August 31, 2017

UNGKAPAN ABU SA`ID AL-KHARRAZ YANG HALUS-MENDALAM


BBB, 08 Dzul-Hijjah 1438H. = 30 Ogos 2017M. (Rabu):
Di dalam mencari sumber tokoh sufi yang dibicarakan,ini kerana pada dasarnya Al-Hujwiri membicarakan  tokoh yang dipilih amat terhad, pendek dan memerlukan rujukan kepada sumber-sumber yang lain, namun di dalam membuat rujukan seperti kepada Al-Risalat al-Qushairiyyat oleh Al-Qushairi  maklumat di dalamnya mengenai  tokoh yang dibicarakan ini adalah ringkas, bahkan di dalam kitab  Jamharat al-Awliya` oleh Mahmud Abu al-Faydh maka tidak kedapatan tokoh berkenaan, nama-nama yang dikemukan oleh Al-Hujwiri hamp[r semuanya kedapatan di dalam Tabaqat al-Sufiyyah oleh Al-Sullami, sesungguhnya kitab Tabaqat al-Sufiyyah adalah kitab toloh-tokoh sufi yang paling lengkap, termasuk membicarakan tentang Abu Sa`id al-Kharraz di atas.
Nama lengkap bagi Abu Sa`id al-Kharraz ialah, Ahmad bin `Isa. Dia adalah dari ahli Baghdad. Dia bersahabat dengan Dzu al-Nun al-Misri, Abu `Abdullah al-Nabaji, Abu `Ubaid al-Bisri, juga bersahabat dengan Sari al-Saqti dan Bishr  al-Harith dan lain-lain lagi.
Dia dari kalangan imam kaum dan shaykh tertinggi kalangan mereka itu. Dia adalah pemula yang bercakap mengenai doktrin fana` dan baqa`. Dia meninggal pada tahun 279H.
Beliau  berada di dalam sanad meriwayatkan Hadith:
Mengkhabarkan kami Abu al-Fath Yusuf bin `Umar bin Masrur  al-Zahid di Baghdad berkata, bercakap kepada kami `Ali bin Muhammad al-Mis*ri, bercakap kepada kami Abu Sa`id Ahmad bin  `Isa  al-Kharraz al-Baghdadi al-Sufi, bercakap kepada kami `Abdullah bin Ibrahim al-Ghifari, bercakap kepada kami Jabir ibn Sulaim daripada Yahya bin Sa`id, daripada Muhammad bin Ibrahim, daripada A`ishah r.`anha berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Buruk akhlak adalah keji, dan kejahatan kamu seburuk-buruk akhlak.``
`Umar bin `Abdullah al-Farghani berkata, aku mendengar Ibn al-Katib berkata, aku mendengar Aba Sa`id bin al-Kharraz berkata, `Sesungguhnya Allah Ta`ala menyegerakan roh-roh awliya`nya merasa lazat dengan dzikirnya, dan sampai mendekatiNya dan bersegera ne`mat bagi tubuh badan mereka itu dengan apa yang mereka capai dari segi maslahah mereka dan membalas kepada mereka dengan apa keadaan, maka hidup badan mereka di dalam keadaan kebaikan dan hidup roh mereka di dalam rahmat rabbani. Mereka mempunyai dua lisan – lisan pada batin, mengetahui ciptaan Pencipta dan lisan pada zahir, mengetahui ilmu kemakhlukan, maka lisan zahir bercakap tentang jisim-jisim yang lahit dan lisan batin bermunajat dengan roh mereka.``
Di soal Abu Sa`id al-Kharraz daripada `al-Uns` apa ia ? Katanya,
``Ceria hati dengan kedekatan kepada Allah Ta`ala. Dan kegembiraan dan ketenangan denganNya. Dia dengan keindahan, kontras dengan luaran. Dia mesra dan ceria.``
Abu Bakar al-Zaqqaq berkata,  Abu Sa`id, minta ditulis apa yang dikata,
``Bahawa sesungguhnya Allah Ta`ala menjadikan ilmu dalil kepadanya untuk mengetahuiNya. Dia menjadikan hikmat rahmat dan bagi mesra denganNya. Maka ilmu dalil kepada Allah, ma`rifat penunjuk kepada Allah. Dengan ilmu dapat dicapai maklumat, dengan ma`rifat dicapai ma`rufat. Ilmu dipelajari, ma`rifat  dita`arruf. Dengan ma`rifat dicapai ta`rif al-haqq, dengan ilmu dicapai ta`rif makhluk dan faedah berterusan.``
Berkata Abu Salih berkata Abu Sa`i d al-Kharraz,
``Umpama diri (al-nafs) seperti air yang tenang, bersih dan jernih. Kalau engkau gerakkan akan zahirlah dari bawahnya daripada keladak. Begitulah nafsu akan zahir  ketika diuji yang tepat dan yang bersalahan. Siapa yang tidak mengetahui apa yang ada di dalam dirinya, maka bagaimana ia hendak mengetahui tentang Tuhannya.``
Berkata Muhammad al-Hariri, dia mendengar Aba Sa`id al-Kharraz berkata,
Tentang makna sabda Nabi s.a.w.  bermaksud,
``Terpaut hati mengasihi siapa yang membuat baik kepadanya.``
Wahai ajaib siapa  yang tidak melihat kebaikan Allah. Bagaimana dia tidak cenderung dengan keseluruhan dirinya kepadaNya.``
Berkata Muhammad bin `Ali al-Kattani, aku mendengar Aba Sa`id al-Kharraz berkata,
``Bagi para `arifin ada khazanah-khazanah yang menyimpan ilmu-ilmu yang gharib, berita-berita `ajaib, bercakap mengenainya lisan yang abadi dan mengkhabarkannya dengan lisan yang azali.``
Berkata Abu Sa`id,  Kalaulah tidak  Allah Ta`ala memasukkan Musa a.s salam pada lindungannya nescaya menimpa Musa sebagaimana  dialami bukit (tursina).
Berkata Abu al-`Abbas al-T*a`an berkata Abu Sa`id al-Kharraz,
``Yang mencintai  melakukan segala yang menyenangkan yang dicinta, dan tidak membiarkan sebarang gangguan menjejaskan dan tidak suatu yang merugikan. Dia berpuisi:
Tertanya-tanya tentangnya adakah pengutus berita ?
Tiada ceria bagiku selama  tiada apa yang  diterima
Kalau aku tahu di mana  khemah keluarganya  didiri
Di mana negeri  mereka  berlabuh penuh menanti ?
Bayu berhembus  membawa berita  berlalu
Cukup bagi pertanda  bagiku menghala tuju.
Demikianlah ungkapan Abu Sa`id al-Kharraz yang halus dan mendalam untuk direnumgi.

Sekian.

August 30, 2017

NASIHAT DAN PANDUAN DARI ABU BAKAR AL-WARRAQ


BBB,  07 Dzul-Hijjah 1438H. =  29 Ogos 2017M. (Selasa):
Abu Bakar al-Warraq, beliau ialah Muhammad bin `Umar al-Hakim, Berasal dari Tirmidzi dan menetap di Balkh. Dia berkesempatan bertemu dengan Muhammad bin Khadhrawayh dan bersahabat dengannya, juga bersahabat dengan Muhammad bin Sa`ad bin Ibrahim al-Zahid dan Muhammad bn `Umar bin Husham al-Balkhi.
Abu Bakar menulis klitab-kitab terkenal di dalam bidang riyadhiyat, muamalat dan adat.
Beliau mempunya sanad di dalam Hadith:
Mengkhabarkan kam  oleh `Ali bin al-Husain al-Balkhi berkata, bercalap kepada kami Muhammad bin Muhammad bin Hatim, bercakap kepada kami Abu Bakar Muhammad bin ``Umar al-Warraq al-Balkhi pada Darb al-Niswah, berkata, mengkhabarkan kami Abu `Imran, Musa bin Hizam, bercakap kepada kami Abu Usamah daripada `Umar bin Hamzah, daripada `Abd al-Rahman bin  Abi Sa`id, daripada Abi Sa`id al-Khudri berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Bahawasanya daripada sebesar-besar amanah di sisi Allah  lelaki yang jujur terhadap isterinya dan dia juga jujur kepadanya, kemudian dia membuka rahsia perempuannya.``
Abu Bakar al-Warraq adalah juga seorang penulis buku. Menurut Al-Hujwiri, bahawa Abu Bakar telah memberi sebuah buku kepada sahabat agar melemparkannya ke dalam sungai. Bila berjumpa dengan Abu Bakar al-Wrraq, ditanya tentang buku itu, dikatakan sudah dicampak dalam sungai, pada hal dia tidak campaknya ke dalam sungai.
Berhubung dengan cerita ini ada dua perkara yang tidak wajar, apa lagi dinisbahkan kepada sufi, iaitu tidak bercakap benar  pihak yang diminta  oleh Abu Bakar al-Warraq melemparkan buku di dalam sungai dan berdusta menyatakan dia sudah melemparkannya, tetapi sebenarnya tidak. Kedua ialah perbuatan membuang buku atau kitab ke laut juga kurang wajar, ianya dapat ditafsirkan sebagai menghina ilmu. Walau bagaimana apa yang terdapat di dalam Kashf al-Mahjub ini, tidak tercatat cerita sedemikian baik di dalam Al-Risalat al-Qushairiyyah oleh Al-Qushairy dan tidak terdapat juga di dalam T*abaqat al-Sufiyyah oleh  Al-Sulami. Mungkin ianya merupakan ciri kreativiti di dalam penceritaan tokoh sufi, namun di dalam kreativiti juga harus dijaga dari segi etika dan nilai ketasawufan, agar tidak merosakkan kemurnian tasawuf.
Berkata Abu Dzarr al-Tirmidzi, aku mendengar Aba Bakr al-Warraq berkata,
``Ada tiga golongan di kalangan manusia, iaitu `ulama`,  umara` dan qurra` (pembaca). Dan apabila rosak umara` rosaklah kehidupan (ekonomi), dan apabila rosak `ulama` rosaklah ketaatan dan apabila rosak qurra` rosaklah akhlak.``
Ahmad bin Sa`id berkata, aku mendengar Aba Bakr al-Warraq berkata,
``Bersyukur ne`mat menyaksikan Pemberi dan (menjaga hormat).
Mendengar Ahmad bin Muzahim berkata, aku mendengar Aba Bakr al-Warraq berkata,
``Bagi hati ada enam perkara, hidup dan mati,  sihat dan sakit, jaga dan tidur, khianat dan jujur,  mati dalam kesesatan, bersih (jernih) dan kotor, jaga dan dzikir dan tidur beserta lalai.
Tiap satu dari di atas ada alamat:
Alamat hidup ialah berkeinginan dan gerun, walaupun maut mendatang.
Alamat sihat dan kuat lazat, walaupun sakit juga mengancam
Alamat jaga ialah mendengar dan melihat dan tidur berlainan dari demikian.
Berkata Abu Bakar, ``Bersahabat dengan orang berakal dengan menurut mereka, dengan orang zahid dengan elok ibadat dan dengan orang bodoh dengan banyakkan sabar.``
Berkata Abu Bakar, ``Adab bagi yang `arif sebagai taubah bagi pemula (bertasawuf).
Berkata Abu Bakar al-Warraq, ``Manusia di dunia ada empat golongan,
`` Menerima rahmat,  kena tipu, menerima akibat dan melakukan kemunkaran.``
Berkata Abu Bakar al-Warraq, Siapa yang sihat ma`rifat, ketara haibah dan khashyahnya (takutnya).
Berkata Abu Bakar al-Warraq: `` Umara` hukma` di belakang nabi-nabi dan bukan selepas  nubuwwah, Cuma dari segi hikmah, mengenai hikmah perkara-perkara. Daripada alamat hikmah  bahawa lebih banyak berdiam dan bercakap menurut keperluan.``
Berkata Abu Bakar al-Warraq, ``Berwaspada dari  bersahabat dengan sultan dan bersama  diri engkau dengannya, dan dari raja dari bergantung  penghidupan, dan dari orang kaya berhubung dengan pemilikan engkau dan peniaga dari mengekalkan hak engkau dan perempuan dan anak-anak dengan hati engkau, orang fasik dan bid`ah terlibat dengan dosa, para fuqara` dan pemilikan dan para `ulama dari segi  keilmuan dan kawan-kawan dari segi kelebihan dan muru`ah.``
Berkata Abu Bakar al-Warraw, ``Kesilapan boleh membawa kepada perseteruan dan perseteruan mengundang bala.``
Berkata Abu Bakar al-Warraq, ``Siapa yang mengasyikkan dirinya membawa kepada takbur dan hasad.``
Berkata Abu Bakar, ``Jangan bersahabat dengan orang yang memuji apa yang tidak ada pada engkau.``
Dan berkata Abu Bakar al-Warraq, bahawa keyakinan adalah cahaya yang mengambil cahaya dengannya  ahwalnya.
Demikian asihat dan panduan dari  Abu Bakar al-Warraq.

