March 3, 2016

Shaykh Daud Al-Fatani Mengikut Pola Pendekatan Ahlu Al-Sunnah Sebelumnya

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     
BBB. 22 Jamadil Awwal 1437 = 02 Mac 2016 (Rabu):
Untuk pembicaraan, kita  mengambil sebuah dari kitab Shaykh Daud al-Fatani (m. 1847M.) berjudul `Al-Jawahir al-Saniyyah` (Permata Yang Berharga). Kitab ini sebagaimana dimaklum adalah kitab merangkumi pembicaraan dua bidang, iaitu akidah dan fiqh. Walaupun bahagain akidah pada permulaan kitab ini sebahagian kecil dari kandungan kitab, iaitu setebal 38 halaman dari  282 halaman, tetapi kandungan pembicaraan adalah lengkap.
Shaykh Daud dalam pembicaraan dalam bidang akidah adalah mengambil pendekatan Sunni berindukkan Ash`ari dan pendudkung-pendukung termasuklah pendekatan oleh Muhammad bin Yusuf al-Sanusi  (m. 795H.) dengan Matan Umm al-Barahin dan menjadi pendekatan popular selepas matan ini disharh oleh Shaykh Muhammad Zain bin Al-Faqih Jalaluddin Aceh. Turut disharh selepas zaman Shaykh Daud oleh Muhammad Zainuddin bin Muhammad al-Badawi al-Sambawi (1885-1886) yang diberi judul Siraj al-Huda dan juga selepas Shaykh Daud oleh Shaykh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fatani dengan judul `Aqidat al-Najin.
Shaykh Daud bertolak bagi bidang akidahnya bermula dari rukun akal yang tiga, iaitu wajib, mustahil dan harus dengan definisi-definisi dan contoh-contoh bagi aspek, wajib mustahil dan harus. Berikutnya kata Shaykh Daud;
``Maka wajib atas mukallaf mengetahui akan yang wajib bagi Allah itu, iaitu tiap-tiap sifat kamal, yakni sifat yang menunjukkan atas kamal dan yang demikian itu tiada dapat dihinggakan dia, tetapi tiada diberat akan kita melainkan kita mengetahui akan barang yang didirikan dalil atasnya, iaitu dua puluh sifat ini jua.`` Shaykh Daud, walaupun menyebut sifat yang wajib 20 sifat, tetapi tidaklah dia membilang atau mensenaraikan kesemua dua puluh sifat ini, sebaliknya terus mengkategorikan 20 sifat ini kepada kelompok sifat nafsiyyah, salbiyyah, ma`ani dan ma`nawiyyah.
Apa yang menarik bila membicarakan wujud sebagai sifat nafsiyyah Shaykh Daud menyatakan:
``Dan makna wujud, bahawasanya ia sifat dhatiyyah lagi thabit pada zihin tiada disifatkan dengan wujud pada kharij dan tiada pula dikatakan dengan `adam pada zihin.``
Adapun berhubung dengan pendapat tentang wujud sama ada dhat atau sifat Shaykh Daud mengemukakan pendapat bahawa,
``Adapun dibilangkan wujud itu daripada sifat, iaitu mazhab Imam Maturidi dan menguatkan oleh Imam Razi dan menjalan oleh Imam Ash`ari, bahawasanya wujud ini `ain dhat yang maujud itu jua. Maka tiadalah dinamakan dia sifat pada mereka itu, tetapi adalah ia diri dhat itu jua. Maka adalah padanya sifat itu adalah sembilan belas sifat jua. Shaykh Daud juga menyelar pendapat dahriyyin yang menafikan kewujudan Pencipta dan berpendapat alam kekal dalam penerusan masa.
Shaykh Daud juga membicarakan sifat-sifat di bawah kelompok salbiah dengan bukti dan dalil dengan menolak perkara-perkara yang tidak layak bagi Allah:
Di dalam membicarakan tentang qidam dan baqa` Shaykh Daud menyebut, bahawa segala perkara yang wujud terbahagi kepada empat.
1)      Tiada awal dan tiada akhirnya. Iaitu Dhat Allah Ta`ala dan sifatNya
2)      Baginya awal dan baginya akhir. Iaitu segala  anak Adam dan segala kejadian di dunia
3)      Baginya awal dan tiada baginya akhir, iaitu ni`mat syurga dan seksa neraka bagi penghuni-penghuninya
4)      Baginya akhir dan tiada awalnya, iaitu `adam kita yang azaliyyah dan yang demikian itu kerana bahawasanya adalah kami, tiada ada dahulunya dan `adam kita dahulu itu tiada awalnya, maka tatkala diadakan kita jadi putus `adamnya dengan wujud itu.
Adapun bagi sifat ma`ani yang tujuh, maka sifat-sifat ma`ani dibicarakan persoalan ta`alluq. Berhubung dengan qudrat yang ta`lluq pada yang mumkin ini diperingatkan oleh Shaykh Daud,
``Ketahui olehmu pula bahawasanya tiada memberi bekas bagi qudrat, dan hanya yang memberi bekas itu bagi Dhat dan qudrat thabit sebab pada  memberi bekas jua.
Turut dibicarakan tentang konsep kalam Allah yang rumit. Shaykh Daud juga membicarakan tentang sifat ma`nawiyah, seterusnya lawan bagi sifat-sifat wajib, iaitu mustahil diikuti dengan harus.
Demikian juga  dengan mengikut pola yang sama selepas membicarakan sifat-sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah, maka dibicarakan kepercayaan tentang rasul-rasul. Tentang Rasul yang 25 ini disusun dalam nazam:
Seperti barang yang datang pada Qur`an menyebutkan bilangannya
                                         Maka ambil olehmu di dalam sucinya ini akan tafsinya
Adam Idris maka Nabi Nuh kemudian maka Salihnya
                                        Maka Hud dan Ibrahim dan Lut maka Shu`aybnya
Dan Ya`kub Ismail Ishaq dan Yusufnya
                                        Maka Musa dan Harun Al-Yasa`sekalian nama pesuruhnya
Dan Yunus Ilyas Daud dan Zulkifli namanya
                                         Sulaiman Ayub dan Nabi Yahya tiada berputusan taatnya
Demikian lagi Nabi Zakariyya dan `Isa Maka Muhammad Habibnya 
                                         Atas mereka itu salam Allah dan salawat selamnya
Maka sebenar-benarnya membenarkan segala pesuruh barang yang didatangnya
                                      Daripada Tuhan sekalian makhluk mereka itulah segala.
Sebagaimana dibicarakan sifat wajib, mustahil dan harus bagi Allah, maka demikianlah juga dibicarakan tentang rasul-rasul. Seperti Shaykh Muhammad bin Yusuf al-Sanusi dan Muhammad Zain bin al-Faqih Jalaluddin menyebut wajib bagi rasul tiga (sidq, amanah dan tabligh), maka demikianlah juga Shaykh Daud (Ada yang menyebut empat, tambah Fatanah).
Turut dibicarakan tentang malaikat yang dijadikan daripada cahaya dan tugas-tugas dan mereka itu ma`sum. Demikian juga dibicarakan tentang kepercayaan tentang kitab-kitab, iaitu Taurat kepada Nabi Musa, Zabur kepada Nabi Daud, Injil kepada Nabi Isa dan al-Qur`an kepada Nabi Muhammad s.a.w., demikian juga dengan hari kiamat, siksa kubur, dengan perhimpunan di padang Mahshar dan hisab, shafa`at, haud,  titian sirat,  serta balasan syurga atau neraka dan persoalan melihat Tuhan. Walau bagaimana Shaykh Daud tidak menyentuh persaoalan qada` dan qadar.

