August 2, 2017

SARI AL-SAQAT*I : DERITA UTAMA TERHIJAB DARI YANG ESA


BBB, 08 Dzul Kaedah 1438H. =  01 Ogos 2017M. (Selasa):
Nama lengkap bagi Sari al-Saqat*i ialah Abu Hasan Sari al-Mughallas al-Saqat*i (m.253H.). Dia dikatakan bapa saudara sebelah ibu bagi Al-Junayd. Dia alim dalam banyak bidang keilmuan, lebih khususnya  dalam  ilmu akidah dan tasawuf. 
Menurut Al-Hujwiri Sari  al-Saqati orang yang  mula-mula memperkatakan tentang maqamat dan ahwal di dalam tasawuf. Tetapi pengolahan dan tulisan berkenaannya dilakukan oleh  Abu Nas*r al-Sarraj al-T*usi di dalam kitabnya yang berjudul ` Al-Luma`. Sebagai sufi kalangan awal dan terkenal dengan pengajaran, maka  kebanyakan shaykh-shaykh di Iraq adalah murid-muridnya. Dia bersanabat dengan Al-Habib al-Ra`i.
Pada zaman mudanya Sari al-Saqati  adalah berniaga di Pasar Baghdad. Menurut Ma`ruf al-Karkhi,  pada satu hari Habib al-Ra`i melewati kedainya. Dia melihat Sari membahagi-bahagikan roti dan pakaian kepada anak-anak yatim dan faqir miskin, Habib al-Ra`i mendoakan kebajikan di atas amal baik  yang dilakukan dan memohon dari Allah menjadikan  hamba yang mencintaiNya.
Cerita Ma`ruf al-Karkhi, pada satu hari berlaku kebakaran besar di Pasar Baghdad hingga kelihatan hangus semuanya. Bila diberitahu tentang kebakarana, Sari berkata,
`Terlepas beban`` dan tiada sebarang kerisauan pada mukanya.
  Namun apabila dilihat, maka satu-satu kedai yang tidak terebakar ialah kedai Sari Al-Saqati.
Walaupun begitu,  beliau tidaklah menunjukkan tanda kegembiraan, sebaliknya berkata,
``Sesungguhnya perniagaan di dunia tidak lagi menguntungkan.``
Beliau tidak meneruskan perniagaan sebaliknya membahagi-bahagikan harta di dalam kedainya kepada fakir miskin. Bila ditanya tentang perubahan yang berlaku terhadap dirinya. Dia berkata,
``Ada perniagaan yang lebih  menguntungkan.``
Beliau mau  mencari kerja yang lebih menguntungkan. Sejak dari itu Sari melibatkan diri di dalam kegiatan tasawuf.
Beliau dikatakan, `Carilah jalan ke syurga.``
Beliau dido`akan oleh Al-Habib al-Ra`i semoga dengan pilihannya, dia mendapat ganjaran yang lebih baik.
Selain dari sumbangannya yang penting sebagai orang yang mula-mula memperkatakan tentang maqam da ahwal, Sari al-Saqat*i juga membicarakan persoalan cinta.
Dalam perjalanan kesufiannya, dia menemui kemesraan yang tidak ada yang lebih besar dari `Cinta Ilahi`.
Adalah menjadi kebiasaan yang membasah bibirnya dengan do`a,
``Wahai Tuhanku, jangan menghukum aku hingga terhijab aku dari rahmatMu.``
Katanya lagi, ``Sesungguhnya siksa aku menjadi lebih ringan dengan munajat dan merenungi kebesaranMu.``
Sari al-Saqati juga menyebut,
``Tiada seksa yang lebih besar dari seksa terhijab dariMu.``
Dia berkata lagi,
``Bilamana  KeindahanMu tersingkap dari hati kami, maka takkan terfikir lagi tentang penderitaan diri.``
Sari al-Saqati ditanya tentang cinta, maka katanya,
``Cinta ialah kerasian dengan Allah !``
Sesungguhnya Sari al-Saqati membuka jalan tasawuf yang diolah dan dilanjutkan oleh pengikut-pengikut tasawuf seterusnya, iaitu:
Pendekatan maqam dan hal.
Dan cinta Ilahi.
Menurut Al-Junayd, Sari al-Saqati seorang yang dikurnia umur lanjut. Umurnya ketik
a meninggal adalah 98 tahun.
Menurut Al-Junayd lagi, Sari al-Saqati adalah seorang yang kuat beribadat. Dia mengisi umurnya dengan beribadat.
Dengan Ma`ruf al-Karkhi yang menjadi guru bagi Sari al-Saqati
Dan Al-Junayd yang menjadi murid Sari Al-Saqati. Mereka telah meletakkan asas yang kukuh di dalam perkembangan ilmu tasawuf.

Sekian.

No comments:

Post a Comment