BBB,
30 Muharram 1439H. = 20 Oktober 2017M. (Juma`at):
Al-Hujwiri menyebut 12 doktrin yang mau
dibicarakan. Menurutnya sepuluh daripadanya tidak bercabgah dengan Al-Sunnah,
manakala dua lagi ditolak. Doktrin
Hululiyyah oleh Al-Husain Mansur (AL-Hallaj) sebagai salah satu yang ditolak,
tapi tidak dibicarakan baki satu lagi.
Tentang doktrin yang diterima dan ditolak
ini Abu Nas*r al-Sarraj di dalam AL-Luma`, mwnulis bahawa disamping yang
diterima ada pula segolongan yang dituduh, difitnah, bahkan ada yang dianggap sebagai
kufur.
Tuduhan timbul menurut Al-Sarraj oleh
kerana pihak yang menuduh bukan ahli dan tidak memhami maksud yang diungkap
oleh ahli sufi. Kerana tidak faham menimbulkan kekeliruan dan tuduhan yang
tidak sepatutnya. Dari satu segi ada yang bermotifkan politik dan mempertahankan
kedudukan. Tuduhan sengaja dilemparkan bagi menjatuhkan satu pihak agar pihak
yang lain mendapat kedudukan dan kepentingan tertentu.
Menurut Al-Sarraj pihak yang menjadi mangsa
tuduhan termasuklah Dzu al-Nun al-Mis*ri . Dia dituduh zindiq dan kufur.
Tuduhan diangkat kepada sultan yang memerintah pada masanya. Dia menjawab segala
tuduhan dengan jelas dan kekeliruan dapat di perbetulkan. Tuduhan terhadapnya
ditarik balik dan dia dikembalikan kepada kedudukannya secara terhormat.
Keadaan yang sama berlaku kepada Abu Sa`id
Ahmad bin `Isa al-Kharraz beliau dituduh oleh sekumpulan jamaah sebagai kufur,
kerana tidak memahami kandungan kitabnya
- Kitab al-Sirri, namun kekeliruan dan
ketidakfahaman dapat dijelaskan. Selain dari dua sufi di atas terdapat beberapa
kekeliruan yang lain terhadap beberapa sufi yang lain diterangkan oleh Abu
Nas*r al-Sarraj.
Selain dari doktrin yang dianggap tidak
bertentang dengan Islam, terdapat berbagai-bagai doktrin yang bertentang dengan
Islam. Antaranya.
Pendapat yang tidak menerima wujudnya
akhirat. Kepercayaan ini mempercayai hidup setakat di dunia ini sahaja.
Pendapat ini wujud sejak lama. Ayat Al-Qur`an menyebut bermaksud:
``Dan mereka itu (orang-orang musyrikin)
berkata bahawa kehidupan adalah setakat di dunia dan kita tidak akan dibangkitan.``
(Al-Ma`idah: 29).
Di dalam ayat di atas Allah menceritakan
sikap orang-orang kafir yang menentang dakwah Nabi Muhammad s.a.w. sejak di
Makkah. Mereka melahirkan penentangan mereka dengan menentang pendapat Islam
yang akhirat akan tiba dan manusia akan dibangkitkan.
Pegangan sepert ini bukan saja wujud pada zaman lepas tetapi
masih wujud dan menjadi pegangan bagi setengah yang tidak mempercayai akhirat hingga kini.
Antara doktrin yang bercanggah dengan
Islam, ialah `Doktrin Ittihad`, ianya sebalik dari hulul. Doktrin hulul ialah
mempercayai Tuhun turun menjelmakan dirinya di dalam makhluk, khususnya manusia
sebagaimana telah dibicarakan. Sebaliknya ittihad ialah hamba, khususnya
manusia yang meningkat dirinya kepada pihak tertinggi (Tuhan). Dianya bersatu
dengan Tuhan dan menganggap dirinya sebagai Tuhan. Kekeliruan mungkin timbul
ada yang menganggap sufi yang meningkat kualiti diri dan mencintai Allah
bersatu dengan Tuhan. Jika ada kepercayaan seperti ini adalah bertentang dengan
akidah Islam. Manusia atau hamba tidak mungkin meningkat dan bersatu dengan
Tuhan, walau dengan apa cara sekalipun. Ungkapan-ungkapan yang mungkin
termaksud ke arah itu adalah dari rasa wajdan, intuisi dan kemesraan
semata-mata. Dan seharusnya tidak timbul ungkapan-ungkapan yang boleh
mengelirukan.
Selain dari doktrin di atas, terdapat
doktrin yang dikenali sebagai `Wahdat al-wujud`, bermaksud yang ada hanya satu
yang wujud, manakala yang lain dari segi hakikatnya tidak wujud. Doktrin ini
dinisbahkan kepada Muhyi al-Din Ibn `Arabi (m.1240M.). Segala yang wujud adalah
bayang-bayang bagi yang hakiki. Doktrin ini banyak menimbulkan permasalahan
dari segi hukum dan keakhlakan.Umumnya menolak falsafah sedemikian, kerana ia
bercanggah dengan Islam.
Selain daripada itu terdapat doktrin `Serba
Tuhan`, bahawa alam dan apa yang wujud di dalamnya ini adalah `a part and parcel` daripada Tuhan.
Wujudnya, walaupun akan berlaku kerosajkan adalah berterusan. Kepercayaan
sedemikian juga banyak menimbulkan kekacauan antara Tuhan dan yang
dipertuhankan, antara kuasa dan yang berkuasa. Juga tidak dapat ditegakkan dari segi
peraturan, hukum, nilai dan keakhlakan.
Tentulah apa yang kita bicarakan di atas
merupakan sebahagian dari kepercayaan yang bercanggah dengan Islam. Sudah pasti
banyak lagi kepercayaan-kepercayaan yang wujud yang bercanggah dengan Islam.
Sekian.
No comments:
Post a Comment