yang dinaqal oleh Shaykh
Ibn Qasim, Shaykh Ziyadi dan lainnya daripada kitab Shihab al-Ramli dan Shaykh
Ibn Hajar, hasil pahala membaca Qur`an kepada mayat dengan wujud salah suatu
daripada tiga syarat:
Pertama: Hendaklah ada ia di atas kubur halnya
mutlak
Kedua: Hendaklah ada ia berniat ketika membaca
Qur`an diqasadkan pahalanya kepada mayat – ia hadir dikubur atau tidak sama jua
Ketiga:
Ia membacakan doa dengan menghasilkan pahala membaca Qur`an itu kepada
mayat.
Seterusnya menurut Sharih bahawasanya sedekah
atas mayat itu memberi manfaat pula, sama jua daripada ahli warisnya atau
lainnya dengan niatnya. Inilah nas daripada jumhur `ulama`.
Sekian..
No comments:
Post a Comment