BBB, 07
Rajab 1437 = 15 April 2016 (Juma`at):
Antara aliran yang bercanggah dengan aliran
Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah ialah Aliran Qadariyyah dan Jabariyyah. Dua aliran
ini selalu bergandingan dari segi pembicaraan, bukan kerana persamaan, tetapi
kerana kontra antara satu sama lain. Namun
keduanya ada hubungan dengan Mu`tazilah dan ada pertindihan
pendapat. Namun kedua-duanya
bertentangan dengan Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah.
Aliran Qadariyyah dapat ditanggap dari nama aliran
itu sendiri yang menggunakan istilah `Qudrat` yang bererti `Kuasa`
yang dikaitkan dengan aliran ini.
Faham ini ada hubungan dengan Muktazilah yang antara pandangan
Muktazilah bahawa manusia mencipta perbuatannya sendiri dan bertanggungjawab ke
atasnya. Qadariyyah mengatakan, Manusia
yang menggunakan kuasanya yang diberi Allah, maka dibalas dengan kebaikan di
atas tindakan baiknya dan jika melakukan kejahatan dia dibalas di atas
pemilihan yang tidab baik. Bagi Qadariyyah Tuhan tidak perlu tahu apa yang
dilakuakan manusia dan tahu saelepas
sesuatu itu dilakukan
Sebagaimana dikatakan bahawa ada hubungan
Qadariyyah dan Muktazilah. Pemimpin bagi Qadariyyah ialah Ma`bad al-Juhani dari
generasi tabi`in yang merupakan murid bagi Wasil bin Ata`. Ma`bad al-Juhani
dihukum mati awal abad kedua Hijrah oleh Governor Basrah Al-Hajjaj bin Yusof
kerana kesalahan Ma`bad membawa faham yang dianggap menyeleweng. Seorang lagi
pemimpin bagi aliran Qadariyyah ialah Ghaylan al-Dimashqi yang bergerak di
Damshiq Syria pada zaman Khalifah Hisham
bin Abdul Malik (105-125H.). Sebagaimana Ma`bad, begitulah dengan Ghaylan
dihukum bunuh oleh pihak pemerintah
lantaran membawa ajaran yang dianggap salah.
Pegangan Qadariyyah antaranya:
1) Perbuatan manusia dicipta manusia sendiri dengan kudrat yang diberi
Allah kepadanya
2) Tidak ada hubungan perbuatan manusia dengan Tuhan. Bahkan Tuhan tidak
tahu apa yang dilakukan manusia kecuali selepas dilakukan
3) Tuhan memberi pahala di atas perbuatan yang baik dan menghukum di atas perbuatan yang tidak
baik.
Pandangan Qadariyyah di atas adalah bercanggah
dengan Ahlu al-Sunnah. Tuhan Maha Mengetahui segala-galanya baik dulu hingga
kini, tiada suatu yang tersembunyi dariNya, Dia melakukan apa yang
dikehendakiNya
Kontra bagi pegangan Qadariyyah, ialah
Jabariyyah. Sebagaimana dari istilah Qadariyyah mencerminkan falsafah
penganagan Qadariyyah, maka demikian juga dengan Jabariyyah, Istilah Jabar yang kena perinbtah, yang dikuasi, demikian
secara tanggapan dapat difahami aliran ini kontra dengan Qadariyyah dan
Mu`tazilah yang Jabariyyah memaksudkan semua tindak tanduk manusia
dikuasai Allah, tiada daya upaya bagi manusia.
Jabariyyah ini di bawah kepimpinan awal yang
dikenali sebagai Jaham bin Safwan yang
berasal dari Khurasan. Tokoh ini terkenal. Sehingga aliran dipimpinnya dikenali juga sebagai Mazhab Jahmiyyah.
Faham falsafah Jabariyyah adalah kontra dengan
faham Qadariyyah. Jika Qadariyyah mengatakan manusia melakukan perbuatan dengan
pilihan sendiri, maka Jabariyaah adalah berpendapat sebaliknya bahawa manusia
tidak ada daya usaha yang dapat dilakukan, semua apa yang dilakukan adalah
perbuatan yang ditentukan oleh Tuhan.
Sebagaimana pemimpin-pemimpin Qadariyyah dihukum bunuh, maka demikianlah
juga dengan Jaham bin Safwan anak murid Ja`d bin Dirham juga dihukum bunuh.
Antara pegangan faham Jabariyyah ialah:
1) Tidak ada daya ikhtiar pada diri
manusia. Ia bagai sehelai bulu yang bergerak dibawa angin ke mana sahaja. Pandangan
hidup yang begitu pasif sekali.
2) Beriman cukup dengan mengucap di
dalam hati walau tidak diikrar dengan lisan
K.H. Sirajuddin membicarakan juga sebuah lagi ajaran yang dikenali dengan
Najariyah. Aliran ini diasaskan oleh seorang yang bernama Abu Abdillah Hussein
bin Muahammad al-Najar. Beliau berada zaman pemerintahan Al-Ma`mun sekitar
(198.-218H.) berguru dengan seorang guru bermazhab Muktazilah bernama Bashar
al-Mansi.
Anatara pegangannya sebagai Mazhab Muktazilah
mengatakan Tuhan tidak bersifat demikianlah juga dengan padangan Najariah.
Demikian juga pandangannya bahawa mukmin yang
berdosa masuk neraka juga mempunyai persamaan dengan Muktazilah.
Demikian pendapat Najariah, bahawa Tuhan tidak
boleh dilihat lantaran yang Abadi dan Kekal tidak mungkin berdeopan dengan
makhluk yang kena cipta. Aliran ini tidaklah begitu berpoengaruh walaupun
pernah mendapat tempat, kemudian menghilang tanpa dokongan dan sokongan.
Sebuah lagi aliran dikenali dengan aliran
mushabbahah Mujassamah, bermaksud, iaitu mereka yang menyamakan Tuhan dengan
makhluk seperti berwajah, bertangan dan
bertubuh seperti manusia. Golongan ini mengambil maksud Al-Qur`an atau Hadith
secara lahir dan tidak ditakwil. Terdapat tokoh-tokoh yang berpegang dengan
lahir ayat. Antara mereka yang mendukung
Mushabbihah - Mujassamah:
1) Abu Abdullah bin Hamid bin Ali
al-Baghdadi al-Warraq (m. 403H.).
2) Qadir Abu Ya`la Muhammad bin
Hussein (m. 458H.)
3) Abu Hasan Ali bin `Ubaidillah
(m. 257H.)
Dan ramai lagi.
Antara pegangan
mereka:
a) Allah bermuka dan bertangan.
Diasaskan kepada firman
Allah bermasud ``Dan yang kekal wajah Tuhan engkau yang mempunyai kebesaran dan
kemuliaan (Al-Rahman: 27).
Dan firmanNya lagi
bermaksud:
```Tangan Allah di
atas tangan-tangan mereka itu (.`` (Al-Fath: 10).
b) Tuhan duduk
bersila di atas `arash.
Firman Allah
bermaksud: ``Al-Rahman di atas `arash memerintah.`` (Taha: 5)
c) Tuhan di atas
langit
Firman Allah
bermaksud: ``Bahkan Allah mengangkat (Nabi `Isa) kepadaNya.
d) Allah bertubuih seperti Nur
Firman Allah
bermaksud: ``Allah adalah cahaya langit dan bumi.`` (Al-Nur: 35)
Dan contoh-contoh
yang lain yang menggambarkan Tuhan sebagai ditasybih dengan makhluk yang
menyerupai manusia, tanpa huraian dan takwil yang boleh mengelirukan.
Demikian aliran-aliran yang bercanggah dengan
Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment