BBB,
11 Dzul-Kaedah 1438H. = 04 Ogos 2017M. (Juma`at):
Nama lengkapnya ialah Abu Mahfuz* Ma`ruf
bin Fairuz atau Mahfuz* al-Karkhi (m. 200H./815M.) adalah dari kalangan generasi
Sufi awal. Keluarganya dikatakan pengikut agama Nasara. Pada masa remajanya dia
disuruh oleh gurunya mengaku, bahawa `Tuhan itu adalah `Thalithu Thalathah`.
Dia tidak menerima, sebaliknya membantah. Gurunya mau memukulnya. Dia
mengambil tindakan melarikan diri. Ibu bapanya bimbang dan mengharapkan dia
akan pulang. Ma`ruf asalnya hamba bagi
`Ali `Isa al-Ridha. Dia masuk Islam dengan tuannya yang juga sebagai gurunya.
Pada suatu malam dia pulang ke rumah ibu bapanya dan mengetuk pintu rumah. Ibu
bapanya dari dalam bertanya.
``Siapa di luar ? ` Ma`ruf,` jawabnya.
Mereka yang telah tahu anaknya mencabar
ketuhanan Nasara itu, bertanya,
``Kembali dengan agama apa ?``
Ma`ruf tidak menjawab, Nasara` sebaliknya
berkata `Agama Hanif`
Dengan jawapan itu dikatakan kemudiannya
ibu bapanya turut menganut agama Islam.
Ma`ruf mendalami agama Islam dan menggabungkan
diri dengan kumpulan sufi. Dia menjadi murid bagi Da`wud al-T*a`i dan guru kepada Sari al-Saqati. Dia
terkenal sebagai seorang salih dan pemurah.
Ma`ruf berkata tiga tanda kesalihan, iaitu,
menjaga iman, berdzikir dengan ikhlas dan memberi tanpa diminta.
Ma`ruf berada di dalam sanad Hadith.
Mengkhabarkan kami Abu al-Husain `Ali bin Hasan bin Ja`far,
al-Hafiz* al-`At*t*ar di Baghdad, bercakap kepada kami Ahmad bin Hasan al-Muqri`
Dabis, bercakap kepada kami Nas*r bin Da`wud, bercakap kepada kami Khalf bin
Hisham, berkata aku mendengar Ma`ruf al-Karkhi berkata, (Wahai Tuhanku,
sesungguhnya ubun-ubun kami di tangan Engkau, kami tidak memilikinya sesuatu,
apabila engkau lakukan sedemikian kepada kami. Jadikanlah Engkau Wali kami,
tunjukkanlah kami ke jalan yang betul). Maka aku menanyanya , maka katanya,
bercakap kepada kami Bakr bin Khunais
berkata, bercakap kepada kami Sufyan al-Thauri daripada Abi al-Zubayr daripada
Jabir, bahawasanya Nabi s.a.w. (Adalah berdo`a` dengan do`a ini).
Sebagai seorang Shaykh Sufi terkenal, antara
kata-katanya dicatat:
Kata Muhammad bin Nas*r, aku mendengar
Ma`ruf berkata:
``Alangkah banyak orang yang salih, dan
sedikit para siddiqin di kalangan orang-orang salih.``
Katanya, aku mendengar Ibrahim al-Buka`
berkata, `Aku mendengar Ma`ruf al-Karkhi
berkata,
``Apabila Allah menghendaki seorang hamba
kebaikan dibukakan kepadanya pintu `amal dan ditutup darinya pintu perbantahan,
dan apabila Allah menghendaki seseorang hamba kejahatan ditutup daripada pintu
amalan dan dibuka baginya pintu perbantahan.``
Dan melalui riwayat yang sama berkata
Ma`ruf:
``Bertawakkallah kepada Allah, sehingga Dia
sebagai penunjuk engkau dan melawaskan engkau, tempat pengaduan engkau, kerana
manusia tidak mengambil manfa`at akan engkau dan mereka tidak memudharatkan
engkau.``
Berkata Ma`ruf, `` Pemurah ialah orang yang
memberi apa yang dihajati dan menghadapi kepicikan.``
Dikatakan seorang lelaki bertanya Ma`ruf,
``Apakah yang menyebabkan syukur engkau>``, maka katanya, ``Sebagaimana
engkau ketahui tanpa berkira, sampai dia ke tangan yang bersyukur.`
Berkata Ma`ruf, `Alamat kemarahan Allah
kepada seorang hamba, dia memberi tumpuan kepada yang tidak berkenaan daripada urusan dirinya.``
Berkata Ma`ruf, ``Memohon syurga dengan tidak beramal adalah
dosa dari segala dosa, dan menunggu shafaat dengan tidak bersebab adalah jenis
daripada keangkuhan dan mengharapkan rahmat dari yang tidak taat adalah jahil
dan bebal.``
Berkata Sulaiman al-Darani, aku bertanya
Ma`ruf al-Karkhi daripada orang-orang yang taat kepada Allah Ta`ala, ``Dengan
apakah kadar ketaatan ?`` Maka katanya, mengeluarkan dunia daripada hati kamu, kalau ada sedikit
daripadanya di dalam hati kamu, tidak sah daripaanya sebarang sajdah.``
Ditanya Ma`ruf, ``Dengan apa dikeluarkan
dunia daripada hati ? Katanya `Dengan kebersihan hubungan dan kecantikan
muamalah.``
Kata Ma`ruf, pertanda pemuda, Tidak berselisih (berbalah), puji
tanpa pemberian dan memberi tanpa
diminta.``
Ditanya Ma`ruf tentang alamat kewalian, maka
katanya tiga, ``Susah payah kerana Allah, kerjanya kerana Allah dan lari mereka
pun kepada Allah.`
Berkata Ma`ruf, ``Tiada bagi `arif ni`mat,
kerana dia di dalam setiap masa ni`mat.``
Katanya, aku mendengar Aba `Amrin al-Bazuri
berkata, berkata Ma`ruf, ``Hati yang
bersih membuka jalan kepada taqwa, menghasilkan kebajikan, dan hati orang yang
jahat gelap memanjang, yakni niat jahatnya.
Dan berkata Ma`ruf:
``Apabila Allah menghendaki seorang hamba
kebaikan, dibukakan baginya pintu amalan dan ditutup daripadanya pintu cuai dan
malas.
Demikianlah ungkapan-ungkapan yang dicatat dari Ma`rufal-Karkhi untuk dihyati.
Sekian.
No comments:
Post a Comment