Sekian.

August 29, 2017

KATA-KATA MUHAMMAD BIN `ALI AL-TIRMIDZI : CERMIN KEBIJAKSANAAN


BBB, 06 Dzul-Hijjah 1438H. = 28 Ogos 2017M. (Isnin):
Dia adalah tokoh  berwibawa di dalam banyak bidang ilmu. Nama lengkap bagi Muhammad bin `Ali al-Tirmidzi ialah Muhammad bin `Ali bin al-Hasan. Kunyahnya Abu `Abdullah.
Berkesempatan dengan Abu Turab al-Nakhshabi dan bersahabat dengan  Yahya al-Jala`, Ahmad bin Khadhrawayh.  Dia adalah dari kalangan shaykh terpenting  di Khurasan. Beliau belajar dan menguasai banyak bidang ilmu, khususnya tasawuf.  Dia mendalami tauhid, fiqh,  Hadith, tafsir.  Beliau belajar fiqh dengan sahabat rapat Imam Abu Hanifah.
 Begitu juga beliau  mendalam bidang bahasa yang bahasa dalam karangan-karangannya  begitu lancar. Banyak kitab yang dihasilkan oleh Muhammad bin `Ali  al-Tirmidzi. Antara yang dicatat oleh Al-Hujwiri ialah:
Khatm al-Wilayah  (Tasawuf), Kitab al-Tauhid (`Aqidah)
Nawadir al-Us*ul   (Us*ul)  ,   Kitab al-Nahj  (Bahasa),
`Adzab al-Qabr  (Fiqh-`Aqidah), (Tafsir  (Tak siap).
Aku mendengar Mansir bin `Abdullah berkata, berkata  Muhammad bin`Ali al-Tirmidzi,
``Tidaklah kejayaan (al-fauzu) dengan banyaknya amalan, sesungguhnya  kejayaan  bergantung kepada ikhlas.``
Nerkata Muhammad bin `Ali, ``Daripada  syarat menjadi khadam ialah tawadhu` dan penerimaan.
Dengan sanad ini berkata Muhammad bin `Ali, `` Manusia di dalam mendengar hikmah dua jenis, iaitu yang berakal dan yang bekerja. Yang berakal, menerima  dengan pertimbangan dan kefahaman. Adapun yang bekerja, lebih kepada patuh dan memberi khidmat tenaga.``
Berkata Muhammad bin `Ali, ``Tiada di dunia lebih berat tanggungan daripada kebajikan, kerana siapa yang  mempercayai kebaikan engkau , maka engkau hendaklah laksanakan, dan sesiapa yang merenggangkan dengan diri engkau, dia menolak engkau.``
Berkata Muhammad bin `Ali, ``Memadalah manusia dengan keaiban yang dijangka baik, pada hal dia memudharatkannya.``
Aku mendengar Aba al-Husain al-Farisi berkata, aku mendengar Hasan bin`Ali berkata,, aku mendengar Muhammad bin `Ali al-Tirmidzi berkata,
``Do`a orang yang muwahhidin kepada solat lima waktu,, mendapat rahmat daripadanya kepada mereka itu, maka disediakan bagi mereka  itu segala macam dhuyuf, bagi hamba mencapai kemesraan dari kata-kata dan perbuatan-perbuatan dan berbagai kurniaan, maka perbuatan seperti makan dan perkataan seperti minuman dialami yang muwahhidin.``
Berkata Muhammad bin `Ali, ``Orang berakal, siapa yang takut kepada Tuhannya dan muhasabah tentang dirinya.``
Berkata Muhammad bin `Ali, ``Siapa yang jahil dari sifat-sifat`ubudiyyah, maka dia lebih jahil daripada sifat-sifat Rububiyyah.``
Berkata Muhammad bin `Ali, ada lima jenis kebaikan, ``Kebaikan (s*alah) bagi anak-anak menulis membaca di madrasah, kebaikan perompak dalam penjara, kebaikan perempuan di rumah, kebaikan pemuda mempelajari ilmu, dan kebaikan orang tua di masjid.``
Berkata Muhammad bin `Ali, Allah menjamin rezeki bagi hamba-hambaNya dan difadhukan ke atas mereka bertawakkal.``
Berkata Muhammad bin `Ali, ``Hakikat mahabbah kepada Allah, ialah berterusan mesra dengan mendzikirkanNya.``
Berkata Muhammad bin `Ali, ``Orang mu`min ceria pada wajahnya, tetapi duka pada hatinya, sedangkan orang munafik, duka pada wajahnya dan ceria  di dalam hatinya.``
Berkata Muhammad bin `Ali,
``Hendaklah engkau jadikan muraqabah engkau kepada Yang Tidak Ghaib daripada melihat engkau dan jadikanlah syukur engkau kepada  Siapa yang tidak memutuskan ne`matNya kepada engkau. Dan jadikanlah khudhu` engkau  bagi yang tidak keluar dari milikNya dan pemerintahan (kekuasaanNya).``
Berkata Muhammad bin `Ali,  ``Miliki hati dengan sempurna takut dan miliki  diri dengan sempurna taqwa.``
Berkata Muhammad bin `Ali, ``Yang mengungkap dan bercakap apabila tahqiq darjah kedua-duanya dia tidak takut dari celaan diri sebagaimana Nubuwwah terpelihara dari  tipuan syaitan, begitu juga dengan kalimah dan percakapan ditegak dengan mengelak dari nafsu dan fitnahnya, terpelihara  hak dan ketenangan, kerana ketenangan melindungi kalam dan pengungkapnya dan dirinya.``
Disoal, Muhammad bin `Ali,  ``Adakah takut orang yang bercakap daripada  kekejian akibat >
Maka katanya, ``Takut ialah kegerunan dan kegoncangan. Dia adalah sebagai lintasan-lintasan yang kemudian menghilang. Sesungguhnya Allah tidak  suka pengeruhan keadaan.``
Demikianlah ungkapan-ungkapan Muhammad bin `Ali yang berpengetahuan di dalam banyak bidang. Kata-katanya cermin kebijaksanaannya.

Sekian.

August 28, 2017

PENDAPAT MUHAMMAD BIN AL-FADHL YANG BERNAS


BBB, 05 Dzul-Hijjah 1438H. = 27 Ogos 2017M. (Ahad):
Muhammad bin al-Fadhl al-Balkhi. Dia adalah Muhammad bin Al-Fadhl  bin al-`Abbas bin H*afs*, kunyahnya Abu `Abdullah. Dia diterima baik oleh orang `Iraq dan Khurasan, tetapi dikatakan dia diusir dari  Balkh kerana cintanya terhadap Tasawuf. Dia pergi ke Samarqand dan menetap di sana. Dan meninggal di sini pada tahun 317H.
Dia bersahabat dan berguru dengan Muhammad bin Khudhrawayh dan lain daripadanya dari kalangan shaykh-shaykh. Dia dianggap shaykh tertinggi di Khurasan. Abu `Uthman tidak cenderung kepada shaykh-shaykh sebagaimana dia cenderung kepada Muhammad bin al-Fadhl al-Balkhi.
Menurut Al-Hujwiri adalah diriwayatkan, bahawa Muhammad bin  al-Fadhl  al-Balkhi adalah kental dengan pegangan  sunnah, beliau berkata, ``
``Orang yang paling kenal Islam ialah  yang berjuang keras bagi memenuhi tuntutan Islam.``
Menurut Mansur bin `Abdullah berkata,, berkata Muhammad bin al-Fadhl  berkata,
``Semakin  jauh seseorang itu dari Islam, maka semakin kendur dengan jiwa  perjuangan keislaman.`
Dicatat kata-kata Muhammad bin al-Fadhl,  bahawa ``Dia kagum melihat seorang hamba yang sanggup menyediakan persiapan dan sanggup merentas hutan belantara dan juga padang pasir untuk sampai ke Rumah Suci itu dan juga kerana di situlah jejek perjuangan Nabi di dalam menyibarkan agama Islam. Tetapi di sebalik kegigihan itu beliau berkata, mengapa yang  merentas ruang fizikal bermusafir, tidak sama mereka sanggup merentas ruang hawa nafsu untuk mencapai kalbu. Melaluinya seharusnya direntas perjalanan kalbu di dalam menuju Ilahi. Menurutnya hati adalah ka`bah bagi diri. Menurutnya lagi, manusia memandang kepada Ka`bah, sedang Allah memandang kepada kalbu. Kalbu adalah menjadi rumah kasih.
Aku mendengar  Muhammad bin `Abdullah berkata, ``Hilang Islam dengan sebab empat perkara:
Pertama: Mereka tidak ketahui yang mereka tidak ketahui.
Kedua:  Mereka bekerja (bertindak) dengan apa yang mereka tidak ketahui.
Ketiga: Mereka tidak belajar perkara yang mereka tdak tahu.
Keempat: Mereka menegah orang lain daripada belajar.
Dan berkata Muhammad bin Fadhl, ``Dunia ialah perut engkau, maka kadar zuhud engkau menurut perut engkau. Zuhudlah engkau dengan  dunia.``
Aku mendengar Aba al-Husain al-Farisi berkata,  aku mendengar A-Hasan bin `Alawiyyah berkata,, berkata Muhammad bin al-Fadhl:
``Ilmu  menyelamatkan, jahil menyesatkan, benar menolong, seteru  membahayakan, memutuskan hubungan adalah musibah, sabar adalah kuat, gopoh lemah, dusta melemahkan, benar kuat,, ma`rifat sadaqah dan akal adalah ujian.``
Berkata Muhammad bin al-Fashl, ``Turunkanlah diri engkau kepada tahap yang orang tidak berhajat kepadanya, engkau tidak dapat tidak padanya. Siapa yang memiliki dirinya dia mulia dan siapa yang dimiliki dirinya dia hina.``
Berkata Muhammad bin al-Fadhl, enam perkara yang mencerminkan kejahilan:
Marah tidak menentu, bercakap perkara yang tidak bermanfaat, memberi kepada bukan tempatnya, membuka rahsia, percaya kepada semua orang dan tidak mengenal kawan dan seteru.``
Berkata Muhammad bin al-Fadhl, ``Kesilapan  orang alim lebih jahat daripada kesalahan orang jahil.``
Kata Muhammad bin al-Fadhl, ``Siapa yang merasa kemanisan ilmu dia tidak sabar dengannya.``
Berkata Muhammad bin al-Fadhl.  ``Ilmu ada tiga, `Ilmu dengan Allah,  ilmu daripada Allah dan ilmu bersama Allah.``
Maka ilmu dengan Allah ialah mengetahui sifat-sifatNya
Dan ilmu daripada Allah, mengetahui   z*ahir  dan batin, halal dan haram, dan suruh dan tegah pada hukum-hukum.
Dan ilmu bersama Allah ialah ilmu tentang takut dan harap serta mahabbah dan shauq.
Kata Muhammabin al-Fadhl, Tangis ada dua tangisan.
Tangis para zahidin dengan keaiban mereka, dan tangis para `arifin dengan hati mereka.
Ditanya Muhammad bin al-Fadhl, ``Apa buah shukur ?, Katanya, ``Kasih kepada Allah dan takut kepadaNya.``
Dan disual Muhammad bin al-Fadhl tentang zuhud, maka katanya,
``Melihat kepada dunia dengan penglihatan yang kurang dan berpaling daripadanya tanpa ingatan dan siapa yang berjinak dengannya  dia menurunkan kadarnya.
Demikian pendapat Muhammad bin al-Fadhl yang bernas.


