BBB, 20
Jamadil Awwal 1437 = 29 Mac 2016 (Selasa):
Daripada keimanan mengutus Rasul alahim
al-salam. * Bukan kewajiban, bahkan
semata kelebihan
Akan tetapi keimanan kita wajib
berkepercayaan * Tinggalkan tuduhan kaum dengan mereka mainan
Percaya perutusan rasul adalah mulai Nabi Adam
hinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w. dari rukun iman. Dari segi akidah tidak
wajib Allah menghantar rasu-rasul kepada umat manusia, tetapi penghantaran dari
kelebihan Allah dan rahmatNya kepada masyarakat manusia, termasuklah perutusan
Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul akhir perutusan sebagai rahmat kepada masyarakat umat
berterusan.
Saifat-sifat bagi Rasul digubah penyusun nazam
sebagaimana berikut:
Wajib pada hak mereka itu bersifat amanah
* Mereka sama wajab bersifat sidq dan fatanah
Sedemikian juga yang dibawa disampaikan *
Mustahil pula bagi mereka sifat-sifat
lawan
Harus pula pada hak mereka seperti makan *
Bersatu dengan isteri dalam keadaan halalan
Bayt-bayt di atas jelas dan tak perlu diberi tafsiran.
Tapi tujuan dihantar Rasul kata Sharih ada lima tujuan.
1) Supaya menjadikan mereka
bertambah pahala
2) Kerana mengajar umat dari segi shara`nya
3) Mewaspadakan umat dari lalai dan lazat keduniaan
4) Mengingatkan kepada umat akan Allah Ta`ala
5) Bagi menolak sangkaan bahawa rasul bersifat dengan sifat uluhiyyah.
Seterusnya makna Uluhiyyah itu empat perkara:
1) Kaya Tuhan sebenarnya daripada
segala yang lain dariNya (Allah)
2) Berkehendak sekalian barang yang lain dari pada Allah kepada Allah
Subhanahu wa Ta`ala
3) Dialah (Allah) yang berhak daripada ibadat sebenarnya
4) Dialah semata-mata yang Wajib al-Wujud.
Seterusnya kata Penggubah Matan:
Menghimpun segala makna yang diiqrar * Dua kalimah shahadah buang yang dirar
Segala yang dibincangkan yang lepas adalah
terkandung di bawah dua kalimah shahadah.
Sharih banyak memetik pendapat Shaykh
al-Sanusi yang menghasilkan Matan al-Sanusi yang merupakan pendekatan yang
menjadi penduan bagi banyak pengarang dan pensharah dan Penghashiah terhadap
Matan Al-Sanusi yang juga diikuti oleh Shaykh Ibrahim al-Laqani.. Di sini tidak
berhasrat untuk diulang kembali.
Seterusnya tentang kenabian kata Penggubah:
Tidaklah kerasulan suatu diusahakan *
Walau tinggi kebaikan menjulang kelebihan
Adalah kelebihan dari Allah kurniaan * Bagi
yang dikehendakiNya dengan pemberian
Mengatasi semua makhluk oleh kelebihan *
Nabi kita Muhammad tanpa
perbalahan
Dan nabi-nabi lain mengikuti kelebihan * Selepas mereka mala`ikat segi kedudukan
Inilah tertib mereka dengan kelebihan * Ketinggian martabat kelebihan dari susunan
Selepas kerasulan dari segi kelebihan
kedudukan ialah para sahabat Nabi., iaitu sayyiduna Abu Bakar, Umar, Uthman dan
Ali radiya Allah `anhum. Kemudian Penggubah Matan menyebut keistimewaan Nabi
Muhammad s.a.w. katanya:
Istimewa Baginda sebaik makhluk lagi
sempurna * di tengah semua Allah melebihkannya
Shariat dibawanya tidak dinasakh *
Oleh yang lain hingga zaman yang
ternasakh
Naskhahnya menjadi shara` bagi lain * Allah menghinakan mana-mana yang seleweng
Menasakh setengah shara`nya oleh setengah *
Diganti dengan yang lebih baik dari sudah
Bayt dua bermaksud shariat Nabi Muhammad akan
berterusan hingga akhir zaman
Bayt ketiga
bila Nabi `Isa diturunkan ia akan melaksanakan shariat Nabi Muhammad.
Bayt empat contoh pemansuhan dari mengadap
solat ke Baitul Maqdis kepada Baitullah al-Haram dan beberapa contoh yang lain.
Seterusnya kata Penggubah Matan:
Mu`jizatnya banyak terserlah *
Antaranya Al-Qur`an lawannya
lemah
Setiap Rasul dikurniakan mu`jizat yang
mengistimewakannya dan melemahkan musuh melawannya. Keistimewaan yang diberi berkait
dengan kemegahan masyarakat bagi zaman rasul-rasul dibangkitkan. Misalnya Nabi
Musa diberi mu`jizat dengan kemampuan melawan sihir-sihir musuhnya yang
berpihak kepada Fir`aun hingga tukang-tukang sihir tunduk mengaku kalah. Pada
zaman Nabi Allah Isa dibangkitkan, masyarakat pada zamannya mahir dari segi
perubatan, maka antara mu`jizat Nabi Isa ialah dapat menyembuhkan penyakit
orang buta hingga dapat celik kembali, juga Nabi Isa dapat menyembuh dengan
izin Allah pesakit yang sakit baras atau penyakit safak.
Seterusnya pada zaman dibangkitkan Rasulullah
s.a.w. masyarakat Arab, khususnya dari kalangan kaum Quraisy bermegah-megah
dengan kemampuan kalangan mereka berpuisi dan berkhutbah. Mereka bertanding
menggubah puisi di Pasar Ukkaz, mana-mana puisi terbaik diberi penghargaan
menyangkut puisi mereka di dinding Ka`bah. Upacara pertandingan dan penghormatan
diberi ini secara tahunan. Bila Rasulullah dibangkitkan kalangan sasterawan
mereka Labid, Ka`b bin Malik, Al-Walid bin al-Mughirah dan beberapa
yang lain terpesona dengan ke dalaman dan keindahan Al-Qur`an dan tidak mampu
berdepan dengan keistimewaan Al-Qur`an. Keistimewaan Al-Qur`an berterusan
menjadi mu`jizat utama bagi Nabi Muhammad s.a.w.
Sekian.
No comments:
Post a Comment