October 5, 2017

SUFI DARI GHAZNA - TOKOH TERAKHIR


BBB, 14 Muharram 1439H. = 04 Oktober 2017M. (Rabu):
Kelompok terakhir  kalangan sufi mutaakhir dari berbagai negeri ialah:
Kelompok Ketujuh – Dari negeri Ghazna, juga dinisbahkan sebagai Ghaznawi, iaitu satu pusat peradaban Islam terkenal di Timur (Asia Tengah) menandingi Baghdad. Namun jika Baghdad terkenal dengan keilmuan akli – seperti akdah dan perundangan, maka pada bahagian timur ini lebih menonjol dalam bidang seni dan rohani. Penampilan tokoh dari Ghazna tiada beza dari negeri-negeri yang lain, iaitu lebih kepada menyebut nama tokoh dan sedikit penerangan yang tidak mencukupi bagi pengenalan, apa lagi jika mau memahami lebih mendalam.
Terdapat tujuh tokoh yang ditampilkan oleh Al-Hujwiri, iaitu:
a)      Abu al-Fadhl bin Al-Sa`idi
Dia disifatkanm sebagai sufi yang disegani, memiliki sumber buku-buku yang baik. Ia juga sama menghayati dan mengalami api cinta. Lebih menyembunyikan tentang  kehidupan rohani.  Adalah menjadi resepi bagi Al-Hujwiri menggambarkan seorang sufi dengan karamah. Apakah ianya satu kemestian ? Tidak ada ciri ini bagi Al-Sulami dan pengarang-pengarang yang lain.
b)      Isma`il al-Siyasi
Dia disifatkan sebagai seorang sufi yang sangat dihormati.
Mengambil pendekatan `Pencelaan (Malamat)
c)       Shaykh Salar al-Tabari
Salah seorang `ulama` sufi yang membawa perwatakan yang mencirikan kesufian.
d)      Shaykh Abu `Abdullah Muhammad bin  al-Hakim
Dikenali sebagai seorang murid dan pencinta Ilahi
Sukar menandinginya oleh sufi-sufi yang lain.
Lebih dikenali melalui persahabatan dengannya dari perkenalan semata-mata.
Sebagaimana biasa meletakkan keistimewaan tokoh dengan mengatakan bahawa tidak diketahui tentang kerohaniannya, tetapi ada pertanda-pertanda kewaliannya.
e)      Shaykh Sa`id bin Abu al-`Ayyar
Terkenal dengan penghafalan Hadith-Hadith Rasul.
Dia mengenali ramai shaykh-shaykh sufi.
Dia disifatkan memiliki kerohanian yang tinggi
Menguasai sejumlah ilmu pengetahuan
Menyembunyi dan tidak memperlihatkan perwatakan sebenarnya.
f)       Khwaja Abu al-A`la `Abdul Rahman bin Ahmad al-Sughdi
Memiliki sifat kerohanian terpuji dan dihormati oleh kalangan sufi.
Dan terkenal sebagai seorang yang luas ilmu pengetahuan.
g)      Shaykh Awhad bin Muhammad al-Jardizi
Bersifat kasih sayang yang tinggi terhadap kalangan sufi.
Berkesempatan menjumpai ramai kalangan sufi
Dan mempunyai kekeramatan.
Al-Hujwiri  percaya  ramai lagi sufi yang tidak sempat dicatat dan beliau percaya bumi Ghazna yang subur dengan keilmuan dan kerohanian itu bakal melahirkan kalangan rohaniawan
Berbanding dengan tulisan-tulisan lain yang membicarakan tabaqat sufi, Al-Hujwiri tidak menampilkan latar dan keterangan tokoh dengan lengkap seperti Al-Sulami dalam Tabaqat al-Sufiyat atau Al-Qushairy di dalam al-Risalah al-Qushairiyyah. Tokoh sufinya agak terhad kepada kalangan sufi khusus seperti adanya elemen karamat. Pendekatannya tidak terbuka seperti Al-Sayyid Mahmud Abu al-Faydh dan Al-Sha`rani di dalam Al-T*abaqat al-Kubra yang mengira bahawa kalangan khulafa` al-Rashidin, imam-imam  mazhab dan berbagai tokoh Islam adalah tergfolong sebagai berjiwa sufi dan tidak terhad kepada  sufi khusus Al-Hujwiri.

Sekian.

No comments:

Post a Comment