Sekian.

August 27, 2017

SAHL BIN `ABDULLAH AL-TUSTARI : PENDAPAT MENARIK


BBB, 04 Dzul-Hijjah 1438H. = 26 Ogos 2017M. (Sabtu):
Sahl bin `Abdullah al-Tustari, beliau  adalah Sahl bin `Abdullah bin Yunus bin `Isa bin `Abdullah bin Rafi`. Kunyahnya  ialah Abu Muhammad. Salah satu imam kaum dan `ulama` mereka. Juru cakap tentang ilmu-ilmu riyadhiyat, tentang ikhlas dan keaiban-keaiban perbuatan.
Dia  berguru dengan bapa saudara (sebelah) ibunya, Muhammad bin Siwar, dia berkesempatan dengan Dzu al-Nun al-Mis*ri pada tahun dia keluar  bagi menunaikan haji di Makkah. Dia meninggal pada tahun 283H. Dan ada yang berpendapat meninggal pada tahun 293H. dan dikatakan pada 283H. adalah  lebih sah.
Dia berada di dalam sanad Hadith:
Mengkhabarkan kami Yusuf bin `Umar al-Zuhdi di Baghdad, bekata, bercakap kepada kami `Ubaidullah Abu al-Qasim al-S*an`ani, bercakap kepada kami `Umar bin Was*il, bercakap kepada kami Sahl bin `Abullah al-Tustari, bercakap kepada kami bapa saudaraku (sebelah perempuan) Muhammad bin Siwar, daripada Ja`far bin Sulaiman, daripada Thabit, daripada Anas berkata,
``Adalah Rasulullah s.a.w. berperang dan bersamanya beberapa perempuan Ans*ar. Mereka memberi minum air dan mengubat orang yang luka``
Aku mendengar Aba Bakr, Muhammad bin `Abdullah bin Shadzan berkata, aku mendengar Aba S*alih al-Bas*ri berkata, aku mendengar Sahl bin `Abdullah berkata,
``Manusia itu tidur dan apabila mereka  terjaga mereka kesal dan apabila mereka kesal tidak memberi manfaat kepada mereka oleh kekesalan mereka itu.``
Aku mendengar Aba Bakr Muhammad bin `Abdullah bin Shadzan berkata, aku mendengar Al-Maliki al-Bas*ri  berkata, aku mendengar Sahl bin `Abdullah berkata:
``Tidaklah naik matahari dan tidak tenggelamnya  (ghurub), disebabkan oleh sesuatu di atas muka bumi, melainkan – jika berpendapat sedemikian, adalah jahil dengan Allah, melainkan mereka yang menyedari sebab Allah ke atas dirinya, isterinya, dunianya dan akhiratnya.``
Berkata Sahl, sedekat-dekat adab engkau tidak terjatuh kepada kejahilan dan pengakhiran adab engkau tidak jatuh kepada shubhah.``
Dan kata Sahl. ``Syukur dengan ilmu ialah beramal dan syukur dengan amal ialah menambahkan ilmu.``
Aku mendengar Abu Bakar al-Razi berkata, aku mendengar [Muhamma bin] Ahmad bin Salim berkata, aku mendengar Sahl bin `Abdullah berkata,
``Tidaklah  hati dan nafsu seseorang melainkan Allah memerhati ke atasnya sama ada pada waktu malam atau siang. (Maka mana-mana hati atau nafsu melihat kepada berhajat kepada yang lain daripadaNya akau bertapak padanya oleh Iblis.``
Dan berkata Sahl bin `Abdullah, ``Yang dijaga (didirikan) oleh kalangan sufi tiga perkara:
Memelihara rahsianya, menunaikan fardhunya dan menjaga kefaqirannya.``
Berkata Muhammad bin al-Hasan [bin al-S*abah] berkata, berkata Sahl.
``Amal-amal kebajikan dilakukan oleh orang yang suka berbuat kebajikan dan tidak oleh yang jahat, dan tidak menjauhi maksiat melainkan orang yang benar.``
Berkata Sahl bin `Abdullah, ``Siapa yang z*ann diharam daripadanya keyakinan,dan siapa bercakap perkara yang tidak berkenaan diharam baginya kebenaran dan siapa yang anggotanya melakukan apa yang tidak disuruh Allah dengannya, maka diharam  akannya al-wara`.``
Didengar dari Abu Bakar al-Farghani menghikayatkan daripada Sahl bin Abdullah berkata:
Fitnah ada tiga, Ftnah am daripada kehilangan ilmu. Fitnah khas daripada rukhs*ah dan ta`wil dan fitnah ahli al-ma`rifat daripada melazimkan hak waktu yang selalu tertunda kepada waktu kedua.``
Berkata Sahl bin `Abdullah, ``Usul kita ada tujuh:
Berpegang dengan kitab Allah Ta`ala., Menurut Sunnah Rasulullah s.a.w., makan perkara yang halal, menegah dari perkara bahaya, menjauhkan dosa, taubat dan  menunaikan hak-hak.``
Berkata Sahl bi `Abdullah, ``Siapa yang  suka memerhati perkara yang hak antaranya dan antara Allah, maka dia adalah orang berakal.``
Aku mendengar Ahmad bin al-Husain berkata, berkata Sahl,
``Siapa yang hatinya kosong daripada mengingati akhirat dia berdepan dengan waswas syaitan.``
Ibn `Is*am  berkata, aku mendengar Sahl bin `Abdullah berkata,
``Tidak ada yang menolong melainkan Allah, Tidak ada dalil melainkan Rasulullah s.a.w., tidak ada bekalan melainkan taqwa dan tidak amal melainkan sabar.``
Berkata Sahl, Al-Ayat bagi Allah, mu`jizat bagi anbiya`, karamat bagi awliya`, al-ma`unat (pertolongan) bagi murid-murid dan tamkin bagi ahli ai-khusus.``
Dan berkata Sahl bin `Abdullah:
Amalan dengan taufiq, taufiq daripada Allah dan  kuncinya do`a dan tadharru`.
Demkian pendapat Sahl yang menarik dan bernas.

Sekian.

August 26, 2017

`AMRU BIN `UTHMAN AL-MAKKI : CINTA DAN REDHA


BBB, 03 zu al-Hijjah 1438H. = 25 Ogos 2017M. (Juma`at):
`Amru al-Makki ialah,  `Amru bin `Uthman  bin Kurabi bin Ghus*as* dan kunyahnya  Abu `Abdullah. Dikatakan dia bersahabat dengan Al-Junayd dan bertemu dengan `Abdullah al-Nabaji. Dia bersahabat dengan Abi Sa`id al-Kharraz dan yang lain dari shaykh-shaykh peringkat awal.
Dia `alim dengan ilmu usul dan kalamnya indah..
Diriwayatkan daripada Muhammad bin Isma`il ,  Yunus bin `Abd al-A`la dan Sulaiman bin Sayf al-Jarabi dan selain  daripada mereka itu. Dia meninggal di Baghdad tahun 271H. Dan ada yang berkata tahun 297H. Yang pertama dikatakan lebih sahih.
`Amru Ibn `Uthman mempunyai  kedudukan sanad  bermula dari,
Abu Bakar  bin Shadzan hingga puncaknya kepada  Muhammad bin `Abdullah hingga terke atas ... `Abdullah bin Mas`ud berkata:
``Adalah kami berkata, sebelum difardhukan tashahhud:
``Al-Salam `ala Allah, wa al-salam `ala fulan.``
Berkata Abu Bakar Muhammad bin Ahmad al-Qanadili berkata, berkata `Amru bin `Utrhman al-Makki,
``Taubah adalah wajib bagi semua  dosa dan orang berdosa, kecil dosa atau besar. Dan tidak ada keuzuran bagi seseorang meninggalkan taubat, selepas terjatuh ke dalam ma`siat, kerana yang berdosa telah dijanji oleh Allah ke atas ahlinya dan tidak digugur janji (seksa) melainkan dengan taubat. Dan ini daripada apa yang diterangkan bahawa taubat adalah fardhu.``
Dengan sanad yang sama  seperti di atas berkata  `Amru bin `Uthman al-Makki,
``Ketahuilah bahawa, tiap-tiap apa yang ditohmah oleh hati engkau dan apa yang berlari dalam fikiran engkau atau terlintas pada  permukaan hati engkau daripada keindahaan, terang,, kejinakan , cahaya, cantik atau huduh, terang  atau, bayang, orang atau khayalan, maka Allah Ta`ala jauh daripada seperti yang disebut. Bahkan Dia lebih Agong, Tinggi dan Lebih Besar. Tidakkah engkau mendengan akan firmanNya yang bermaksud:
``Tidak menyamaiNya oleh sesuatu.`` (Al-Shura: 11).
Dan firmanNya bermaksud:
``Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tiada bandingan (setara) denganNya oleh sesuatu.`` (Al-Ikhlas:  3-4).
Dengan sanad yang sama berkata `Amru:
``Yang bermuru`ah ialah yang melupakan daripada kesilapan kawan-kawan.``
Dengan sanad yang sama kata `Amru:
``Tidak menepati oleh kata untuk menggambarkan wajdan di dada, kerana ia adalah rahsia Allah Ta`ala di sisi orang mu`minin yang  muqinin.``
Dengan sanad yang  sama berkata `Amru,
``Allah mengajar NabiNya s.a.w. apa yang padanya ada shifa`, himpunan pertolongan, kepentingan ibadat – FirmanNya bermaksud:
``Dan jika engkau dihasut oleh sebarang hasutan syaitan, maka hendaklah engkau berlindung dengan Allah. Dia Amat Mendengar, lagi Amat Mengetahui.``
Dengan sanad yang sama kata `Amru, ``Ma`rifat adalah berterusan mahabbah kepada Allah Ta`la,, berterusan takut kepadaNya, berterusan menerimaNya, berterusan bangkit hati mendzikiriNya, Dia adalah ilmu berkait dengan hati dan keterbukaan azam, menyalin kemahuan dan menghidupkan keilmuan.``
Dan dengannya berkata `Amru, ``Ma`rifat ialah sihat tawakkal kepada Allah Subhanahu wa Ta`ala.``
Dan dengannya kata `Amru, ``Ketahuilah bahawa mahabbah termasuk di bawah redha. Dan tidak ada mahabbah melainkan dengan redha. Dan tidak ada redha melainkan dengan mahabbah, kerana engkau tidak akan cinta, melainkan apa yang engkau redha. Dan diredhai. Dan tidak ada redha, melainkan apa yang engkau kasihi.``
Dengan sanad yang sama kata `Amru, ``Harap adalah termasuk di bawah mentahqiqkan redha.``
Abu `Ali al-Isbahani berkata, aku mendengar `Amru bin `Uthman al-Makki berkata,
``Aku tidak bersahabat dengan seseorang yang memberi manfaat kepada diriku sahaja, tetapi bersama seperti Abu  `Abdillah al-Nabaji.``
Demikianlah  `Amru bin `Uthman al-Makki lebih didominasi pendangan tentang:
Keperluan kepada taubat bagi membersih diri bagi mendekati Ilahi. Dia adalah langkah permulaan bag i perjalanan rohani.
`Amru menyebut tentang raja` an sabar di dalam menuju ma`rifat.
Puncak bagiperjalanan rohani yang tidak disebut secara detail ialah memupuk `Cinta Ilahi` yang antaranya disebut kepada tahap sabar dan redha.
Katanya, ``Tiada cinta tanpa redha dan sebaliknya.``



Sekian.

August 25, 2017

SHAH AL-KIRMANI : BERKETURUNAN DIRAJA


BBB, 02 Dzul-Hijjah 1438H. = 24 Ogos 2017H. (Khamis):
Shah al-Kirmani ialah Shah bin Shuja`, Abu al-Fawaris. Dia adalah berketurunan raja. Dia dikatakan berasal dari Marwi.
Dia bersahabat dengan Abu Turab al-Nakhshabi dan Abu  `Abdillah al-Durra` al-Basri dan Abu `Ubaid  al-Sirri.
Dia adalah kalangan pemuda yang utama dan `ulama` bagi generasinya. Dia menghasilkan beberapa risalah terkenal dan sebuah kitab tasawuf yang terkenal yang diberi juduL;
                               Mir`at al-Hukama`
Dengan penghasilan risalat-risalat berhubung dengan tasawuf mencerminkan kemampuan Shah di dalam bidang  tasawuf sehingga dapat menghasilan risalah-risalah tasawuf. Kita tentu lebih berminat pada apa yang ditulis di dalam risalah-risalah berkenaan. Keinginan tahu kita lebih memuncak  yang Shah juga  menghasilkan sebuah buku berjudul Mir`at Hukama` yang bermaksud: `Cermin Para Hukama`. Dari judulnya tercermin ada yang dibicarakan selain dari persoalan tasawuf dan lebih mendalam mengenai  kata-kata hukama` yang tentulah mendalam, sesuai dengan judul Cermin Hukama` dan dari kitab ini dapat difahami tentang falsafah dan doktrin tasawuf ? oleh Shah al-Klirmani.
Shah al-Kirmani pernah ke Naisaburi bagi menziarah Abi Hafs* dan bersamanya Abu `Uthman al-Hiri.  Dia meninggal sebelum tahun 300 H.
Kata pengarang, aku melihat tulisan datukku,  Abi `Amri Isma`il bin Majid, berkata Shah bin Shuja` al-Kirmani, Orang `arif sebok tertumpu  dengan tiga perkara:
Dengan melihat kepada yang disembahnya secara mesra.
Mulahaz*ah dengan tujuan dan faedah, dan bersyukur dengannya, dan
Mengingat akan dosanya yang dikenalpasti dengannya dan dia bertaubat daripadanya.
Berkata Shah al-Kirmani, ``Siapa yang bersahabat dengan engkau dan menyetujui dengan engkau apa yang dia suka dan menyalahi engkau apa yang engkau benci, sesungguhnya dia bersahabat dengan hawa nafsunya. Dan siapa yang bersahabat dengan hawa nafsunya, maka dia menuntut kerehatan dunia.
Katanya, berkata Shah, ``Bekerjalah dengan ketaatan sehingga memberi kesan kebersihan pada yang diharapkan. Dan lihatlah kemungkinan kekotoran padanya.
Aku mendengar Aba al-Husain al-Farisi berkata, aku mendengar Aba al-Ansari berkata di As*taghr, aku mendengar Shah al-Kirmani berkata, ``Bagi ahli yang mempunyai kelebihana ada kelebihan (fadhl), selama dia tidak melihatnya,, maka jika mereka melihatnya, maka tiada lagi kelebihan. Dan bagi ahli  wilayah ada wilayah, selama dia tidak melihatnya, maka apabila mereka melihatnya, maka tiada  lagi wilayah bagi mereka.
Katanya, kata Shah, ``Orang yang cerdik adalah dari tabiat orang yang merdeka,, dan keji dari sifat kehinaan, apa yang diibadat dengan sedar lebih dari mengasihi para auliya` Allah daripada apa yang mereka suka.
Katanya, berkata Shah, ``Kasih kepada awliya` Allah dalil kasih kepada Allah.
Katanya, berkata Shah, ``Berpaling daripada kebenaran adalah kekejian.``
Katanya, berkata Shah, Tanda kecenderungan kepada yang batil mendekatkan kepada kebatilan.``
Katanya, berkata Shah, ``Siapa yang mengenal Tuhannya,  loba dia pada memohon keampunan (mengharapkan kelebihanNya).
Katanya, kata Shah, ```Alamat hikmah ialah mengenal kadar manusia.``
Katanya, berkata Shah, ``Alamat taqwa ialah wara` dan alamat wara` terhenti bila berdepan shubahat, alamat takut adalah dukacita, dan alamat raja`, ialah elok ketaatan dan alamat zuhud pendek angan-angan.``
Katanya, berkata Shah, ``Apa yang ditakjub seorang tentang dirinya membawa dia kepada terlindung dari  Tuhannya.``
Katanya, berkata Shah, ``Siapa yang mengenal Tuhannya, dia lupa selain daripadaNya, siapa yang  jahil daripada Tuhannya, dia menggantug harap selain daripadaNya. Siapa yang bermegah dengan ilmu yang dicapai dan sombong dia jahil, rugi dan keciwa.``
Dan katanya, berkata Shah, ````Orang jahil pada ilmu, maka dia dijahilkan, bagaimana boleh dikatakan dia alim dengan dirinya, sebenarnya dia berada di dalam kegelapam.``
Ungkapan-ungkapan Shah al-Kirmani, ternyata kebanyakannya ringkas-ringkas dan padat dan ada mirip kepada ungkapan kata-kata hikmah.
Semoga pendapat dapat direnung dan mendapat manfaat.

Sekian.

August 24, 2017

ABU HASAN SAMNUN AL-KHAWAS*S* SUKA BERPUISI


BBB, 01 Dzul-Hijjah 1438H. = 23 Ogos 2017M. (abu):
Nama sebenarnya ialah  Samnun bin Hamzah dan dikatakan Samnun bin `Abdullah,  Abu al-Hasan al-Khawas*s*, juga digelar `al-Muhibb`. Dan dikatakan kunyahnya Abu al-Qasim. Dia bersahabat dengan Sari al-Saqti dan Muhammad bin `Ali al-Qas*s*ab dan Aba Ahmad al-Qalanisi. Dia begitu mesra dan mahir bercakap tentang `Cinta`, tema cinta banyak diungkapkan dalam puisi-puisnya. Dia dianggap salah seorang pembesar dan shaykh di Iraq. Dia meninggal selepas Al-Junayd (tahun ?). Dia mencapai ketinggian intuisi rasa dan wajdan, dan merasa mesra dengan ungkapan berkenaan wajdan dan kecintaan.
Menurut Abu Hasan bin Zur`an,  sekali dia bersama Samnun, dia mendengar sedu, kemudian dia berkata, ``Jika terungkap dengan kuat dari seorang mencintai Ilah, ku gembira mendengar. Ia adalah keluar dari jiwa yang mencintai (Allah).
Demikian Abu Bakar al-`Ajjan berkata,  dia mendengar Samnun berkata, ``Apabila terbuka  kemurahan hati juga kebaikan maka dia menghapuskan dosa yang lalu dan mendatang dan apabila nyata, mata yang bersifat pemurah, menghapuskan kekejian dengan kebaikan.``
Berkata Ibrahim bin al-Maulid, berkata Samnun al-Muhibb, ``Tidak berubah sesuatu, melainkan sepatutnya ke arah yang lebih halus dan tidak ada yang lebih halus dari mahabbah.``
Mempuisikan daku oleh Abu Bakar al-Razi, bekata, mempuisikan daku oleh Abu Bakar al-Harbi,, berkata mempuisikan daku oleh Samnun:
Engkau kekasih yang tidak syak kekal bersamaku
Kiranya engkau hilang dariku tidak hidup jiwaku
Wahai yang ku dahagi engkau adalah penyambung kasih
Adakah bagimu kerehatan dari terus mengalami sedih ?
`Ali bin Husain berkata, mempuisikan daku setengah daripada  sahabat al-Samnun:
Mengalir di pipiku garis air mata
Kesal kepada engkau dihati mencela
Sabar adalah sebaik tindakan
Adalah padamu puncak kekejian.
Ketika Samnun berdiri di tepi  tebing sungai Dajlah, menurut Abu Talib al-Makki dia berpuisi:
Bagi diri hati yang ku hidup dengannya
Menghilangkan diri oleh  berubahnya
Selamatkanlah dan pulang kepada diri
Sempit dadaku oleh perubahan terjadi
Selamatkan selama dia masih tetap
Yang berusaha  untuk menyelamat.
Demikianlah, dari segi ungkapan, ternyata Samnun seorang  penggubah puisi yang prolifik dan ternyata sebahagian besar dari ungkapan daripadanya adalah berbentuk puisi.
Seterusnya Abu Bakar al-Farghani berkata, menasyidkan daku oleh Samnun:
Menempelak diri oleh perbuatan maksiat
Terhenti oleh kesedaran dari maksiat dibuat
Bala  dan oleh hawa nafsu tak lupa
Lidahku mengulang larang dari  semula.
Berikut dari di atas, Samnun terus mengungkapkan pengalamannya  secara berpuisi. Ini jelas menunjukkan keterlibatannya di dalam perpuisian begitu mendalam. Adalah mearik dan bersesuaian tema-tema yang diungkapkam di dalam puisi-puisinya adalah berhubung dengan kecintaan – Cinta Ilahi. Tema Cinta Ilahi adalah tema dan persoalan utama di dalam tasawuf dan membicarakan tentang Cinta Ilahi adalah merupakan laut ilham yang tidak padam-padam. Ia adalah tema dan sumber bagi penyair-penyair Islam seperti yang dialami oleh seperti Rabi`ah al-`Adawiyyah, Jalaluddin , Hafis,  Jami dan ramai lagi.
Keterlibatan Samnun di dalam berpuisi dan mengambil tema yang berhubung dengan cinta Ilahi,maka tidak hairanlah bahawa Samnun digelar sebagai Samnun al-Muhibb, di samping al-Khawass.``
Walau bagaimana dibandingkan puisi-puisi yang diungkapkan oleh Samnun dengan penyair-penyair besar Islam yang mengambil tema cinta Ilahi, nampaknya puisi-puisi Samnun tidak menonjol berbanding dengan puisi Rabi`ah al-`Adawiyyah, Jalaluddin Rumi, Hafiz*, Jami dan sebagainya.

Sekian.`

August 23, 2017

YUSUF BIN HUSSAIN AL-RAZI : PENDAPATNYA DIAMBIL SECARA TERHAD


BBB, 29 Dzul-Kaedah 1438H. = 22 Ogos 2017M. (Selasa):
Nama penuh bagi tokoh ini ialah Abu Ya`kob Yusuf bin al-Husain al-Razi, Shaykh di Al-Rayy dan Al-Jibal pada zamannya. Dia adalah satu satu yang berpegang pada tariqatnya pada meninggalkan kemegahan dan meninggalkan kepura-puraan dan menggunakan ikhlas. Dia bersahabat dengan Dzu al- Nun al-Mis*ri  dan  Abu Turab al-Nakhshabi dan bersama dengan Abi Sa`id al-Kharraz di dalam beberapa musafir mereka. Dia alim di dalam bidang agama. Yusuf al-Razi meninggal pada tahun 304H.
Yusuf al-Razi berada  di dalam sanad Hadith yang pada puncaknya sampai kepada ... Mujahid  daripada Ibn `Abbas berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Siapa yang `ashiq secara murni dan dia sembunyiknnya, kemudian dia mati, maka dia adalah shahid.`` (Hadith ini dikatakan dhaif).
Sebuah lagi Hadith yang berhubung dengan kasih sayang yang Yusuf berada di dalam sanad, ialah yang sampai rawi di atasnya:
Daripada Sa`id, daripada Qatadah dan daripada Anas berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Tidak beriman salah seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi  dirinya sendiri.``
Berhubung dengan pembicaraan tentang tokoh-tokoh sufi adalah didapati bahawa di antara buku tentang tokoh seperti Al-Sulami dengan Tabaqat al-Sufiyyat, Al-Qushairy dengan  Al-Risalat al-Qushayriyyat, Al-Hujwiri dengan Kashf al-Mahjub dan Mahmud al-Faydh dengan Jamharat al-Awliya` adalah didapati antara kesemua kitab berkenaan, maka Tabaqat al-Sufiyyat oleh al-Sulami paling lengkap, tokoh-tokoh yang terdapat di dalam kitab-kitab tokoh hampir kesemuanya terdapat di dalam Tabaqat oleh al-Sulami,t etapi tidak sebaliknya. Bermaksud setengah nama tidak kedapatan di dalam kitab-kitab tokoh tertentu, tetapi hampir semuanya terdapat di dalam Tabaqat. Ada jangkaan bahawa semua penulis tokoh semacam merujuk kepada Tabaqat al-Sulami.
Berhubung dengan Al-Hujwiri, beliau nampaknya  mengambil ungkapan-ungkapan tokoh-tokoh dari aspek tertentu dan tidak memuat segala maklumat yang ada, atau sekurang-kurangnya  memilih mana-mana terbaik atau bermutu bagi mewakili ungkapan-ungkapan yang lain. Misalnya  berhubung dengan tokoh al-Razi yang dipetiknya hanya tentang darwish yang jujur dan yang hina  kerana terikat dengan dunia  beserta kehormatan seseorang boleh rosak diakibatkan oleh nafsu. Untuk itu dibincangkan tentang ungkapan Yusuf al-Razi dipetik kata-kata Yusuf iaitu:
``Sehina-hina manusia ialah faqir yanag tamak dan pencinta kepada yang dicintai.``Huraian berkait dengan cinta disebut dikaitkan dengan cinta Zulaikha  dan  Yusuf, yang dikatakan cinta adalah murni selagi tidak bersatu.
Persoalan hinanya faqir yang tamak dan soal cinta  menjadi dua persoalan yang dihuraikan di dalam membicaakan tentang Yusuf bin Husain al-Razi.
Pada hal banyak lagi kata-kata Yusuf al-Razi yang boleh dikaitkan dengan konsep `Menyerlahkan Yang Tertutup``.
Misalnya  Yusuf al-Razi disoal tentang faqir yang sebenar, maka katanya,
``Orang yang  waspada dengan waktunya, kiranya ianya  mengabaikan waktunya, maka dia tidak layak sebagai faqir.``
Muhammad bin `Abdullah bin Shadhan berkata,  sampai kepadaku, bahawa Yusuf bin al-Husain berkata, ``Apabila engkau mau mengetahui seseorang itu berakal atau tidak (bodoh), maka bercakaplah dengannya  perkara yang sia-sia, jika dia memberi respon, maka dia tidak berakal.
Berkata Yusuf al-Razi.
``Aku melihat kepada kekejian diri,  maka aku tahu dari mana puncanya datang. Dan aku lihat pada kekejian kaum sufi dari peristiwa-peristiwa yang dilalui, mu`asharah dengan teman dan kasihan dengan kejadian (kemanusiaan).
Walau bagaimana berhubung dengan ungkapa terhadap tokoh sebagaimana telah diperkatakan terdapat ungkapan-ungkapan dinisbahkan kepada sufi, terdapat perkara-perkara yang dinisbahkan kepada sufi-saufi  tidak mencerminkan sifat-sifat kesufian tertentu. Misalnya sanggup meninggalkan solat berbulan lamanya, kerana  dipengaruhi oleh syaitan, bahkan ada gambaran yang tidak sesuai berhubung dengan sufi, misalnya dikaitkan dengan perempuan yang tidak selayak bagi sufi. Kesalahan penisbahan ini mungkin berlaku akibat dari penurunan teks  asal ke dalam bahasa lain. Misalnya Kashfu al-Mahjub karya asalnya adalah di dalam bahasa Parsi yang mungkin pada asalnya tepat, tetapi bila diperturunkan ke dalam bahasa  `Arab * (terjemahan), mungkin berlaku perubahan persepsi dan kefahaman, akibatnya terjadi kesilapan tanggapan.
Terjemahan tidak  saja dilakukan dari teks Parsi kepada bahasa `Arab, tetapi juga ke dalam bahasa Inggeris dan daripadanya diterjemahkan termasuk ke dalam bahasa Indonesia. Kesilapan, salah tanggapan, bahkan sengaja disilapkan mungkin berlaku  dengan tujuan-tujuan tertentu, lantaran banyak tempat yang menjadikan kita ragu dan menimbulkan pertanyaan. Lantaran sedemikian konsep sufi yangdianggap suci, tidak lagi suci, bahkan merosakkan imej kesufian itu sendiri.
Dari satu segi sesebuah kitab tasawuf yang dianggap murni itu, tidak seharusnya terus diterima, tetapi hendaklah diperiksa kandungan sebelum mendalaminya. Antaranya dengan membandingkan kandungan  antara kitab.

Sekian.

August 22, 2017

UNGKAPAN RUWAYM BIN AHMAD AL-BAGHDADI


BBB, 28 Dzul-Kaedah 1438H. = 21 Ogos 2017M. (Isnin):
Dia adalah Ruwaym bin Ahmad bin Yazid, Kunyahnya Abu Muhammad dan dipanggilkan Ruwaym bin Muhammad bin Ahmad. Dan yang pertama lebih asah. Dia adalah dari ahli Baghdad, dan dari kalangan shaykh yang penting dan datuknya Ruwaym bin Yazid bercakap tentang Layth bin Sa`ad dan yang lain. Dikatakan kunyahnya Abu Bakar. Dia bersahabat dengan Al-Junayd.
Dari segi ilmu fiqh dia adalah mendalam dari segi fiqh  menurut madzhab Da`wud al-As*bahani, pendiri madzhab Da`wud Z*ahiri. Dia adalah mahir dalam tilawah al-Qur`an dan tafsir, dia membaca kepada Idris bin `Abdul Karim al-Haddad. Dia meninggaL tahun ( M.303h.).
Ruwaym terkenal dengan ketinggian hal dan kemuliaan maqam. Perjalanan hidupnya ialah melepaskan diri dari dunia dan berkehidupan di dalam zuhud. Hingga akhir hayatnya, ia menyembunyikan diri dari kalangan orang-orang kaya, dan mendapat kepercayaan khalifah. Al-Junayd pernah mengatakan, ``Kami ahli berurusan dengan dunia dan Ruwaym berurusan dengan dunia, tapi berbakti kepada Tuhan. Ruwaym dikatakan menulis beberapa buah buku. Antaranya berjudul:
Ghalat* al-Wajidin` bermaksud `Kesilapan Orang Dalam Wajdan``
Antara kata-kata Ruwaym dipetik ke dalam Jamharat al-Awliya` bahawa,
``Ikhlas ialah terangkat pandangan engkau daripada amalan engkau.``
Katanya, ``Yang bijaksana ialah orang yang memaafkan kawannya yang tersilap dan tidak  melakukan perkara yang mengecilkan hati mereka, bahkan berusaha supaya dia mendapat hidayah.``
Ruwaym diminta oleh setengah pihak agar dia mewasiatkan, maka katanya,
``Tiada yang lebih baik dari menjaga roh, jika tidak jangannlah mau mendekati tasawuf, kerana urusan kami adalah terbina atas usul, iaitu `ubudiyyah terhadap Allah, kemudian muraqabah di dalam `ubudiyyah berkenaan, kemudian dia memberi kesan kepada setiap  perlakuan dan amalan.``
Katanya, ``Tiap-tiap satu hal, bergerak sama ada kepada peningkatan atau kepada penurunan.``
Dan kita mau orang yang masih goncang dalam hal, maka wajib ke atasnya bangkit dengan memohon pertolongan dari Allah.``
Katanya, ``Tidur orang `arifin lebih baik dari ikhlas para murid.
Dan antara sifat sabar ialah meninggalkan pengaduan.
Antara sifat redha ialah merasa ni`mat dengan bala, sekurang-kurang dari redha merasa mudah dengan bala.
Dan tawakkal ialah menggugurkan sebab-sebab yang menjadi pertengahan dan tertakluk hanya kepada kepercayaan tertinggi.
 Dan Al-uns ialah berpaling dari selain yang engkau kasihi.
Dan cinta ialah muwafakat dengan segala hal.
Ruwaym ada di dalam sanad bagi Hadith Rasulillah s.a.w. yang sampai kepada Qatadah, daripada Anas bin Malik, bahawa seorang lelaki melaknatkan `burghus` di samping Nabi s.a.w. Maka bersabda Nabi, bermaksud:
``Jangan melaknatnya, keraa dia mengejutkan nabi daripada nabi-nabi supaya mendirikan solat.``
Berkata `Abd al-`Aziz bin Shadzan, aku mendengar Ruwaym disoal dari adab bermusafir, maka dia berkata, ``Tidak harus himmahnya mendahului kakinya dan di mana kakinya berdiri (sampai), itulah rumahnya (tempat bermalamnya).
Berkata Ahmad, dia mendengar Ruwaym berkata, ``Sentiasa orang  yang bermusafir memilih yang terbaik dan jika tersalah langkah dia boleh binasa.``
Berkata Ruwaym bin Ahmad, ``Daripada hukuman hakim hendaklah dia melawaskan ke atas saudara-saudaranya dari segi hukum dan menyempitkan ke atas diri dari segi hukuman, kerana dengan kelawasan ke atas mereka menurut ilmu dan menyempitkan ke atas diri adalah dari hukum mencerminkan kewarakan.
Disoal Ruwaym tentang faqr, katanya, ``Mengambil sesuatu setakat perlu dan memilih yang sedikit dari yang banyak ketika diperlu.``
Ja`far bin Muhammad al-Khawwas* berkata, aku mendengar Ruwaym berkata:
``Ikhlas ialah terangkat penglihatan engkau dari perbuatan.``
Berkata Ruaym lagi, ``Sabar ialah meninggalkan aduan.``
Berkata Ruaym bahawa, ``Yakin itu seperti penyaksian.``
Ruaym ditanya tentang halnya, maka dijawab, ``
Bagaimana hal orang yang agamanya dikuasai hawa nafsu, dan himmahnya dicelupari mulutnya, maka dia bukanlah orang salih dan tidak juga `arif bertaqwa.
Kata Ruwaym, ``Siapa yang suka kepada penggantian, akan berkurang gantian kepadanya oleh orang yang dikasihi.
Dan berkata Ruwaym lagi, apabila ditanya tentang shauq, katanya:
``Bahawa engkau shauqnya ketika dalam ingatan, tetapi hilang bila bertemuan.
Demikian ungkapan Ruwaym berhubung dengan berbagai-bagai persoalan.

Sekian.

August 21, 2017

ABU `ABDULLAH BIN AL-JALA` - SEDERHANA UNGKAPAN

BBB, 27 Dzul-Kaedah 1438H. = 20 Ogos 2017M. (Ahad):
Nama lengkap bagi Abu `Abdullah bin al-Jala`, ialah Ahmad bin Yahya, dikatakan Muhammad bin Yahya. Dan Ahmad lebih sah. Dia berasal dari Baghdad, menetap di Al-Ramlah dan Damshiq. Dia adalah dari kalangan shaykh di Sham. Berguru dengan ayahnya Yahya al-Jala` dan Abu Turab al-Nakhshabi, Dzu al-Nun al-Misri,  dan Abu `Ubaid al-Sirri. Menurut  Al-Hujwiri, dia juga bersahabat  dengan Al-Junayd dan Abu  al-Hasan dan Al-Thauri. dan dia adalah menjadi Ustadz Muhammad bin Da`wud al-Duqqi. Dia adalah seorang yang alim lagi wara`.
Katanya,  Aku mendengar daripada Datukku Isma`il bin Muhammad berkata, adalah dikatakan:
``Di dunia ini ada tiga orang Sufi, dan tiak empat. Mereka ialah Al-Junayd di Baghdad, Abu `Uthman  Naisabur dan dan `Abdullah bin al-Jala` di Sham.``
Menurut Al-Hujwiri yang memetik pendapat Abu `Abdullah bahawa ``Fikiran ahlu  al-Ma`rifat hanya tertuju kepada Tuhan. Dan tidak pada yang lain. Menyimpang darinya bererti berpaling dari Tuhan.
Berkata Abu `Amrin al-Dimashqi, bahawa dia mendengar Abu `Abdullah al-Jala` berkata:
``Yang benar itu diperkatakan oleh kaum-kaum dalam percakapan mereka. Dan yang tidak juga bersamaan. Siapa yang menyertai kebenaran sering mengalami berbagai bala ujian. Berwaspadalah kamu dari terjatuh dalam kalangan yang takabbur.
Dan katanya, ``Siapa yang sampai kepada satu kedudukan, dia akan jatuh darinya dan siapa yang benar-benar sampai kepadanya dia tetap padanya.

Seorang lelaki bertanya `Abdullah bin al-Jala`, ``Apakah syarat mendampingi makhluk ? (manusia)``. Katanya
``Jikalau dia tidak membuat kebaikan, maka jangan disakiti mereka dan jikalau dia tidak menyenangkan mereka, maka janganlah melakukan kejahatan terhadapnya.``
Katanya, ``Jangan engkau abaikan hak saudara engkau dengan merosakkan hubungan antara diri engkau dengan sauara engkau daripada hubungan baik dan persaudaraan,. Allah Ta`ala memfardhukan bagi setiap mu`min hak, maka jangan diabaikan, melainkan orang yang tidak menjaga hak-hak Allah ke atasnya.
Disoal Abu `Abdullah, ``Bagaimana dengan malam-malam yang  dikasihi ?``
Katanya secara berpuisi:
Siapa yang tidak bermalam sedang kasih mendebarkan hatinya
Bagaimana dapat dikatakan bahawa malam-malamnya kasih ?``
Al-`Abbas bin `Is*am  mendengar`Abdullah bin al-Jala` berkata,
``Seorang memerlukan kepada sesuatu  yang dia boleh mengenali dengannya akan sesuatu.``
Berkata Abu `Abdullah, `` Siapa yang bersamaan baginya puji dan keji, maka dia adalah zahid. Barang siapa yang memelihara segala fardhu dari awal waktu maka ia  adalah `abid. Dan siapa yang melihat perbuatan semuanya daripada Allah `Azza wa Jalla, maka dia adalah muwahhid.``.
Ahmad bin `Ali berkata, seorang lelaki berkata kepada `Abdullah,
``Apa pendapat engkau seorang lelaki pergi ke perlembahan tanpa bekalan ?``, maka katanya, ``Ini adalah dari perbuatan Allah Ta`ala. Katanya , ``Kalau dia mati ?`` Maka katanya,
``Kena diyyah ke atas pembunuhnya.``.
Katanya, ``Engkau mementingkan rezeki, melupakan engkau kepada Al-Haqq, bergantung engkau kepada makhluk.
Katanya, ``Tiap-tiap hak yang disertai kebatilan, maka keluar yang hak kepada batil, kerana hak telah dikotori.``
Kata`Abdullah, `Di dunia ini  ada peluang  maaf dan rahmah bagi siapa yang memaafkan dan tidak pula engkau mencari kesempatan untuk mencari kemegahan, lalu dia berpuisi:
Engkau berjumpa di negeri di mana engkau  berpergian
Yang mengucap selamat datang dan melayan sebagai jiran.
Disoal Abu `Abdullah tentang kebenaran, maka katanya,
``Kebenaran adalah satu, maka wajib engkau mencari yang Satu.
Dan berkata `Abdul;lah, ``Tinggi himmah para `arifin kepada maula mereka, dia tidak bergantung pada yang lain. Dan tinggi himmah para murid kepada menuntut jalan kepadanya, maka fana diri mereka di dalam menuntut.``
Berkata Abu `Abdullah,
``Siapa yang tinggi himmahnmya di atas `akwan (alam), ia sampai kepada ketenangan. Siapa yang bergantung pada alam, maka tiada baginya tenang. Kebenaran yang Esa sepatutnya menjadi pegangan.``
Terasa  ungkapan-ungkapan `Abdullah  adalah sederhana. Mutu ungkapan jika mampu memberi kejutan dan kepuasan walaupun pendek, tetapi  mendalam,

Sekian.

