BBB, 10 Dzul Kaedah 1438H. = 03 Ogos 2017M.
(Khamis):
Nama penuhnya ialah Abu Sulaiman `Abd
al-Rahman bin `At*iyyah al-Darani (m.
215H.). Gelaran al-Darani, kerana ia tinggal di perkampungan Darayya salah
sebuah perkampungan di Damshiq. Dia adalah sufi yang dihormati dan dipanggil
penyedap qalbu, kerana pendapat-pendapatnya yang menyenangkan. Terkenal kerana
zuhudnya dan peniadaan terhadap nafsu. Dia dikatakan alim di dalam ilmu yang
berhubung dengan waktu. Begtu juga dia alim berhubung dengan penyakit-penyakit
jiwa. Dia berbicara dengan menggunakan istilah-istilah yang tinggi dan membicarakan tentang
praktik-praktik ibadat.
Menurut Sulaiman al-Darani, ``Kita perlu
menguasai hati dan anggota badan. Contoh kita perlu menguasai rasa takut,
kerana dengan takut hilang pertimbangan. Dengan takut waktu menjadi pendek,
lantaran di bawah tekanan. Sepatutnya dengan jaga waktu melastarikan hal. Dan
jaga waktu, tidak menjadikan sesuatu sia-sia atau terkeluar dari garisan yang
diaturkan.
Waktu adalah tawaran yang fleksibal yang
boleh seseorang merancang, mengatur menurut waktu yang diberi atau
diperuntukkan masa yang sesuai untuk diatur dan dipenuhkan
Waktu boleh juga disifatkan tawaran bagi
manusia membuat perancangan dan jadual yang harus diikuti, tetapi kebiasaan
manusia kalah dari mematuhi dan mengalami akibat. Lantaran firman Allah
mengingatkan. Ayat Al-Qur`an bermaksud:
``Demi masa,
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang beriman dan beramal
salih. Dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran, serta berpesan-pesan
dengan sabar.``(Al-`As*r: 1-3).
Sulaiman al-Darani adalah periwayat yang
mempunyai sanad Hadith:
Mengkhabarkan kami oleh `Abdul Rahman bin
`Ali al-Bazzar al-Hafiz* di Baghdad, katanya bercakap kepada kami Muhammad ibn
`Umar al-Fadhl berkata, bercakap kepada kami `Ali bin `Isa, berkata, bercakap
kepada kami Ahmad bin Abi al-Hawari, bercakap kepada kami Abu Sulaiman al-Darani, bercakap kepada kami
`Ali bin al-Hasan bin Abi al-Rabi` al-Zahid, daripada Ibrahim bin Adham,
daripada Muhammad bin`Ajalan menyebut daripada ayahnya, daripada Abi Hurairah
berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Siapa yang tawadhu` kepada Allah Dia
mengangkatnya.``
Antara pendapat Sulaiman al-Darani,
antaranya kata Ahmad bin Abi al-Hawari, aku mendengar Aba Sulaiman al-Darani berkata,
``Apabila mengalahkan raja` (harapan) ke
atas khauf (ketakutan), maka rosaklah waktu.``
Sebagaimana dikatakan oleh Al-Darani,
ketakutan membuat orang di dalam keadaan tertekan dan hilang pertimbangan, di dalam
keadaan sedemikian perkiraan waktu tidak kagi normal, mungkin terasa begitu
lambat berlalu atau sebaliknya. Dengan raja` yang kuat dapat mengatasi yang
abnormal kepada normal. Dia seolah-olah merosakkan permainan waktu.
Abu Sulaiman berkata secara tamsil, Semoga
hatiku di dalam hati-hati seperti baju di dalam baju.`` bermaksud menutup dari
keaiban.
Katanya, ``Siapa yang menghela dunia, maka
dunia menghelanya.``
Berkata Ahmad bin Abi al-Hawari, aku
mendengar Aba Sulaiman al-Darani berkata,
``Siapa yang elok pada siangnya, maka
disempurnakan juga pada malamnya, siapa yang elok pada malamnya disempurnakan juga pada siangnya,
siapa yang benar meninggalkan sifat nafsu, Allah menghilangkannya daripada
hatinya dan Allah memuliakannya daripada meninggalkannya dari hatinya.``
Kata Sulaiman al-Darini lagi, ``Apabila
dunia tenang di hati, maka dia membawa ketenagngan di akhirat.``
Katanya lagi, ``Apabila warid (yang datang)
itu benar,, dia membenarkan apa yang ada di dalam hati dan bersamaan dengan apa
yang dicakapkan.``
Berkata Ahmad bin al-Hawari, berkata
Sulaiman al-Darani,
``Tiap-tiap amal yang tidak ada pahala di
dunia, tiada baginya balasan di akhirat.``
Berkata Sulaiman al-Darani, ``akhir langkah
orang zahid adalah awal langkah orang bertawakkal.``
Kata Sulaiman al-Darani lagi, ``Tiap-tiap satu ada hiasan dan hiasan benar
ialah khusyu`.``
Katanya lagi, ``Ajarlah diri dengan redha
dengan ketentuan qadar, dia adalah ni`mat yang mencapai darjat ma`rifat.``
Kata Abu Sulaiman al-Darani lagi, ``Apabila
hati tenang dari ketakutan, dia membakar syahawat dan menolak kelalaian
daripada hati.``
Katanya, ``Siapa yang benar perjalanan,
maka redha dari Allah balasan.``
Demikian luahan pendapat dari Sulaiman
al-Darani yang merupakan pengalaman-pengalaman yang dilalui, semoga
menjadi renungan dan panduan bagi yang
gemar menghayati.
Sekian.
No comments:
Post a Comment