BBB, 24
Jamadil Akhir 1437 = 02 April 2016 (Sabtu):
Penggubah Matan Jauharat al-Tauhid Shaykh
Ibrahim al-Laqani mengungkap berkenaan usaha (kasab) dan tawakkal, katanya:
Tentang usaha dan tawakkal berlainan
pendapat * Dari segi rajih adalah tafsil tercatat
Sebagaimana kata matan ada perbezaan pendapat
berhubung dengan kasab dan tawakkal. Kedua perkara ini ditimbul bukan bermaksud
kepada makna lahir yang usaha adalah bermaksud mengambil inisiatif bagi melakukan
sesuatu pekerjaan. Misalnya berniaga bagi menghasilkan pendapatan dan dengan
pekerjaan itu dilakukan secara bersungguh-sungguh bagi menjayakan perniagaan
sebagai ikhtiar dan mendapat keuntungan atau sebaliknya. Persoalan ditimbulkan
bagi melihat dari segi akidah di manakah kedudukan usaha, apakah peranan usaha
bagi manusia dan dimanakah kedudukan ikhtiar dari segi akidah dan keberhasilan
atau kegagalan, Dimanakah kedudukan akidah dengan perkara-perkara berikut.
Takrif usaha (kasab) dan ikhtiar menurut
Sharih adalah berbeza,
Erti kasab itu mubasharah sebab dengan ikhtiar
seperti musafir kerana tijarah dan berubat dan memeliharakan hartanya serta
mengi`tiqadkan demikian tiada memberi bekas sekali-kali. Dan
Erti tawakal pada Imam Qushayri itu i`timad
pada Allah Ta`ala serta meninggalkan sebab serta kuasa atas kasab.
Manakala Imam Al-Ghazali berpendapat tawakal
itu thiqah (percaya) kepada Allah Ta`ala
dan yakin hatinya bahawasanya hukum Allah Ta`ala itu tentu lulusnya.
Adapun kepada mazhab jumhur `ulama` yang
rajih, maka bahawasanya kasab dengan ikhtiar barang yang telah tersebut itu
tiada menolakkan ia akan tawakkal, kerana bahawasanya kasab dengan ikhtiar barang yang telah
tersebut itu daripada kelakuan hati, maka sah berhimpun keduanya itu. Maka
jikalau telah mengenal engkau daripada perkataan ini, maka kasab dengan ikhtiar
yang telah tersebut itu terafdal atas tiap-tiap hal kerana telah maklum
bahasanya ittiba` akan Rasulullah s.a.w. dalam zahirnya dan batinnya terlebih
afdal kelakuan orang yang mu`min.
Sebagai rumusan bahawa istilah kasab (usaha)
dan ikhtiar mempunyai pertalian yang seakan-akan seturut. Kasab adalah tindakan
yang lebih dahulu, iaitu dengan melakukan sesuatu perbuatan atau tindakan yang
diambil seperti pergi memancing adalah ikhtiar yang dilakukan oleh pemancing
bagi mendapat ikan. Tindakan melakukan
pemancingan sudah masuk di dalam ruang ikhtiar, walaupun boleh difahami kasab masih berterusan, kasab dan ikhtiar
berakhir dengan kejayaan mendapat ikan
atau kegagalan mendapat sebarang ikan.. Itu adalah dilihat dari segi
manusianya. Tetapi dilihat dari segi akidah usaha dan tindakan yang merupakan
ikhtiar dari pihak hamba, tetapi dari segi hakikat tidak memberi bekas dari
segi pihak hamba. Tergeraknya usaha dan berjaya ikan ditanggap atau gagal
adalah dari Allah Ta`ala.
Selepas membicarakan konsep kasab dan ikhtiar
Penggubah Matan berpindah kepada persoalan waujud lahiri, kata Pematan:
Di sisi
kami sesuatu itu ialah yang
ada *
Thabit pada luaran akan ada
Wujud sesuatu adalah dengan ain atau jauhar *
pecahan jauhar itu baharu tidak diingkar
Persoalan wujud yang wajib al-wujud telah
dibicarakan, khususnya tentang wujud Allah dengan sifat-sifat, dalili-dalil dan berbagai pecahan yang dibuat
untuk difahami lebih mendalam
Wujud di sini lebih kepada membicarakan tentang
wajud nyata yang baharu. Sememangnya bila menyebut sesuatu itu wujud bermakna
ada, Adanya mungkin bersifat benda fizikal seperti pokok, rumah, kenderaan dan
sebagainya. Atau pecahan dari yang ada sebagai dimisalkan pecahan hingga terkecilnya dari satu jauhar,
seperti ketulan batu dari bongkahnya yang besar. Pokoknya ianya ada dan
bersifat berjisim dan berjirim.
Dalam huraian oleh Sharih dikatakan bahawa,
bermula nama sesuatu itu iaitu yang telah maujud dan thabit dalam kharij itu
yang telah maujud, kerana bahawasanya wujud shay` (sesuatu) dan jauhar yang
fard itu tentu baharunya kepada mazhab ahlu al-Islam, halnya tiada munkir yang
demikian itu sebagaimana kata Ash`ari r.a.
Kata Sharih lagi tentang wujud yang kharij itu
kita telah yakin lagi putus dengan bahawasanya hakikat sekalian yang maujud itu tentu thabit dan
thabit ia dalam kharij dan dalam hakikat wajib keadaannya atau mumkin dan
barang yang kita i`tiqadkan dengan dia halnya kita namai dengan nama langit dan
bumi dan manusia dan kuda dan barang sebagainya..
Kemudian Penggubah Matan berpindah
memperkatakan perkara dosa, kata Pematan:
Kemudian dosa di sisi kami dua * Dosa
kecil dan besar maka yang kedua
Dosa besar wajib taubat segera * Tidak rosak taubat jika kembali berdosa
Hendaklah memperbaharui taubat * Penerimaan pula berbeza pendapat
Kata Sharih bahawa yang melakukan dosa besar
hendaklah bertaubat segera. Menurut pendapat bahawa tiada binasa taubat itu,
kiranya kembali melakukan dosa orang itu
berbuat dosa, tetapi perlu kembali bertaubat secara bersegera. Dosa besar dosa
yang disebut oleh Al-Qur`an dan Hadith Nabi dengan balasan seksa yang amat
sangat.
Syarat taubat dari dosa itu tiga perkara:
Pertama:
Menghilangkan dosa ketika taubatnya (Tidak melakukannya)
Kedua:
Menyesal dirinya dari berbuat dosa
Ketiga: Tidak kembali sekali-kali membuat dosa.
Adalah perlu bertaubat bagi yang melakukan
dosa besar. Tindakan hendaklah dilakukan sebelum ajal tiba. Kata Jumhur
Malikiyyah radiya Allah `anhum sah taubat orang itu daripada dosanya dan
jikalau dengan mujmal (ringkas) sekalipun dan dosa yang besar itu tiada
dimaafkan dia melainkan dengan taubat serta sempurna syaratnya atau dengan fadl
Allah Ta`ala atau dengan mengucapkan kalimah yang musharrafah serta ikhlas
hatinga dan iaitu `La ilaha illa Allah` seperti kata Shaykh Sanusi r.a.
Sekian.
No comments:
Post a Comment