Walau bagaimana, meskipun bahagian mengenai akidah adalah terhad dan ringkas, tetepi adalah melengkapi keperluan kepada panduan akidah Islam yang menurut Shaykh Daud ini adalah pendekatan Sunni. Pada bahagian Khatimah, kata Shaykh Daud:
``Hendaklah kita lazim mengikut jalan ahlu al-Sunnah iuaitu tariqat yang dijalan oleh Ahlu al-Salaf yang salih dahulu, iaitu tariqat Khulafa` al-Rashidin yang mengambil daripada Qur`an dan daripada Nabi salla Allah `alayh al-salat wa al-salam pada perbuatannya dan perkataannya dan kelakuannya dan daripada Khulafa` yang kemudian daripada Nabi salla Allah `alayhi al-salat wa al-salam, iaitu daripada kurun ketiga kemudian daripadanya yang mensaksikan Nabi salla salla Allah `alayhi al-salat wa al-salam baginya dengan kebajikan  seperti sabdanya salla Allah `alayh al-salat wa al-salam, ``Yang terlebih kebajikan kurunku, kemudian yang mengiringi mereka itu  , kemudian yang mengiringi mereka itu.``  Ya`ni sekira-kira yang ghalibnya jua, kerana terkadang yang kemudian lebih daripada orang yang dahulu daripada `ulama` yang `amilin dan awliya` al-salihin radiya Allah `anhum ajma`in.

Sekian.                                                                                      


2 comments:

  1. Assalamualaikum Dr. Saya Nur Dini dari IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Saya telah menghantar email kepada dr untuk membuat sedikit pertanyaan tentang Tok Ku Pulau Manis. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
    dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
    berikan 4 angka alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
    sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no (((0823 1366 9888))) Atau insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
    juta, wassalam.


    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....




    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


    1"Dikejar-kejar hutang

    2"Selaluh kalah dalam bermain togel

    3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


    4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


    5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
    tapi tidak ada satupun yang berhasil..



    KLIK DISINI 4d 5d 6d





    ايهما اولى بالشرك يا رسول الله؟ المرمى او الرامى؟ فقال الرامى


    Solusi yang tepat jangan anda putus asah.... AKI ALIH akan membantu
    anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
    butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
    100% jebol
    Apabila ada waktu
    silahkan Hub: AKI ALIH: (((0823 1366 9888)))


    angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/


    angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/


    angka GHOIB; malaysia


    angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/


    angka GHOIB; laos







    ReplyDelete