BBB, 18 Muharram 1439H. = 08 Oktober 2017M.
(Ahad):
Dalam membicarakan tentang hal ini,
Al-Hujwiri, mengaitkan dengan pendapat Harith al-Muhasibi yang agak bercanggah
dengan pendapat ramai yang mengatakan bahawa hal yang antara cirinya berubah
boleh bertukar kepada tetap. Misalnya menurut Harith al-Muhasibi `cinta dan
rindu`. Demikian dengan maqam redha boleh betukar kepada hal. Namun pendapat
ini tidak disetujui ramai.
Sebagaimana telah disebut bahawa, hal ialah
apa yang menapak di hati atau yang diterima hati daripada kebersihan ingatan. Dan sebagaimana telah
dikatakan oleh Al-Junayd:
Bahawa hal, ialah sesuatu yang turun
bertapak di hati, tetap[i tidak kekal. Dan dikatakan juga,` `hal ialah ingatan
yang tersembunyi.``, lantaran Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:
``Sebaik dzikr ialah secara senyap.``
Dihikayatkan daripada Abi Sulaiman
al-Darani, r.a. bahawa dia berkata,
``Apabila berlaku mu`amalah di hati,
nescaya rehatlah anggota.``
Apa yang dikatakan oleh Abu Sulaiman ini
boleh membawa dua makna.
Pertama, dimaksud demikian, rehat anggota daripada
mujahadah dan kesusahan daripada amalan. Apabila dia bekerja terpelihara
hatinya dan menjaga rahsianya daripada lintasan yang mengganggu dan
halangan-halangan yang keji yang mengganggu hatinya daripada mengingati Allah.
Boleh juga bermaksud (kedua), ianya
membolehkan mujahadah, amalan dan ibadat, maka jadilah hatinya berlazat,
mendapat kemanisan dan hilang daripadanya kepenatan dan kesakitan yang wujud
sebelumnya.
Sebagaimana kata Al-Junayd r.a.,
``Tidak sampai kepada menjaga hak-hak,
melainkan dengan menjaga hati dan siapa yang tidak ada baginya rahsia (sirr) maka dia berterusan dan tidak bersih untuk kebaikan.
Antara aspek hal ialah:
a) Muraqabah
Bermaksud memberi
perhatian, mengetahui dan meyakini bahawa Allah itu melihat apa yang di dalam
hati dan hati kecil (dhamir) hamba, maka dia memberi perhatian dari berlakunya
lintasan-lintasan yang keji yang mengganggu dari mengingati Ilahi.
Firman Allah Ta`ala
bermaksud:
``Dan Allah memerhati
terhadap setiap sesuatu.`` (Al-Ahzab: 52)
Demikian dengan sabda Nabi
s.a.w. bermaksud:
``Sembahlah Allah
seolah-olah engkau melihatNya maka jika engkau tidak melihatNya, maka
sesungguhnya Dia melihat engkau.`` (Riwayat Al-Bukhari). Selepas muraqabah
ialah:
b) Al-Qurb
(Dekat):
Hal Qurb, bahawa hamba
menyaksi dengan hatinya kedekatan Allah dengannya, maka dia mendekati kepada
Allah Ta`ala dengan ketaatannya dan segala himmahnya mendepani Allah Ta`ala
dengan berterusan dzikirnya.
Firman Allah Ta`ala
bermaksud:
``Dan apabila memohon kepada
Engkau oleh hambaku, maka sesungguhnya Dia dekat.`` (Al-Baqarah: 186).
Orang yang dekat kepada Allah itu tiga hal:
Pertama, pendekatan ialah secara taat
lantaran diketahui dekatnya Allah dengan ilmu dan qudratNya.
Kedua, orang yang bersifat tahqiq
sebagaimana kata `Amir bin `Abd al-Qays, ``Aku tidak memerhati terhadap sesuatu,
melainkan aku melihat Allah lebih dekat kepada aku.
Ketiga ialah hal orang-orang yang besar dan
pada peringkat nihayah. Tentang hal ini kata Abu Ya`qub al-Susi r.a.:
``Berterusan hamba mendekati Allah yang
tidaklah kedekatan sehingga ghaib daripada dekat kepada dekat.``
Dan daripada dekat membawa kepada:
c) Hal Mahabbah
Hal mahabbah bagi hamba, bahawa dia melihat
dengan matanya dengan apa yang diberi nikmat oleh Allah kepadanya dan dia
melihat dengan mata hatinya akan kedekatan Allah Ta`ala kepadanya, inayah,
hidayah dan menjaganya yang menyuburkan mahabbah dariNya dan kepadaNya.
Kata Sahl, Mahabbah ialah muwafakat hati
dengan Allah dan melazimkannya dan mengikut Rasulullah s.a.w. Hingga mencetuskan rasa manis dalam beribadat
kepada Allah.
Firman Allah bermaksud:
``Maka Allah akan mendatangkan
kepada kaum yang Dia menyukai mereka dan mereka itu menyukaiNya.`` (Al-Ma`idah:
54).
Ahlu al-mahabbah di atas tiga hal:
Pertama:: Mahabbah am, iaitu hasil daripada
ihsan Allah dan kelembutanNya kepada
mereka itu.
Kedua: Hasil dari melihat dengan hati akan
kekayaan Allah, JalalNya, Kebesaran, Ilmu dan Qudrat. Ia adalah mahabbah
al-siddiqin dan mutahaqqiqin.
Ketiga:
Mahabbah siddiqin dan `arifin. Terhasil daripada melihat dan ma`rifat
mereka akan qadim kasih Allah Ta`ala tanpa `illah, maka demikianlah mereka
mengasihiNya tanpa `illah.
Kata Dzu al-Nun al-Misri, Mahabbah ialah
secara bersih dan tidak ada kekeruhan padanya.
Bersambung.
Sekian.
No comments:
Post a Comment