BBB, 01 Dzul-Hijjah 1438H. = 23 Ogos 2017M.
(abu):
Nama sebenarnya ialah Samnun bin Hamzah dan dikatakan Samnun bin
`Abdullah, Abu al-Hasan al-Khawas*s*,
juga digelar `al-Muhibb`. Dan dikatakan kunyahnya Abu al-Qasim. Dia bersahabat
dengan Sari al-Saqti dan Muhammad bin `Ali al-Qas*s*ab dan Aba Ahmad
al-Qalanisi. Dia begitu mesra dan mahir bercakap tentang `Cinta`, tema cinta
banyak diungkapkan dalam puisi-puisnya. Dia dianggap salah seorang pembesar dan
shaykh di Iraq. Dia meninggal selepas Al-Junayd (tahun ?). Dia mencapai
ketinggian intuisi rasa dan wajdan, dan merasa mesra dengan ungkapan berkenaan
wajdan dan kecintaan.
Menurut Abu Hasan bin Zur`an, sekali dia bersama Samnun, dia mendengar
sedu, kemudian dia berkata, ``Jika terungkap dengan kuat dari seorang mencintai
Ilah, ku gembira mendengar. Ia adalah keluar dari jiwa yang mencintai (Allah).
Demikian Abu Bakar al-`Ajjan berkata, dia mendengar Samnun berkata, ``Apabila
terbuka kemurahan hati juga kebaikan
maka dia menghapuskan dosa yang lalu dan mendatang dan apabila nyata, mata yang
bersifat pemurah, menghapuskan kekejian dengan kebaikan.``
Berkata Ibrahim bin al-Maulid, berkata
Samnun al-Muhibb, ``Tidak berubah sesuatu, melainkan sepatutnya ke arah yang
lebih halus dan tidak ada yang lebih halus dari mahabbah.``
Mempuisikan daku oleh Abu Bakar al-Razi,
bekata, mempuisikan daku oleh Abu Bakar al-Harbi,, berkata mempuisikan daku
oleh Samnun:
Engkau kekasih yang tidak syak kekal
bersamaku
Kiranya engkau hilang dariku tidak hidup
jiwaku
Wahai yang ku dahagi engkau adalah
penyambung kasih
Adakah bagimu kerehatan dari terus
mengalami sedih ?
`Ali bin Husain berkata, mempuisikan daku
setengah daripada sahabat al-Samnun:
Mengalir di pipiku garis air mata
Kesal kepada engkau dihati mencela
Sabar adalah sebaik tindakan
Adalah padamu puncak kekejian.
Ketika Samnun berdiri di tepi tebing sungai Dajlah, menurut Abu Talib
al-Makki dia berpuisi:
Bagi diri hati yang ku hidup dengannya
Menghilangkan diri oleh berubahnya
Selamatkanlah dan pulang kepada diri
Sempit dadaku oleh perubahan terjadi
Selamatkan selama dia masih tetap
Yang berusaha untuk menyelamat.
Demikianlah, dari segi ungkapan, ternyata
Samnun seorang penggubah puisi yang
prolifik dan ternyata sebahagian besar dari ungkapan daripadanya adalah
berbentuk puisi.
Seterusnya Abu Bakar al-Farghani berkata,
menasyidkan daku oleh Samnun:
Menempelak diri oleh perbuatan maksiat
Terhenti oleh kesedaran dari maksiat dibuat
Bala
dan oleh hawa nafsu tak lupa
Lidahku mengulang larang dari semula.
Berikut dari di atas, Samnun terus
mengungkapkan pengalamannya secara
berpuisi. Ini jelas menunjukkan keterlibatannya di dalam perpuisian begitu
mendalam. Adalah mearik dan bersesuaian tema-tema yang diungkapkam di dalam
puisi-puisinya adalah berhubung dengan kecintaan – Cinta Ilahi. Tema Cinta
Ilahi adalah tema dan persoalan utama di dalam tasawuf dan membicarakan tentang
Cinta Ilahi adalah merupakan laut ilham yang tidak padam-padam. Ia adalah tema
dan sumber bagi penyair-penyair Islam seperti yang dialami oleh seperti Rabi`ah
al-`Adawiyyah, Jalaluddin , Hafis, Jami
dan ramai lagi.
Keterlibatan Samnun di dalam berpuisi dan mengambil
tema yang berhubung dengan cinta Ilahi,maka tidak hairanlah bahawa Samnun
digelar sebagai Samnun al-Muhibb, di samping al-Khawass.``
Walau bagaimana dibandingkan puisi-puisi
yang diungkapkan oleh Samnun dengan penyair-penyair besar Islam yang mengambil
tema cinta Ilahi, nampaknya puisi-puisi Samnun tidak menonjol berbanding dengan
puisi Rabi`ah al-`Adawiyyah, Jalaluddin Rumi, Hafiz*, Jami dan sebagainya.
Sekian.`
No comments:
Post a Comment