August 20, 2017

ABU `UTHMAN AL-HIRI: NASIHAT RINGKAS DAN PADAT DARINYA


BBB, 26 Dzul-Kaedah 1438H. = 19 Ogos 2017M. (Sabtu):
Dia ialah Abu `Uthman, Sa`id bin Isma`il bin Sa`id  bin Mansur al-Hiri al-Naisaburi. Dia berasal dari Rayy. Sebagai sufi peringkat awal beliau bersahabat dengan Yahya bin Mu`adz al-Razi, Shah bin Shuja` al-Kirmani (Al-Hujwiri menceritakan persahabata Abu `Uthman dengan Shah al-Kirmani). Kemudian dia berpindah ke Naisaburi dengan  berguru dan bersahabat dengan Abi Hafs* dan mengambil darinya tariqatnya. Dia adalah Shaykh Sufi pada zamannya. Daripadanya berkembang tariqat tasawuf di Naisaburi.
`Abdullah bin Muhammad bin `Abdul Rahman al-Razi berkata, ``
``Aku berjumpa Al-Junayd, al-Ruyma dan Yusuf bin al-Husain, Muhammad bin Abi al-Fadhl dan Aba `Ali al-Jurjani, dan lain daripada mereka itu dari kalangan shaykh-shaykh, maka aku tidak melihat seorang yang lebih `arif tentang tariqat kepada Allah `Azza wa Jalla lain daripada Abi `Uthman.
Abu `Uthman meninggal di Naisabur tahun 278H.
Abu `Uthman mempunyai sanad Hadith:
``Mengkhabarkan kami Sa`id  bin `Abdullah bin Sa`id bin Isma`il berkata, aku mendapati pada tulisan datukku, Abi `Uthman dengan tulisan tangannya. Bercakap kepada kami Abu Salih, Hamdun al-Qas*s*ar sahabat kami berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin Yahya al-Naisaburi, bercakap kepada kami Qutaibah, bercakap kepada kami `Abtar daripada Ash`ath, daripada Muhammad daripada Nafi` daripada Ibn `Umar berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Siapa yang mati dan di atasnya kewajipan berpuasa bulan Ramadhan, diberi makan kerananya  oleh walinya tiap-tiap hari kepada  orang miskin.`` [Dan aku lihat Hadith ini dengan tulisan Abi `Uthman  di  dalam kitabnya].
Abu `Uthman berkata (sebagaimana terdapat di dalam tulisannya):
Asal perseteruan tiga perkara:
Tamak pada harta, tamakl pada memuliakan manusia dan tamak pada penerimaan manusia.
Juga didengar dari Abu `Uthman berkata`
Tidak sempurna seseorang hingga menyamai hatinya pada empat perkara:
Pada  sekatan, pemberian, mulia dan hina.
Dan katanya: Kebaikan  (s*alah) hati dalam empat perkara:
Pada tawadhu` kepada Allah,  fakir kepada Allah, takut kepada Allah dan mengharap kepada Allah.``
Dan didengar daripadanya, ``Orang yang mendapat taufiq ialah orang tidak takut kepada selain daripada Allah, dan tidak mengharap kepada yang lain daripadaNya.  Maka dia memberi kesan pada keredhaan dirinya di atas hawa nafsunya.``
Didengar Abu `Uthman berkata, ``Takut kepada Allah menyampaikan engkau kepada Allah dan takabbur dan `ujub pada diri engkau memutuskan diri dari Allah dan kehinaan manusia pada diri engkau sakit yang parah sukar diubati.
Dan didengar daripada Abu `Uthman berkata,
``Manusia menurut akhlak mereka, selama  dia tidak menyalahi hawa mereka, apabila dia menyalahi hawa mereka, ternyata sama ada mereka mempunyai akhlak yang mulia atau akhlak yang keji.
Abu `Amrin bin Mat*ar berkata, ``Aku mendengar Aba `Uthman berkata,
``Siapa yang menjaga kadar dirinya, maka demikianlah dijaga kadar dirinya oleh manusia, dan siapa yang merendahkan kadar dirinya, demikianlah direndahkan kadar oleh manusia terhadap dirinya.
Dan berkata Abu`Uthman, ``Gembira engkau dengan dunia menghilangkan gembira engkau dengan Allah dari hati engkau. Dan takut engkau kepada yang lain dariNya menghilangkan takut engkau kepadaNya di dalam hati engkau. Dan harap engkau selain daripadaNya menghilangkan raja` engkau kepadaNya daripada hati engkau.
Berkata Abu `Uthman, ``Zuhud pada yang haram adalah fardhu, dan pada yang harus qas*ad  dan pada yang halal qurbah.``
Berkata Abu `Uthman, ``Sabar di atas ketaatan hingga engkau tidak luput dari taat dan sabar di atas ma`siat hingga terhapus mudharat dari perkara ma`siat.``
Berkata Abu `Uthman, ``Bersahabat dengan orang kaya dengan `izzah diri, bersahabat dengan orang faqir dengan merendah diri, kerana dengan `izzah terhadap sesuatu bererti tawadhu` dan merendah diri kepada faqir itu mulia.``
Disoal Abu `Uthman tentang, `Apa alamat kebahagiaan dan kecelakaan, maka katanya:
``Alamat bahagia, bahawa engkau taat kepada Allah dan takut daripada tertolak dan alamat celaka bahawa engkau menderhaka terhadap Allah, sedangkan engkau mengharap engkau diterima.``
Dan berkata Abu `Uthman, ``Siapa yang bersahabat dengan dirinya, dia bersahabat dengan `ujub dan barang siapa bersahabat dengan wali-wali Allah ditaufikkan untuk sampai kepada jalan Allah.
Demikian nasihat-nasihat ringkas dan padat daripada Abu `Uthman al-Hiri al-Naisaburi.
Semoga memberi faedah kepada yang menghayatinya.

Sekian.

August 19, 2017

AL-NURI BERKUMPULAN DAN BERWIJDAN

BBB,   25 Dzul-Kaedah 1438H. = 18 Ogos 2`0`17M. (Juma`at):
Nama penuh bagi Abu al-Husain al-Nuri, ialah Ahmad bin Muhammad, dan dikatakan Muhammad bin Muhammad, tetapi,   Ahmad bin Muhammad lebih sah. Dilahir dan terdidik di Baghdad, tetapi berasal dari Khurasan, dari perkmpungan  antara Hirat dan Marwi-Rudzbar, dikenali sebagai Ibn al-Baghawi. Dia adalah setinggi-tinggi shaykh kaum dan berkelebihan yang tidak tercapai yang lain pada masanya. Mempunyai terbaik tariqat dan kata-katanya lembut mendalam.
Ia bersahabat dengan Sari al-Saqti. Muhammad bin `Ali al-Qas*s*ab dan berkesempatan dengan Ahmad bin Abi al-Hawari.  Dia meninggal pada tahun (295H.).
Menurut Al-Hujwiri, Al-Nuri mempunyai kumpulan kesufian yang dikenali dengan kumpulan ``Nuriyyah` yang dinisbahkan kepada Nuri. Kumpulan ini terdiri dari 10 badan yang juga dinisbahkan kepada tokoh-tokoh badan berkenaan, iaitu:
1)      Muhasibiyyah         2)  Qas*s*ariyyah      3) T*ayfuriyyah       4) Junaydiyyah
5)   Nuriyyah                   6)  Sahliyyah               7)  Hakimiyyah        8)  Kharraziyyah
9)  Khalifiyyah                  10) Sayyariyyah.
Dua lagi ditolak yang dianggap  bukan Sunni, iaitu:
1)      Hululiyyah              2)  Hallajiyyah
Antara pendapat Nuri bahawa, ``Segala kejadian ditentukan (langsung) dari Tuhan dan tiada disebab atau dikeranakan oleh yang lain, kerana jika dikaitkan dengan sebab atau dikerana oleh kerana yang lain ianya membawa kepada syirik (kerana mendua penyebab dan kerana).
Bagi Nuri, ilmu bukan ilmu jika tidak diamalkan dan ma`rifat bukan ma`rifat, jika tidak mempunyai kenyataan. Baginya penyataan yang mendalam dapat dicari dari diri sendiri. Diri adalah rahsia dan mistri untuk diterokai.
Menurut Al-Sarraj d dalam Al-Luma`, Nuri di dalam munajat, ia sering ditenggelami wijdan (wajdan dan wujdan) oleh pengalaman intuisi kerohanian. Dengan ungkapannya kadang-kadang membawa fitnah, sebagaimana dia pernah diseret kepengadilan di hadapan Khalifah Al-Muwaffiq di Baghdad, dia dituduh dengan ungkapannya sebagai zindiq - ungkapannya ``Aku mencintai Allah dan Dia mencintaiku.`  Apabila ditanyai Khalifah dengan ungkapannya, bahawa, katanya ayat Al-Qur`an juga bermaksud sedemikian, lalu dibaca ayat:
``Yuhibbunahum wa yuhibbunahu` (Al-Ma`idah: 54).
BermaksudL `Dia mengasihi mereka  itu  dan mereka mengasihinya.
Apabila Khalifah mendengar huraiannya, Khalifah dikatakan turut menangis  dan tidak mengapa-apakannya.
Menurut Al-Sarraj Nuri adalah dari kalangan `al-wajidin` dan ahjli isyarat yang halus. Dia mempunyai puisi yang banyak yang sarat dengan kehalusan makna.
Antara ungkapannya:
Seumurku kutidak menyimpan rahsiaku dan rahsianya
Sama ada sebagai ingatan atau menghebahkan semata
Tidak ku melempar perhatian sekali  pandangan
Maka engkau  memahami dari isyarat berkenaan
Tetapi keraguan antara diri engkau dan aku
Menjadikan hati kecil lebih faham maksud itu.
Antara ungkapan Nuri:
`Ali bin Ibrahim berkata, dia mendengar Al-Nuri berkata,
``Tasawuf adalah meninggalkan peluang bagi kepentingan diri.``
Beliau ditanya lagi tentang tasawuf, maka katanya,
``Tasawuf bukan tulisan, bukan ilmu, tetapi adalah akhlak.``
Kata `Ali al-Fata, aku mendengar Al-Nuri berkata,  ``Ahli agama berdiri,  ahli tauhid berjalan, ahli redha rehat, Yang memutuskan tercengang. Kemudian dia berkata, ``Kemudian apabila kebenaran lahir,   semua yang lain cair dan hilang.``
Berkata Al-Nuri,
`Siapa yang berfikir dan mengaitkan dengan Allah, maka kembalinya bagi tiap sesuatu kepada Allah.
Disoal Al-Nuri tentang faqir yang sebenar, maka katanya:
``Dia yang tidak mentohmahkan Allah dengan sebarang sebab dan dia tenang kepadanya di dalam semua hal.``
Dikatakan Al-Nuri hadhir pada satu majlis sultan, maka ditanya kepadanya, ``Dari mana tuan makan ?``, Maka jawabnya, ``Kami orang yang tidak mengetahui sebab yang menyertai rezeki. Kami kaum yang  mengambil tadabbur.``
Demikian alam kesufian Al-Nuri dan ungkapan-ungkapan yang menggambarkan pendiriannya.

Sekian.

