October 2, 2017

PARA SUFI MUTAAKHIR PELBAGAI NEGERI - SYRIA, `IRAQ DAN PARSI


BBB, 11 Muharram 1439H. = 01 Oktober  2017M. (Ahad):
Mengakhiri pembicaraan tentang tokoh-tokoh atau shaykh-shaykh sufi, Al-Hujwiri menampilkan sejumlah sufi dari berbagai negeri (7 kelompok negeri). Maksud berbagai negeri sebenarnya negeri-negeri di Asia Tengah (selain dari `Iraq & Syria). Maksud berbagai negeri tidak menyelluruh. Misalnya tiada dari Mesir, Yaman, Maghribi dan sebagainya. Mungkin di luar maklumat Al-Hujwiri pada masa itu. Maksud tokoh mutaakhir ialah tokoh-tokoh yang penulis hidup pada zamannya dan setengahnya dia berkesempatan menemui mereka.  Sebahagian besar dari negeri-negeri yang disebut Al-Hujwiri agak asing, demikian dengan tokoh yang disebut dari negeri-negeri berkenaan juga asing. Penerangan tentang tokoh dan latarbelakang mereka agak ringkas dan sukar untuk mendapat maklumat tambahan berkenaan dengan tokoh-tokoh berkenaan.
Kelompok pertama negeri   Syria  dan `Iraq
Dari kelompok ini disebut ialah tiga tokoh
a)      Shaykh Zaki bin al-A`la
Dia adalah sufi terkemuka dan dia  adalah diibaratkan sebagai kilatan cahaya cinta.

b)      Shaykh Abu Ja`far Muhammad bin al-Mis*bah al-Shaydalani.
Dia mahir membicarakan soal theosofi. Dia adalah peminat  Al-Hallaj.

c)       Shaykh Abu al-Qasim al-Suddi 
Pembimbing sufi, zuhudnya bertaraf tinggi. Dia memberi kepercayaan kepada darwish-darwishnya.
Kelompok Kedua  Parsi
Terdiri dari tokoh-tokoh berikut:
a)      Shaykh Utama  Abu al-Hasan bin Saliba
Dia mahir berbicara di dalam bidang tasawuf dan tauhid.
b)      Abu Ishaq bin Shahriyar
Dikatakan seorang sufi yang berwibawa dan amat dihormati.

c)       Shaykh Abu al-Hasan `Ali bin Bakran.
Dikatakan seorang sufi besar pada zamannya.
d)      Shaykh Abu Muslim
Seorang tokoh sufi yang sangat dihormati pada zamannya
e)      Shaykh `Abdul Fattah* bin Saliba
Pengganti ayahnya  (Saliba) yang diharap meneruskan jejaknya.
f)       Shaykh  Abu Talib
Seorang yang bersifat benar dan terkenal dengan kebenarannya.
Menurut  Al-Hujwiri sebagai shaykh-shaykh sezaman, dia pernah menemui mereka, kecuali Shyakh terkenal – Abu Ishaq.
Walau bagaimana sebagai shaykh-shaykh sezaman dan pernah menemui mereka, sepatutnya banyak maklumat yang bersifat asli dapat dipaparkan  hasil dari perkenalan dan pertemuan dengan mereka, walau bagaimana maklumat tentang mereka amat terhad yang menjadikan mereka tidak begitu  dikenali.

Sekian.

No comments:

Post a Comment