BBB, 23
Jamadil Akhir 1`4327 = 01` April 2016 (Jumaat):
Pertanyaan
dan azab kubur antara keimanan
* Nikmat, azab dan
di mahsyar kebangkitan
Dikatakan dikembalikan jisim tubuh
sekalian * Tapi ada yang tidak berpendapat sedemikian
Tiada khilaf tentang anbiya` kebangkitan *
Sebagaimana di dalam nas
dinyatakan
Soal yang dibicarakan ialah balasan baik dan
buruk mulai dirasai di dalam kubur. Soal adakah dibangkiykan dari kubur sebagai
jisim sediakala. Pendapat seperti
sediakala ini adalah tahqiq, berlainan dari Mu`tazilah yang tidak sependapat.
Tetapi tidak khilaf dari segi anbiya. Di dalam kubur juga berlaku soal dari
Munkar dan Nakir sebagaimana diyakini.
Penggubah matan pergi lebih detail:
Soal dikembalikan sifat tubuh dibincang *
Dua pendapat antara asal dan
berlainan
Pendapat kukuh menerut pola sediakala bagi
setiap orang. Kata Penggubah:
Soal hisab menjadi keimanan *
Adalah hak, tiada padanya keraguan
Kejahatan dibalas setimpal kejahatan *
Bagi kebaikan balasan digandakan
Menjauhi dosa besar dan keampunan * Kebajikan sekecil berwudhu` dihisabkan
Hari akhirat, huru hara penungguan *
Adalah haq mohon Tuhan ringankan.
Penggubah matan dan Sharih membicarakan soal
kematian, soal dalam kubur, kebangkitan hari mahsyar dan sebagainya begitu
detail dan tidak perlu ditambah dari segi huraian.
Selepas membicarakan tentang soal kubur,
pertanyaan, kebangkitan dan hisab Penggubah beralih membicarakan tentang
Al-Mizan (Timbangan). Kata Penggubah:
Demikian percaya kepada timbangan dan
neraca * Ditimbang semua catatan amalan semua
Demikian titian sirat juga dipercaya + Berlainan laluan menurut amalan jua.
Dari timbangan dan titian sirat Penggubah berpindah kepada: kepercayaan:
Dan `Arasy, Kursi dan juga qalam *
Penulisan pada lauh hikmat catatan
Sebagai tercatat wajib beriman * Wahai insan sebagaimana disenaraikan.
Seterusnya percaya sebagaimana digubahkan:
Neraka
sebagaimana syurga adalah balasan
* Tiada pilihan setiap berdepan
hukuman
Tempat balasan syurga bagi yang bahagia *
Tempat azab sengsara bagi yang
durhaka
Termasuk soal keimanan kata Penggubah:
Wajib pula iman kita dengan Kauthar * Keistimewaan Nabi kita seperti dalam athar
Meminum darinya berbagai pihak *
Yang layak sebagai janji bagi
yang berhak
Seterusnya berhubung dengan persoalan shafa`at
kata Penggubah Matan:
Dan shafa`at bagi pemberi shafa`at * Nabi
Muhammad mendahului dari segi shafa`at
Selain dari Baginda dari yang direda
pilihan * Memberi shafa`at sebagaimana
dalam perkhabaran
Harus mendapat keampunan selain dari kuffar *
Maka jangan kita menuduh orang mu`min dengan kufur
Siapa meninggal tidak bertaubat dari dosa *
Persoalannya trepulang kepada Tuhan nasibnya.
Walau
bagaimana dari segi hukum lahir yang berdosa akan dihukum dan dibalas
dengan sebab dosanya. Kata Penggubah Nazam:
Wajib mengi`tiqad mereka yang melakukan * Dosa besar diazab tanpa di neraka
berkekalan
Disifatkan syahid peperangan terus hidup *
Dengan rezeki bagai dari syurga diperuntuk
Selepas membicarakan tentang kematian dan hari
akhirat Penggubah Matanb dan Sharih kembali membicarakan persoalan yang
dihadapi di dalam kehidupan realitI:
Rezeki bagi satu kaum apa yang dimanfaat * Ada
kata tidak; bergantung pada yang didapat
Ketahuilah Allah menyediakan halal rezeki *
Elaklah dari yang makruh, haram jangan dicari
Pihak Sharih menurunkan pendapat mengenai
rezeki, katanya:
Menurut Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah, erti
nama rezeki itu barang suatu yang diberikan Allah Ta`ala akan hambanya serta
memanfaatkandia. Dan rezeki itu, tiada khusus kepada yang bersifat makanan,
tetapi barang suatu yang dianugerahkan bagi hambanya itu rezeki namanya sama
ada makanan atau pakaian atau ilmu atau barang sebagainya.
Dalam maksud kini rezeki, ialah segala sumber
dapatan yang diusahakan secara betul dan halal yang daripadanya digunakan bagi
kepentingan kehidupan sama ada individu, maupun masyarakat melalui perusahanan-perusahaan
dan sebagainya.
Dalam kata lain carilah rezeki dari perkara
yang halal dan baik, kerana rezeki yang halal dan baik memberi kesan yang baik
pada diri dan keluarga yang sama memanfaatkan rezeki, demikian rezeki yang tidak
halal dan tidak baik memberi kesan tidak baik kepada diri dan keluarga.
Sekian.
No comments:
Post a Comment