August 18, 2017

AL-JUNAYD IMAM SEGALA ALIRAN, KALAMNYA MENDALAM


BBB, 24 Dzul-Kaedah 1438H. = 17 Ogos 2017M. (Khamis):
Nama sepenuhnya ialah Abu al-Qasim al-Junayd bin Muhammad al-Baghdadi (m.297H.). Dia dipanggil sebagai `Sayyid bagi Sadat` ahli al-tasawwuf, dia guru bagi jalan kepada Allah yang mengambil manfaat dengannya oleh ramai para siddiqin dan jalannya diterima oleh semua aliran tasawuf. Al-Junayd bukan saja mendalami bidang tasawuf, tetapi juga di dalam bidang akidah, fiqh dan akhlak. Dari segi fiqh dia  adalah pengikut Thauri  yang diikuti Shafie sebelumnya. Dia berasal dari Nahawand, tapi dilahir dan terdidik di Iraq. Ayahnya penjual kaca, sebab itu dinisbahkannya al-qawarir.
Gurunya antaranya bapa saudaranya Sari al-Saqti yang dikatakan oleh Al-Hujwiri  Al-Junayd mengatasi  gurunya ini, Namun Al-Junayd yang merendah dirinya menolaknya. Dia juga bersahabat (berguru) dengan Al-Harith al-Muhasibi dan Muhammad bin `Ali al-Qassab yang mana mereka semua adalah dari kalangan pemuka sufi. Dari jiwa yang suci, maka ungkapan-ungkapannya bermutu tinggi dan diterima oleh semua pihak. Dia meninggal di Baghdad.
Pendekatan Al-Junayd adalah mengukuhkan  aliran Sunnah. Dia pernah berkata:
`` Jalan-jalan bagi tarikat-tarikat adalah tertutup bagi makhluk, melainakan bagi mereka yang menurut athar Rasulullah s.a.w. pada shari`atnya, mengikuti Sunnahnya dan melazimi tarikatnya. Maka dengannya terbuka jalan kebajikan.``
Al-Junayd juga berkata, ``Ilmu kami berasaskan kitab dan al-Sunnah. Siapa yang tidak hafaz* Al-Qur`an, kurang kesempurnaan dan barang siapa tidak menulis Hadith dan tidak memahaminya, tidak boleh diikuti.``
Menurut Mahmud abu al-Faydh, di dalam Jamharat al-Awliya`:
`Al-Junayd ditanya, bagaimana jalan (tariqat) kepada Allah ?`` Katanya, ``Taubat bagi menghilangkan kesalahan dan takut yang menghilangkan kesombongan dan mengharap (raja`) untuk menuju ke jalan kebaikan, kemudian muraqabah pada setiap lintasan hati.``
Disoal kepada Al-Junayd apa maksud ayat Al-Qur`an (Sanuqri`uka fala tansa`)
Bermaksud: Akan kami bacakan kepada engkau maka engkau tidak lupa.` (Al-A`la: 6).
Menurut Al-Junayd: ``Kami akan bacakan kepada engkau Al-Qur`an secara tilawah, maka jangan lupa akan amalan (khitab adalah secara umum, walaupun dituju khusus bagi Rasulullah s.a.w.)..
Antara kalamnya berhubung dengan tasawuf:
``Tasawuf adalah bersih mu`amalah bersama Allah Ta`ala. Asalnya ialah bersurai daripada kasihkan dunia. Sebagaimana kata Harithah:
``Aku mengenal diriku daripada dunia, maka aku berjaga malamku dan aku menahan diriku pada siangnya (berpuasa).
Dia berkata, ``Terbina tasawuf dari lapan akhlak para anbiya`, alayhim al-s*alat  wa al-salam, iaitu:
``Murah hati iaitu bagi Nabi Ibrahim, Redha bagi Nabi Isma`il
Sabar bagi Nabi Ayyub, al-basharah (manis muka) bagi Nabi Zakariyya,
Al-Ghurbah (dagang) bagi Nabi Yahya, Memakai pakaian bulu bagi Nabi Musa,
Al-Sibahah (mandi) bagi Nabi `Isa dan al-Faqr (berhajat kepada Allah) ialah bagi Nabi Muhammad s.a.w.).
Dan dia berkata, ``Ibadat bagi kalangan `arifin lebih baik daripada mahkota-mahkota di atas kepala raja-raja.``
Katanya, ``Siapa mau selamat baginya agamanya dan rihat dengan badannya dan hatinya, maka jangan terlibat dengan karinah manusia.`` Ini sebagaimana kata Al-Junayd lagi:
``Orang yang berakal ialah orang memilih pengasingan (al-`uzlah), jika perkara  bercanggah dengan agama.
Katanya lagi.  ``Bersungguh-sungguh `uzlah lebih mudah dari bercampran berterusan.``
Al-Junayd ditanya tentang dunia, maka katanya,
``Ialah apa yang dekat dengan hati dan melalaikan daripada Allah.``
Katanya, ``Jangan mudah putus asa daripada diri engkau, sedang engkau keciwa daripada dosa engkau dan kesal di atas yang dilakukan, sedang engkau benar-benar menghadapkan wajah engkau kepada rahmat Allah.``
Ditanya Al-Junayd, ``Mana satu lebih  sempurna, menenggelami ilmu pada wujud, atau menenggelami wujud dalam ilmu ?``. Maka katanya, ``Menenggelami ilmu pada wujud, kerana mengetahui tentang Allah tidak sama dengan berwajdan denganNya.``
Dikatakan kepada Al-Junayd, ``Engkau mu`ayanah atau mushahadah ?``, maka katanya, ``Kalau  mu`ayanah boleh membawa kepada zindiq, dan jikalau mushahadah membawa kepada keheranan, maka ini semua adalah lemas dalam kelemasan. Demi Allah, lebih atas dan lebih tinggi daripada semuanya dan tidak menyaksi oleh hati, melainkan dari belakang hijab.``
Berkata seorang lelaki semasa kehadhiran Al-Junayd, ``
``Tidakkah kalam anbiya` isyarat daripada mushahadat ?``. Dia tersenyum dan berkata, ``
``Kalam anbiya` dibina di atas kehadian wahyu, dan kalam siddiqin isyarat daripada mushahadat yang membangkitkan ilham.``
Disoal Al-Junayd, ``Siapa `arif ?`` Maka dijawab, ``Warna air adalah dari warna bekasnya.``
Dia disoal lagi tentang `arif, maka katanya, ``Siapa yang bercakap tentang rahsia engkau dan engkau terdiam ! Iaitu dari kashaf halnya akan hal engkau. Ini tidak berhajat kepada percakapan dan huraian.
Demikian antara kedalaman kata-kata Al-Junayd yang membayangkan kematangannya dalam tasawuf. Selayaknya dia imam segala sufi.

Sekian.

August 17, 2017

`ABDULLAH BIN KHUBAYK BANYAK BERCAKAP TENTANG HATI


BBB, 23 Dzul-Kaedah 1438H. =  16 Ogos 2017M. (Rabu):
Menurut Al-Sulami, selain dari nama di atas yang dipilih oleh  Al-Hujwiri, nama lengkapnya ialah  `Abdullah bin Khubayk bin Sabiq al-Ant*aki, kunyahnya Abu Muhammad. Dia bersahabat dengan Yusuf Ibn Asbat*, dia adalah dari kalangan zuhhad sufi yang amat prehatin tentang makanan halal dan wara` dalam segala hal.
Dia berasal dari Kufah, tetapi berpindah ke Int*akiah. Tariqatnya dinisbahkan kepada kumpulan Nuri dan dia bersahabat di kalangan mereka.
``Abdullah bin Khubayk mempunyai sanad di dalam Hadith:
Bercakap kepada kami `Umar bin Ahmad bin `Uthman al-Wa`iz* di Baghdad, bercakap kepada kami Ahmad bin Muhammad bin Sa`id, bercakap kepada kami Yusuf bin Musa, bercakap kepada kami `Abdullah bin Khubayk, bercakap kepada kami Yusuf bin Asbat*, bercakap kepada kami Habib bin Hassan daripada Zaid bin Wahab daripada `Abdullah bin Mas`ud berkata:
Bersabda Rasulullah s.`a.w. Baginda yang benar lagi dibenarkan:
``Bahawa diciptakan tiap kamu dengan dihimpun pada perut emaknya empat puluh hari ...``. Dia menyebut Hadith.
 Bercakap kepada kami `Abdullah bin Khubayk, kata Muhammad, kali pertama aku menemuinya. Katanya kepadaku, ``Wahai orang Khurasan ! Sesungguhnya ada empat (perkara yang perlu dijaga).
Mata engkau, lidah engkau, hati engkau dan hawa nafsu engkau.
Maka lihatlah mata engkau, maka jangan dilihat dengannya kepada perkara yang tidak halal bagi engkau, dan jaga lidah engkau, jangan berkata sesuatu yang diketahui Allah khilafnya  daripada hati engkau, Dan lihatlah hati engkau,jangan jadi dia sebagai pasungan yang darinya timbul hasad dengki kepada salah seorang daripada  orang Islam. Dan lihatlah kepada hawa nafsu engkau, jangan berkeinginan  terhadap sesuatu yang jahat. Kalau tidak ada pada engkau empat perkara ini engkau terkawal.``
Katanya, aku mendengar ianya berkata, ``Apabila mendekati seorang pembaca Al-Qur`an untuk melakukan ma`siat, maka berkata  Al-Qur`an dalam rongga dirinya,  ``Apakah ini mau membebaniku ?``
`Abdullah bin Khubayq amat menekankan persoalan yang berhubung dengan hati yang boleh menjadi sarang bagi kejahatan dan boleh jadi rumah bagi kebaikan.
Katanya, aku mendengarnya berkata, `` Allah menjadikan hati tempat bagi mengingatiNya, dia juga menjadi sarang syahwat. Tidak mudah menghapuskan syahwat daripada hati melainkan dengan takut yang menggerunkan, atau cinta yang mengasyikkan.``
Berkata Ja`far bin Muhammad bin Siwwar, ``Aku mendengar `Abdullah bin Khubayq berkata, ``
``Bagi tiap-tiap peniaga ada modalnya, dan modal bagi periwayat Hadith ialah bercakap benar.``
Katanya, dan berkata `Abdullah, ``Tidak terkaya hal dari ahwal dari kebenaran dan benar terkaya dari segala ahwal keseluruhannya. Dan jikalau benar hamba antara dirinya dengan Allah  adalah hakikat benar. Dia kemungkinan menjenguh khazanah-khazanah dari khazanah-khazanah keghaiban. Dia adalah  amin di langit dan bumi.``
Dan berkata `Abdullah, ``Barangsiapa berkehendak hidup bahagia, maka janganlah dibiarkan tamak bersarang di dalam dirinya.``
Berkata  `Umar bin`Abdullah al-Bahrani, aku mendengar `Abdullah bin Khubayq berkata,
``Sepatutnya seorang  pekerja tidak menjatuhkan maruah tuannya. Itulah sepatutnya jangan dilakukan.``
Katanya, aku mendengarnya berkata, ``Jangan risau, kecuali dari sesuatu yang merosakkan engkau, dan jangan bergembira dengan sesuatu, kecuali sesuatu yang menggembirakan engkau kelak.``
Katanya, ``Alamat ulfah, kurang kekhilapan dan  banyak melakukan kebajikan (ma`ruf).
Dan berkata `Abdullah, `` Bermanfaatnya takut apa yang menghalang engkau dari maksiat, memanjangkan engkau dengan duka terhadap apa yang telah luput dan melazimkan engkau berfikir tentang umur engkau yang bersisa.``
Dan kata `Abdullah, ``Semanfaat raja` ialah apa yang memudahkan egkau beramal dan mendapat apa yang engkau hajat.`
Disoal `Abdullah, ``Dengan apakah melazimi hak pada ahwalku ?``. Katanya:
``Dengan memberi keinsafan dari  dirimu kepada manusia. Dan menerima kebenaran dari yang  selain dari engkau.``
Berkata `Abdullah, ``Ikhlas dalam amalan lebih penting dari amal, dan amal yang lain lemah dari melakukannya.
Dan berkata `Abdullah, ``Berterusan mendengar perkara-perkara  yang batil, memadamkan kemanisan ta`at dari hati.``
Demikianlah kata-kata  `Abdullah yang banyak berhubung dengan hati, lantaran hati rumah untuk zikir kepaa Allah dan mendekatinya.

Sekian.