BBB, 05 Safar 1439H. = 25 Oktober 201`7M.
(Rabu):
Al-Hujwiri memasukkan topik berkenaan solat
pada peingkat akhir dari kandungan
bukunya – Kashf al-Mahjub. Mungkin ini bagi menunjukkan bahawa solat
adalah `part and parcel` dari tasawuf. Tetapi jika bertujuan sedemikian, maka
solat dan bahagian-bahagian lain dari ibadat sepatutnya menjadi bahagian dari
pendekatan tasawuf berada pada peringkat awal sebagai dasar bagi pendekatan
tasawuf.
Solat, sebagaimana dibicarakan, maknanya
dari segi bahasa ialah `Do`a` dan dari
segi istilah ialah ibadat yang dari segi amalannya ialah perkataan dan
perbuatan tertentu – terdiri dari rukun-rukun dan sunat-sunat yang pemulaan
pembukaannya dengan takbir dan berakhir dengan salam.
Mendirikan solat adalah fardhu bagi setiap
orang Islam. Banyak ayat-ayat Al-Qur`an yang menyuruh mendirikan solat.
Antaranya ayat bermaksud:
`` Dan hendaklah kamu mendirikan solat dan
keluarkan zakat dan hendaklah kamu ruku` bersama orang-orang yang ruku`.`` (Al-Baqarah:
43).
Manakala Hadith sebagaimana diriwayatkan
oleh Sayyiduna `Umar Ibn al-Khattab, bahawa Jibril menemui Nabi Muhammad s.a.w. antaranya
bertanya kepada Nabi dengan katanya
``Khabarkan daku tentang Islam, maka
bersabda Rasulullah s.a.w.
``Islam ialah engkau mengucap, `La ilaha
illa Allah wa anna Muhammadar-Rasulullah, dan engkau mendirikan solat, dan
engkau menunaikan zakat, dan engkau puasa Ramadhan dan engkau menunaikan haji
ke Baytillah, jika engkau berkemampuan pergi kepadanya.`` Dari Hadith al-Arba`in al-Nawawiyyah – Riwayat
Muslim.
Kaedah solat dihuraikan dengan jelas di
dalam kitab-kitab fiqh daripada keperluan taharah – pra mendirikan solat.
Mengetahui solat-solat fardhu, waktu-waktu, rukun dan sunat solat, solat jama`ah dan solat
Juma`at, dan berbagai-bagai solat sunat.
Sesungguhnya solat adalah ibadat yang
paling utama di dalam Islam dan disifatkan sebagai tiang agama. Siapa yang
mendirikannya dia mendirikan agama dan siapa yang meninggalkannya dia
meruntuhkan agama.
Solat juga dapat dilihat fungsinya. Dia
berfungsi sebagai hablun min Allah dan hablun min al-Nas.
Fungsi sebagai hablun min Allah, dengan
bersolat dia adalah merupakan hubungan langsung antara hamba dengan Allah
sebagai melahirkan rasa ta`abbudiyyah terhadap Allah, bahkan mendekati diri
kepadaNya, Dia adalah merupakan munajat yang kepadaNya dipohon permintaan.
Bahkan pada peringkat yang lebih tinggi solat dilihat sebagai sesi mi`raj hamba
kepada Tuhannya. Jika Rasulullah s.a,w. dalam peristiwa Isra` dan Mi`raj adalah
bertujuan menerima kefardhuan solat dari Allah Ta`ala yang wajib dan kita
tunaikan lima kali sehari semalam bagi yang wajib dan berbagai jenis solat lagi
dapat diamlkan solat-solat berkenaan bagi setiap yang menunaikannya adalah sesi
mi`raj hamba di dalam melahirkan
ta`abbudiyyah dan permohonan terhadap Tuhan. Didalam hubungan dengan Tuhan
ini, solat juga adalah proses membersih
hati dan memperbaiki amalan dalam hubungan dengan Tuhan yang sudah pasti
menjadikan hamba seorang yang baik di dalam mematuhi perintah Tuhan. Dengan
demikian solat juga sebagai waja diri
yang dapat menjcegah diri dari melakukan kejahatan, sebagai firman Allah yang
bermaksud:
``Sesungguhnya solat mencegah diri dari
melakukan perkara yang keji dan munkar.`` (AL-`Ankabut: 45).
Jadi dengan bersolat membentuk jiwa yang
patuh, bersih, murni, baik dan wara`
Dilihat dari segi kesan kemasyarakatan pula
dapat dilihat dari unit yang kecil, bahawa
keluarga yang bersolat, khususnya secara berjamaah dapat membentuk keluarga
yang harmoni dan insya Allah bahagia. Dilihat dari kelompok yang lebih besar
dengan melalui solat berjama`ah di surau dan masjid menjalin hubungan sosial
yang baik, berkenalan dan membentuk sikap tolong menolong dan melakukan
kebajikan di kalangan jama`ah dan masyarakat. Melalui kehidupan berjama`ah
hidupnya tradisi pengajian yang dapt mempertingkatkan keilmuan, khususnya
keislaman di tengah masyarakat.
Sebagai satu kritik hasil dari pemerhatian kita,bahawa di dalam pendekatan tasawuf dapat
dikatakan kurang mengenengahkan solat sebagai asas dan pokok utama di dalam
pendekatan tasawuf, Di dalam pendekatan tasawuf misalnya melalui pendekatan
maqam dan hal, tiada meletakkan peranan solat di dalam membentuk jiwa sufi dan
tiada disebut penekanan amalan solat
sebagai keperluan utama di dalam membentuk jiwa sufi.
Di dalam pendekatan kesufian yang bertujuan
membentuk jiwa kesufian banyak membicarakan
dari perjalanan kualiti sama ada melalui maqam dan hal yang praktik
amalan tidak sejelas kaedah mendirikan solat, apa yang ditekankan ialah pada
puncaknya ialah mesra dan cinta kepada Allah yang ungkapannya bersifat
rhetorik, imbiguity yang pada hakikatnya tidak mungkin berlaku kemesraan, cinta
dan
penyatuan terhadap atau dengan Allah.
Kita lihat jika anjuran solat lebih kepada
berjamaah dan bermasyarakat yang memberi faedah kepada pembinaan masyarakat itu
sendiri, sebaliknya penganjuran tasawuf ke arah pengasingan, pembangunan diri
dari segi rohani secara bersendiri dan kelompok berasingan - bercanggah dari semangat dan significantnya
solat. Kita tidak bertujuan merendahkan tasawuf, kerana jiwa tasawuf sebenarnya
lebih lengkap dan sempurna di bawa oleh solat. Apa yang dilihat adalah
pendekatan-pendekatan yang didekati di dalam tasawuf yang tidak sejelas
sebagaimana pendekatan dan segala perkara yang berhubungan dengan solat adalah
sempurna, jelas dan dapat diikuti dan diamalkan oleh masyarakat secara jelas.
Tasawuf sebenarnya adalah sebahagian dari
jiwa keislaman, pendekatan ke arah pengisiannya berbagai-bagai. Ianya
sepatutnya menjadi sebahagian daripada ibadat utama yang dapat diamalkan di
dalam masyarakat oleh semua.
Sekian.
No comments:
Post a Comment