BBB, 20
Rajab 1437 = 28 April 2016 (Khamis):
Tuan Haji Said bin Haji Ibrahim memperuntukkan
pembicaraannya tentang akidah yang bukan Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah dengan
menghasilkan sebuah lagi buku dalam tempoh berdekatan dengan buku Akidah Ahlu
al-Sunnah wa al-Jama`ah, iaitu buku yang diberi judul ``Perbandingan Akidah Dan
Fahaman Umat Islam`` (1997) yang
membicarakan tentang akidah-akidah yang bukan Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah.
Antaranya termasuklah Baha`iyyah dan Qadyani yang sepatutnya tidak dikira dari
kalangan akidah Islam yang jelas bertentangan dengan Islam. Buku Perbandingan
Akidah Dan Fahaman Umat Islam jauh lebih tebal (630 hlm.) berbanding dengan
buku Akidah Ah al-Sunnah wa al-Jama`ah (368 hlm.).
Pendekatan
buku ini ialah secara membuat kajian perbandingan, kata Tuan Haji Said:
``Dapat menghasilkan suatu kajian perbandingan
akidah dan fahaman umat Islam.``
Manakala tujuan kajian perbandingan dibuat,
kata Tuan Haji Said:
``Sungguhpun umat Islam di negara ini sejak
dahulu lagi menganut fahaman dan akidah Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah, tetapi
kini mereka telah banyak diresapi oleh fahaman akidah-akidah yang berlainan dan
bertentangan dengan fahaman dan akidah Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah, sehingga
ada yang sudah dipengaruhi oleh fahaman dan akidah Shi`ah dan Mu`tazilah,
bahkan ada pula yang telah terpengaruh dan mengikut fahaman dan akidah Ibn
Taimiyah dan lain-lain.``
Seterusnya kata Tuan Haji Said bin Haji
Ibrahim,
``Oleh itu tidak salah rasanya kalau saya
katakan kitab ini menjadi garis panduan untuk menentukan akidah mereka itu
bercanggah dengan akidah Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah dan terkeluar dari akidah
Islam.``
Dilihat kepada kandungan di dalam buku, maka
fasal-fasal yang dibicarakan hampir keseluruhan kandungan adalah bersamaan
dengan kandungan di dalam buku I`tiqad Ahlussunnah Wal Jama`ah – oleh K.H.
Sirajuddin Abbas termasuk penggunaan istilah firqah-firqah bagi pecahan-pecahan
fahaman dan akidah bukan dari Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`h. Cuma dari segi
format penyusunan agak sedikit berlainan, tetapi tidak berlainan dari segi
kandungan.
Dari segi pendekatan penyusunan adalah dilihat
bahawa:
Di dalam buku I`tiqad Ahlussunnah Wal-Jamah
memulakan pembicaran dengan akidah Ahlu
al-Sunnah wa al-Jama`ah sebagai pembukaan pembicaraan dan Asas utama bagi buku
I`tiqad Ahlussunnah Wal-Jama`ah, kemudian baru diuikuti dengan Shi`ah sebagai
firqah utama dan terbesar dari segi pecahan akidah. Kemdian diikuti dengan
firqah-firqah yang lain dari segi
seturut sejarah kelahirannya, iaitu Shi`ah, Khawarij, Murjiah, Mu`tazilah,
Qadariyyah, Jabariyyah, Najariyah, Mushabbihah, Ibn Taimiyah, Wahabi dan
diakhiri dengan Baha`iyah dan Ahmadiyyah atau Qadyani, bagi tiap firqah ini
diberi latar sejarah kelahiran dan diberi penerangan dimana pertentangan dan
kesalahan-firqah yang menyimpang dari akidah Ahli al-Sunnah wa al-Jama`ah.
Manakala pendekatan dan format penyusunan yang
dibuat oleh Tuan Haji Said bin Haji Ibrahim sedkit berlainan, iaitu beliau
membicarakan terus firqah yang terutama dan terawal dan diikuti kelahiran
firqah-firqah yang lain secara seturut. Ianya bermula dengan Shi`ah yang agak
panjang dari segi pembicaraanm, sesuai ianya sebagai firqah utama dan terbesar
yang bertentang dengan Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah dan juga dari segi banyak
pengikut-pengikut. Kemudian diikuti dengan pembicaraan tentang Kawarij, Mu`tazilah, Qadariyyah, Jabariyyah,
Murjiah, Najariyah, Mushabbihah,, diikuti dengan Baha`iyah dan Qadyani
(Ahmadiyyah) dan diakhiri dengan Ibn Taimiyah. Dari segi kandungan persoalan
adalah bersamaan, selepas itu Haji Ibrahim baru membicarakan tentang akidah
Ahlu al-Sunnah wa L-Jama`ah sebagai pengakhir selepas membicarakan tentang
konsep salaf dan Khalaf.
Difahamkan dengan penyusunan bahawa kelahiran
Aqidah Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah sebagai reaksi terhadap kelahiran berbagai
firqah yang disebutkan sebagai menyeleweng dan lahir Akidah alhlu al-Sunnah wa
al-jamaah sebagai reaksi menentang akidah-akidah yang bukan Sunni tersebut,
sebenarnya tidak sedemikian kerana
kedudukan Ahu al-Sunnah wa al-Jama`ah dari segi prinsip dan bahan-bahan sudah
sedia bersama kehadiran Islam dan diamal oleh Rasulullah s.a.w. para sahabat
dan pengikut-pengikut, Cuma dari segi istilah bagi akidah kelahiran sebagai
reaksi terhadap faham Mu`tazilah.
Tentang perpecahan kepada berbagai-bagai
firqah ini dibuktikan dengan Hadith Rasulullah s.a.w bermaksud:
Orang-orang Yahudi telah berfirqah-firqah
sebanyak tujuh puluh satu firqah (glongan) dan orang-orang Nasara juga
berfirqah sebanyak itu juga. Dan umatku akan berfirqah sebanyak tujuh puluh
tiga firqah – Hadith Riwayat al-Tirmidhi.
Pembicaraan terhadap firqah-firqah yang tidak
sama dengan Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah, khususnya di dalam sebuah buku
berasingan adalah baik, iaitu bagi mengingatkan pembaca dan umat Islam tentang kefahaman
firqah-firqah bukan Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah supaya mereka tidak terjebak
di dalam fahaman sedemikian dan menjauhinya.
Tidak kurang pentingnya pendedahan firqah
bukan Sunni ialah bagi mengelak dari kepelbagaian fahaman itu diikuti oleh
masyarakat umat Islam, khususnya di negara kita, kerana ianya akan membawa
kepada implikasi besar lantaran dengan berbagai fahaman firqah ini membawa
kepada perpecahan. Yang lebih dibimbangkan ianya membawa kepada perseteruan di
kalangan umat Islam, bahkan membawa kepada peperangan sebagaimana berlaku kini
seperti di Iraq, Syria, Yaman dan beberapa negara lagi. Perseteruan, bahkan
peperangan yang berlaku sesama sendiri, tidak lain dari memecahbelahkan umat
dan merugikan.
Bagi keselamatan dan ketenteraman negara
bahkan bagi menyatukan pegangan adalah wajar sebarang kelahiran aliran dan
firqah yang berlainan dari Ahliu al-Sunnah wa al-Jama`ah patut disekat untuk
mengelak dari perbalahan dan pertentangan yang merugikan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment