BBB. 03 Rajab 1437 = 11 April 2016 (Isnin):
Sebagaimana telah disebut bahawa politik salah
satu faktor utama memecahbelahkan umat Islam kepada berbagai firqah. Shi`ah
adalah salah satu firqah yang menonjol sebagai kesan politik. Shi`ah dari segi
bahasa adalah pengikut, dan dari segi istilah ialah pengikut-pengikut yang
simpati dan mengagungkan Sayyiduna Ali k.w. dan turunannya. Ada beberapa pentahapan
dalam pembinaan faham Shiah.
1) Selepas Wafat Nabi Muhammad s.a.w. hingga kepada zaman Khalifah `Uthman
bin `Affan yang sebenarnya tidak muncul soal Shi`ah
2) Zaman kekhalifahan Sayyiduna `Ali k.w. berlaku pergolakan politik
memuncak dan berlaku penentangan terhadap Mu`awiyah. Penyokong `Ali benih
Shi`ah.
3) Zaman selepas kewafatan Sayyiduna Ali k.w. yang digantikan dengan anak
Baginda Sayyiduna Hasan
4) Konflik antara Yazid dan Sayyiduna Hussain dan terbunuhnya Sayiduna
Hussein di Padang Karbala`
5) Shi`ah menjadi firqah ketara
dalam pergolakan umat.
Selepas Kewafatan Rasulullah
Selepas kewafatan Rasulullah, sedang Sayyiduna
`Ali dan Fatimah menguruskan jenazah Rasulullah, pada masa itu para sahabat
bermesyuarat bagi mengangkat khalifah dan mereka bersetuju memilih Sayyiduna
Abu Bakar al-Siddiq. Kemudian daripada itu Sayyiduna Ali turut sama
memubayaahkan Sayyiduna Abu Bakar. Tidak timbul keinginan Sayyiduna Ali untuk
menjadi Khalifah, bahkan selepas kematian Abu Bakar, beliau juga turut
memubayaahkan Sayyiduna `Umar al-Khattab yang ditunjuk oleh Sayyiduna Abu
Bakar. Persetujuan yang sama turut diberi kepada Sayyiduna `Uthman bin Affan
apabila beliau dilantik sebagai khalifah ketiga.
Zaman
kekhalifahan Sayyiduna `Ali k.w.`
Pada zaman kekhalifahan Sayyiduna Ali k.w.
timbul kelompok-kelompok yang tidak memihak kepadanya seperti golongan
Mu`awiyah bin Abu Sufyan govenor Sham yang dilantik oleh Sayyiduna `Utham dan
mendapat dokongan `Amru ibn al-`As. Golongan `A`ishah Ummu al-Mu`minin yang
tidak berpihak kepada Sayyiduna Ali bersama Talhah dan Zubair berpusat di
Madinah.
Dua peristiwa besar yang mengubah landskap
politik, iaitu peperangan antara pihak Aishah dan pendukung-pendukungnya yang
mengorbankan puluhan ribu tentera antara kedua pihak, tetapi akhirnya Talhah
dan Zubair terbunuh dan Aishah ditawan dan dihantar pulang secara hormat ke
Madinah.
Tapi satu episod peperangan lagi ialah antara
Sayyiduna Ali dan Mu`awiyah yang terkenal sebagai peperangan Siffin yang
akhirnya membawa kepada gencatan senjata dan diadakan rundingan. Pihak
Sayyiduna Ali diwakili oleh Abu Musa al-Ash`ari yang berwatak lembut dan kurang
diplomasi dan pihak Mu`wiyah diwakili oleh Amru Ibn al-`As yang bijaksana didalam rundingan dan tipu
muslihat. Akhirnya Amru Ibn al-`As melantik Mu`awiyah setelah bersetuju untuk
menurunkan terlebih dahulu dua pimpinan, tetapi selepas Abu Musa al-Ash`ari menurunkan
`Ali, Amru Ibn al-`as tidak menurunkan Mu`wiyah. Dengan diplomasi dan tipu
helah ini mengeciwakan pendukung-pendukung Sayyiduna Ali dan melahirkan
golongan radikal, termasuk Khawarij.
Dapatlah dikatakan, peristiwa ini merupakan
puncak ketidakpuasan hati sebahagian besar umat, kecualki penyokong-penyokong
Mu`awiyah.
Peristiwa ini memunculkan gerakan Shi`ah
secara formal dan mengaitkan peristiwa-peristiwa yang lepas sejak perlantikan
khalifah peringkat awal dijadikan faktor yang menjadikan tidak puashati
golongan Shi`ah. Berikut dari sini Sayyiduna Ali terbunuh (m. 40H.), sedangkan
Muawiyah dan `Amnru Ibn al-`As terselamat dari usaha membunuh ketiga-tiga
pemimpin secara serentak dan kekuasaan berada di tangan Mu`awiyah.
Sayyiduna Hasan pernah dilantik mengganti ayahandanya
Sayyiduna Ali menjadi khalifah, tetapi untuk mengelak dari perpecahan Sayyiduna
Hasan menyerahkan kekhalifahan kepada Mu`awiyah, tetapi tidak diterima pengikut-pengikut
Sayyiduna Ali dan melantik adik Sayyiduna Hasan iaitu Sayyiduna Hussein
menggantikan kekhalifahan dari turunan Ali, yang kemudian membawa kepada tragedi
pembunuhan terhadap Sayyiduna Hussein di Padang Karbala (61H.) yang ditangisi
peristiwa ini oleh pengikut-pengikut Shi`ah.
Pihak Shi`ah terus melantik pimpinan yang
mereka iktiraf bermula;
1. Sayyiduna `Ali bin Abi Talib (m. 40H.)
2. Sayyiduna Hasan bin Ali bin Abi Talib (m. 56H.)
3. Sayyiduna Hussein bin Ali bin Abi Talib (m. 61H.)
4. Ali Zainal Abidin bin Hussain bin Ali bin Abi Talib (m. 94H.)
5. Mohd al-Baqir bin Ali Zainal Abidin (m. 117H.)
6. Ja`far Saddiq bin Muhammad al-Baqir (m.148H.)
7. Musa al-Kazim bin Ja`afar Saddiq (m.183H.)
8. Ali Redza bin Musa al-Kazim (m. 202H.)
9. Muhammad Ali Jawwab bin Ali
Radha (m.254H.)
10. Ali bin Muhammad bin Ali Redha (254H.)
11. Hasan bin Ali bin Muhammad bin Ali al-Askani (m 280H).
12. Muhammad bin Hasan al-Mahdi (m. 260H.).
Ini merupakan susunan Shi`ah 12. Imam ke 12
itu dianggap imam yang ditunggu-tunggu dan pada anggapan orang Shi`ah tidak
mati (ghaib).
Manakala di dalam Shi`ah sendiri tidak kurang
dari berlaku berbagai-bagai pecahan. Antaranya
Shi`ah Saba`iyyah (pengikut Abdullah bin Saba`
- Yahudi masuk Islam). Shi`ah Kaisaniah (pengikut Mukhtar bin Ubai), Shi`ah
Imamiyyah, Shi`ah Ismailiyyah, Shi`ah Zaidiyyah, Shi`ah Qaramitiyyah dan
lain-lain.
Antara akidah pegangan Shi`ah
Kepimpinan melalui imamah. Imam dilantik
melalui secara `tunjuk` dan pilihan dari kalangan ulama` mereka. Tetapi kini
kepimpinan negara turut sama menggunakan sistem pemilihan secara undi. Mereka
tidak mengiktiraf perlantikan Khulafa` al-Rashidin yang empat. Kepimpinan
imamah bermula dari Sayyiduna Ali dan turunan hingga 12 pertalian sebagaimana
disebut di atas. Ada pimpinan dipercayai secara ghaib.
Mereka menerima Hadith melalui imam-imam dan
menolak Hadith-Hadith kepimpinan yang lain dan sebahagian perawi-perawi yang
tidak diiktiraf mereka.
Mereka tidak menggunakan Al-Qur`an Mushaf
`Uthman yang sebagaimana kita gunakan, sebaliknya mereka menggunakan Al-Qur`an
mushaf Ali.
Mereka mempunyai i`tiqad yang dinamakan
`Taqiyyah`. (menyembunyikan kefahaman).
Mereka
tidak menerima `ijma` sebagai sumber hukum. Juga tidak menerima konsep qiyas.
Mereka menghalalkan nikah mut`ah dan cerai
tolak tiga serentak dikira jatuh satu talak sahaja. Antara falsafah yang lahir
dari faham Shi`ah ialah falsafah wahdat al-wujud. Dan banyak lagi kelainan
pegangan mereka berbanding dengan pegangan Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment