BBB, 23 Dzul-Kaedah 1438H. = 16 Ogos 2017M. (Rabu):
Menurut Al-Sulami, selain dari nama di atas
yang dipilih oleh Al-Hujwiri, nama
lengkapnya ialah `Abdullah bin Khubayk
bin Sabiq al-Ant*aki, kunyahnya Abu Muhammad. Dia bersahabat dengan Yusuf Ibn
Asbat*, dia adalah dari kalangan zuhhad sufi yang amat prehatin tentang makanan
halal dan wara` dalam segala hal.
Dia berasal dari Kufah, tetapi berpindah ke
Int*akiah. Tariqatnya dinisbahkan kepada kumpulan Nuri dan dia bersahabat di
kalangan mereka.
``Abdullah bin Khubayk mempunyai sanad di
dalam Hadith:
Bercakap kepada kami `Umar bin Ahmad bin
`Uthman al-Wa`iz* di Baghdad, bercakap kepada kami Ahmad bin Muhammad bin
Sa`id, bercakap kepada kami Yusuf bin Musa, bercakap kepada kami `Abdullah bin
Khubayk, bercakap kepada kami Yusuf bin Asbat*, bercakap kepada kami Habib bin
Hassan daripada Zaid bin Wahab daripada `Abdullah bin Mas`ud berkata:
Bersabda Rasulullah s.`a.w. Baginda yang
benar lagi dibenarkan:
``Bahawa diciptakan tiap kamu dengan
dihimpun pada perut emaknya empat puluh hari ...``. Dia menyebut Hadith.
Bercakap kepada kami `Abdullah bin Khubayk,
kata Muhammad, kali pertama aku menemuinya. Katanya kepadaku, ``Wahai orang
Khurasan ! Sesungguhnya ada empat (perkara yang perlu dijaga).
Mata engkau, lidah engkau, hati engkau dan
hawa nafsu engkau.
Maka lihatlah mata engkau, maka jangan
dilihat dengannya kepada perkara yang tidak halal bagi engkau, dan jaga lidah
engkau, jangan berkata sesuatu yang diketahui Allah khilafnya daripada hati engkau, Dan lihatlah hati
engkau,jangan jadi dia sebagai pasungan yang darinya timbul hasad dengki kepada
salah seorang daripada orang Islam. Dan
lihatlah kepada hawa nafsu engkau, jangan berkeinginan terhadap sesuatu yang jahat. Kalau tidak ada
pada engkau empat perkara ini engkau terkawal.``
Katanya, aku mendengar ianya berkata,
``Apabila mendekati seorang pembaca Al-Qur`an untuk melakukan ma`siat, maka
berkata Al-Qur`an dalam rongga dirinya, ``Apakah ini mau membebaniku ?``
`Abdullah bin Khubayq amat menekankan
persoalan yang berhubung dengan hati yang boleh menjadi sarang bagi kejahatan
dan boleh jadi rumah bagi kebaikan.
Katanya, aku mendengarnya berkata, `` Allah
menjadikan hati tempat bagi mengingatiNya, dia juga menjadi sarang syahwat.
Tidak mudah menghapuskan syahwat daripada hati melainkan dengan takut yang
menggerunkan, atau cinta yang mengasyikkan.``
Berkata Ja`far bin Muhammad bin Siwwar,
``Aku mendengar `Abdullah bin Khubayq berkata, ``
``Bagi tiap-tiap peniaga ada modalnya, dan
modal bagi periwayat Hadith ialah bercakap benar.``
Katanya, dan berkata `Abdullah, ``Tidak
terkaya hal dari ahwal dari kebenaran dan benar terkaya dari segala ahwal
keseluruhannya. Dan jikalau benar hamba antara dirinya dengan Allah adalah hakikat benar. Dia kemungkinan
menjenguh khazanah-khazanah dari khazanah-khazanah keghaiban. Dia adalah amin di langit dan bumi.``
Dan berkata `Abdullah, ``Barangsiapa
berkehendak hidup bahagia, maka janganlah dibiarkan tamak bersarang di dalam
dirinya.``
Berkata `Umar bin`Abdullah al-Bahrani, aku mendengar
`Abdullah bin Khubayq berkata,
``Sepatutnya seorang pekerja tidak menjatuhkan maruah tuannya.
Itulah sepatutnya jangan dilakukan.``
Katanya, aku mendengarnya berkata, ``Jangan
risau, kecuali dari sesuatu yang merosakkan engkau, dan jangan bergembira
dengan sesuatu, kecuali sesuatu yang menggembirakan engkau kelak.``
Katanya, ``Alamat ulfah, kurang kekhilapan
dan banyak melakukan kebajikan (ma`ruf).
Dan berkata `Abdullah, `` Bermanfaatnya
takut apa yang menghalang engkau dari maksiat, memanjangkan engkau dengan duka
terhadap apa yang telah luput dan melazimkan engkau berfikir tentang umur
engkau yang bersisa.``
Dan kata `Abdullah, ``Semanfaat raja` ialah
apa yang memudahkan egkau beramal dan mendapat apa yang engkau hajat.`
Disoal `Abdullah, ``Dengan apakah melazimi
hak pada ahwalku ?``. Katanya:
``Dengan memberi keinsafan dari dirimu kepada manusia. Dan menerima kebenaran dari
yang selain dari engkau.``
Berkata `Abdullah, ``Ikhlas dalam amalan
lebih penting dari amal, dan amal yang lain lemah dari melakukannya.
Dan berkata `Abdullah, ``Berterusan
mendengar perkara-perkara yang batil,
memadamkan kemanisan ta`at dari hati.``
Demikianlah kata-kata `Abdullah yang banyak berhubung dengan hati,
lantaran hati rumah untuk zikir kepaa Allah dan mendekatinya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment