BBB, 28 Dzul-Kaedah 1438H. = 21 Ogos 2017M.
(Isnin):
Dia adalah Ruwaym bin Ahmad bin Yazid,
Kunyahnya Abu Muhammad dan dipanggilkan Ruwaym bin Muhammad bin Ahmad. Dan yang
pertama lebih asah. Dia adalah dari ahli Baghdad, dan dari kalangan shaykh yang
penting dan datuknya Ruwaym bin Yazid bercakap tentang Layth bin Sa`ad dan yang
lain. Dikatakan kunyahnya Abu Bakar. Dia bersahabat dengan Al-Junayd.
Dari segi ilmu fiqh dia adalah mendalam
dari segi fiqh menurut madzhab Da`wud al-As*bahani,
pendiri madzhab Da`wud Z*ahiri. Dia adalah mahir dalam tilawah al-Qur`an dan
tafsir, dia membaca kepada Idris bin `Abdul Karim al-Haddad. Dia meninggaL
tahun ( M.303h.).
Ruwaym terkenal dengan ketinggian hal dan
kemuliaan maqam. Perjalanan hidupnya ialah melepaskan diri dari dunia dan
berkehidupan di dalam zuhud. Hingga akhir hayatnya, ia menyembunyikan diri dari
kalangan orang-orang kaya, dan mendapat kepercayaan khalifah. Al-Junayd pernah
mengatakan, ``Kami ahli berurusan dengan dunia dan Ruwaym berurusan dengan
dunia, tapi berbakti kepada Tuhan. Ruwaym dikatakan menulis beberapa buah buku.
Antaranya berjudul:
Ghalat* al-Wajidin` bermaksud `Kesilapan
Orang Dalam Wajdan``
Antara kata-kata Ruwaym dipetik ke dalam
Jamharat al-Awliya` bahawa,
``Ikhlas ialah terangkat pandangan engkau
daripada amalan engkau.``
Katanya, ``Yang bijaksana ialah orang yang
memaafkan kawannya yang tersilap dan tidak melakukan perkara yang mengecilkan hati
mereka, bahkan berusaha supaya dia mendapat hidayah.``
Ruwaym diminta oleh setengah pihak agar dia
mewasiatkan, maka katanya,
``Tiada yang lebih baik dari menjaga roh,
jika tidak jangannlah mau mendekati tasawuf, kerana urusan kami adalah terbina
atas usul, iaitu `ubudiyyah terhadap Allah, kemudian muraqabah di dalam
`ubudiyyah berkenaan, kemudian dia memberi kesan kepada setiap perlakuan dan amalan.``
Katanya, ``Tiap-tiap satu hal, bergerak
sama ada kepada peningkatan atau kepada penurunan.``
Dan kita mau orang yang masih goncang dalam
hal, maka wajib ke atasnya bangkit dengan memohon pertolongan dari Allah.``
Katanya, ``Tidur orang `arifin lebih baik
dari ikhlas para murid.
Dan antara sifat sabar ialah meninggalkan
pengaduan.
Antara sifat redha ialah merasa ni`mat
dengan bala, sekurang-kurang dari redha merasa mudah dengan bala.
Dan tawakkal ialah menggugurkan sebab-sebab
yang menjadi pertengahan dan tertakluk hanya kepada kepercayaan tertinggi.
Dan
Al-uns ialah berpaling dari selain yang engkau kasihi.
Dan cinta ialah muwafakat dengan segala
hal.
Ruwaym ada di dalam sanad bagi Hadith
Rasulillah s.a.w. yang sampai kepada Qatadah, daripada Anas bin Malik, bahawa
seorang lelaki melaknatkan `burghus` di samping Nabi s.a.w. Maka bersabda Nabi,
bermaksud:
``Jangan melaknatnya, keraa dia mengejutkan
nabi daripada nabi-nabi supaya mendirikan solat.``
Berkata `Abd al-`Aziz bin Shadzan, aku
mendengar Ruwaym disoal dari adab bermusafir, maka dia berkata, ``Tidak harus
himmahnya mendahului kakinya dan di mana kakinya berdiri (sampai), itulah
rumahnya (tempat bermalamnya).
Berkata Ahmad, dia mendengar Ruwaym
berkata, ``Sentiasa orang yang
bermusafir memilih yang terbaik dan jika tersalah langkah dia boleh binasa.``
Berkata Ruwaym bin Ahmad, ``Daripada
hukuman hakim hendaklah dia melawaskan ke atas saudara-saudaranya dari segi
hukum dan menyempitkan ke atas diri dari segi hukuman, kerana dengan kelawasan
ke atas mereka menurut ilmu dan menyempitkan ke atas diri adalah dari hukum
mencerminkan kewarakan.
Disoal Ruwaym tentang faqr, katanya,
``Mengambil sesuatu setakat perlu dan memilih yang sedikit dari yang banyak
ketika diperlu.``
Ja`far bin Muhammad al-Khawwas* berkata,
aku mendengar Ruwaym berkata:
``Ikhlas ialah terangkat penglihatan engkau
dari perbuatan.``
Berkata Ruaym lagi, ``Sabar ialah
meninggalkan aduan.``
Berkata Ruaym bahawa, ``Yakin itu seperti
penyaksian.``
Ruaym ditanya tentang halnya, maka dijawab,
``
Bagaimana hal orang yang agamanya dikuasai
hawa nafsu, dan himmahnya dicelupari mulutnya, maka dia bukanlah orang salih
dan tidak juga `arif bertaqwa.
Kata Ruwaym, ``Siapa yang suka kepada
penggantian, akan berkurang gantian kepadanya oleh orang yang dikasihi.
Dan berkata Ruwaym lagi, apabila ditanya
tentang shauq, katanya:
``Bahawa engkau shauqnya ketika dalam
ingatan, tetapi hilang bila bertemuan.
Demikian ungkapan Ruwaym berhubung dengan
berbagai-bagai persoalan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment