BBB,
21 Dzul-Kaedah 1438H. = 14 Ogos
2017M. (Isnin):
Namanya
ialah Mansur bin `Ammar, kunyahnya ialah al-Sariyy, dia adalah berasal
dari Marwi, iaitu dari sebuah kampung yang dipanggil (*Dandanaqan), Dan
dikatakan juga dia daripada ahli Abi Ward dan ada juga yang berkata dia dari
ahli Yushanj. Dia adalah seorang wa`iz yang petah bercakap dan elok kalamnya.
Sungguhpun dia dikira pengikut madzhab di Iraq, tetapi dia juga diterima baik
di Khurasan. Dia mendalam di dalam keilmuan al-kalam, Hadith, fiqh dan
mu`amalat.
Mansur berada di dalam sanad Hadith kepada Rasulullah s.a.w.
sebagaimana disebut oleh Al-Sulami di dalam Tabaqat al-Sufiyyah – sebuah
riwayat dan Hadith yang panjang,
Berkata
Mansur, ``Suka engkau akan ma`siat, boleh membawa engkau kepada
ma1`siat.``
Dan berkata Mansur, ``Siapa yang mengalami
musibah di dunia, boleh menyedarkan dirinya dan agamanya.``
Katanya lagi, ``Siapa yang sebok terhadap
manusia boleh melalaikannya dari mengingati Allah.
Berkata Mansur kepada seorang yang kembali
kepada melakukan kesalahan selepas taubatnya, ``
``Mengapa aku tidak lihat engkau kembali
dari jalan akhirat, melainkan keliaran, mungkin kurang menurut jalan yang
sepatutnya.``
Berkata Mansur kepada seorang lelaki:
``Tinggalkan dari buruk sangka, engkau
rehat dari dukacita, dan jagalah lidah engkau, engkau rehat dari memohon
keuzuran.
Katanya,
Berkata Mansur, ``Manusia terbahagi dua,
yang berhajat kepada Allah. Dia berada pada darjat yang tinggi menurut lidah
shari`at dan yang tidak berhajat kerana tidak melihat bahawa Dialah sebenarnya
mencipta makhluk dan menyediakan rezeki dan kebahagiaan. Sebenarnya pada
hakikatnya dia berhajat kepadaNya di dalam keengganannya.``
Berkata Mansur, ``Maha Suci Allah yang
menjadikan hati kalangan `arifin sebagai wadah mendzikiri Allah, dan hati
ahli-ahli dunia yang bersifat tamak, dan hati para zahidin wadah bagi bagi
tawakkal, dan hati para fuqara` sebagai wadah bagi qana`ah dan hati mereka yang
bertawakkal wadah bagi redha.``
Berkata Mansur, lelaki terbahagi dua:
Yang `arif dengan dirinya, maka dia bekerja
bagi kepentingan dirinya dan yang `arif dengan Tuhannya, maka dia bekerja bagi
berkhidmat kepadaNya dengan ibadatnya dan keredhaannya.``
Berkata Mansur, ``Sebaik-baik manusia ialah
hamba yang tawadhu` dan tidak membesar diri. Dan sebaik-baik pakaian bagi
`arifin ialah taqwa. Firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Dan pakaian taqwa itu lebih baik.``
(Al-A`raf: 26).
Dan berkata Mansur, ``Selamat nafsu ialah
dengan mencanggahinya dan balanya ialah dengan mengikutinya.
Mansur menyebut bahawa Tuhan tentukan
fungsi bagi setiap anggota diri,misalnya,
Tangan menangkap atau menggenggam
Kaki adalah untuk berjalan
Mata untuk melihat,
Telinga untuk mendengar
Tetapi berlainan dengan hati, bahawasanya
tiada penentuan. Dia baik jika di dalam didikan yang baik dan jahat dengan
didikan yang jahat. Dia oleh berisi
hikmat, tetapi juga boleh berisi hasad, dia patuh dan boleh jadi juga
menentang. Dia boleh berada di dalam tenang dan boleh garang. Hati (bermaksud
kombinasi antara nafsu, akal dan roh – Al-Ghazali) boleh dididik dengan sifat-sifat mahmudah yang boleh
membijaksanakan dan boleh bersifat dengan sifat mazmumah yang boleh merosakkan. Sebab itu mendidik
hati persoalan penting di dalam menjayakan seseorang atau merosakkan.
Lantaran itu kata Mansur:
``Hati hamba semuanya bersifat rohaniah,
apabila dimasuki syak dan waswas, menegahnya dari sifat rohaninya.
Sebab itu hati hendaklah dididik hingga
berada di peringkat kerohanian tinggi.
Dan berkata Mansur,
``Bahawasanya hikmat diungkap oleh hati
kalangan `arifin dengan lidah yang benar, dan di dalam hati orang yang zahidin
dengan lisan membesarkan keagungan Ilahi, dan dalam hati kalangan `ubbad dengan
lisan taufiq dan dalam hati para murid dengan secara berfikir dan dalam hati
para `ulama` dengan lisan dzikir.
Demikian ungkapan dan luahan pendapat
Mansur bin `Ammar untuk dihayati dan dipelajari.
Sekian.
No comments:
Post a Comment